Tuesday, June 12, 2012

FEUDALISME DI JEPUN


PENGENALAN

Sebelum abad ke-16 dan 17, pemerintahan feudal Jepun di bawah Keshogunan Kamakura (1185-1333). Pada tahun 1192, Minamoto no Yoritomo telah dilantik oleh Maharaja Go-Saga menjadi Shogun. Yoritomo telah  menjalankan pemerintahannya di bandar tepi laut Kamakura dipanggil kerajaan Bakufu yang dikenali pemerintahan Keshogunan Kamakura. Shogun Yoritomo mula mengasingkan pemerintahan Jepun daripada Kyoto.   Semasa Maharaja Go-Daigo, pemerintahan Keshogunan Kamakura telah diambil alih oleh Keshogunan Ashikaga pada tahun 1336-1573 selama 237 tahun. Pemerintahan Shogun Ashikaga Yoshimitsu dijalankan tanpa merujuk kepada maharaja. Bermula tahun 1603, pemerintahan di Jepun telah bermulanya era Keshogunan Tokogawa berpusat di Edo yang diasaskan oleh Shogun Tokogawa Ieyasu. Shogun Tokogawa telah menguasai kesemua aspek pemerintahan seperti pengawalan terhadap agama, ekonomi, golongan bangsawan, cukai dan sebagainya. Era Tokogawa telah membawa keamanan dan kemakmuran kepada negara dan rakyatnya seramai 31 juta orang selama 265 tahun.

CIRI-CIRI SISTEM FEUDAL DI JEPUN
1.             Sistem feudal juga dapat dilihat dengan jelas di Jepun, iaitu maharaja yang berada di kemuncak  struktur pemerintahan mempunyai kuasa yang tidak  terhad ke atas segala aspek di bawah pemerintahannya termasuklah tanah.  Hakikat ini dapat dilihat  pada zaman Keshogunan Kamakura antara tahun 1185 hingga 1333 (abad ke-12-14), di mana keluarga   Minamoto menjadi keluarga yang penting di Jepun.   Keluarga ini mampu    membekalkan keperluan  keselamatan yang     diperlukan  oleh maharaja dan  mereka turut menguasai tanah dan segala    penghasilannya.
2.             Sebagai ketua kepada keluarga Minamoto, Yoritomo misalnya telah melantik mereka yang setia kepadanya mewarisi jawatan jito atau pengurus  tanah dan bertanggungjawab mengutip cukai.Shugo merupakan pegawai yang bertanggungjawab memastikan agar semua cukai di bayar walaupun     kekerasan terpaksa digunakan. Sistem sebegini terus kekal sehingga zaman   Meiji sehingalah beberapa perubahan besar dilakukan. 
3.             Menurut Abdullah Zakaria Ghazali (2003:101) dalam usaha  melihat sejarah sistem Feudal di Jepun, maka zaman Kamakura tidak harus ditinggalkan kerana zaman ini merupakan akar kepada keberlangsungan sistem feudal yang hanya tamat pada pertengahan abad ke-19. Menurutnya lagi, sistem feudal tumbuh subur di Jepun kerana kewujudan estate persendirian yang dikenali sebagai syo atau syoenPertumbuhan estate-estate persendirian ini telah dipercepatkan oleh kemerosotan golongan aristokrat dan kebangkitan golongan perwira  (buke).Golongan    ini memberi taat setia  kepada Kamakura dan hasil   daripada ketaatsetiaan ini    menyebabkan       mereka mendominasi jawatan   jito serta shugo. Gabungan    organisasi inilah yang menjadi asas kepada  kemunculan sistem feudal di  Jepun. 
4.             Sehubungan itu kita dapat melihat sistem feudal di Jepun telah melahirkan dua golongan yang saling bergantung antara satu sama lain, iaitu golongan birokrasi pemerintahan dan golongan tentera. Golongan birokrasi pemerintahan  termasuklah tuan-tuan tanah atau daimyo yang bertanggungjawab  menyumbangkan sebahagian daripada hasil tanah kepada maharaja. 
5.             Selain itu perjalanan sistem feudal di Jepun agak unik dan berbeza dengan negara lain. Ini disebabkanwujud keterikatan yang kuat antara golongan daimyo dengan tentera dan petani , manakala maharaja tidak mempunyai  sebarang peranan. Kemunculan   golongan tentera khusus (profesional) di Jepun begitu    berpengaruh dalam menentukan hala tuju pemerintahan.   Golongan  daimyo merupakan kelompok yang sangat berkuasa di Jepun dan kuasanya dikatakan mengalahkan kuasa maharaja. 
6.             Golongan tentera mempunyai kebolehan yang besar   dalam peperangan dan digunakan oleh golongan bangsawan sama ada untuk mempertahankan    hak milik mereka atau menjaga   keselamatan   tuan-tuan mereka.   Kekuatan ketenteraan  ini menjadi tulang    belakang  kepada kebangkitan    daimyo di Jepun sehingga maharaja tidak  berfungsi sebagaimana   sepatutnya.

STRUKTUR MASYARAKAT FEUDAL DI JEPUN
Struktur sistem feudal di Jepun berbentuk piramid yang terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah adalah Maharaja, Shogun dan Daimyo.. Golongan diperintah terdiri daripada samurai, petani, atisan (tukang) dan saudagar. Sistem ini dapat dilihat dengan jelas semasa pemerintahan Shogun Tokugawa. 
1.             https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgumnqsCFiC88srqDvjknqmOa0LL8qFJiNckEZS1uzP6n7L21GjkEUzF6u2A4v2x6Cgu_atD410grWbT1pJdI5Eo1w54GByCRJB1DvBwLU5ErSYzjbTMLJmszGPzz6YHGWCbOtqKndgVvA/s1600/istana+kyoto.jpgDalam hierarki pemerintahan di Jepun Maharaja menduduki lapisan teratas. Namun pada abad ke16 dan 17 di bawah pemerintahan Shogun Tokugawa, maharaja Jepun tidak  mempunyai kuasa untuk memerintah. Baginda hanya menjadi lambang  perpaduan rakyat dan boneka sahaja. Maharaja dikatakan dari keturunan dewi matahari (amaterasu). Maharaja dianggap pemerintah keduniaan dan kerohanian. Baginda ditempat di Kyoto iaitu bandar diraja yang sentiasa dikelilingi oleh pegawai istana (kuge). Maharaja hanya memerintah di Kyoto sahaja yang dikenali sebagai kerajaan Mikado (Kerajaan Maharaja). 
2.             Shogun merupakan golongan bangsawan yang berada dihaeiraki yang ke-2. Kuasa memerintah yang sebenar berada di tangan Shogun Tokugawa.  Shogun menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan  perintah. Hal ini dilakukan supaya kuasa dan kedudukan Shogun  terjamin. Shogun telah membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan  golongan  bangsawan atau Daimyo  yang menyokong  dan menentangnya. Daimyo yang menyokong Shogun akan diberi tanah manakala bangsawan yang menentangnya ditempatkan di  kawasan yang akan dikawal oleh sekutu Tokugawa. Kerajaan Tokogawa ini di kenali sebagai Kerajaan Bakufu (ketenteraan) yang berpusat di Edo. 
3.             Daimyo merupakan golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam pentadbiran Tokugawa. Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai ialah ahli keluarga Shogun Tokugawa dan telah dikurniakan tanah  yang berhampiran kediaman Shogun. Daimyo Shimpan terdiri   daripada pelbagai cabang keluarga Tokugawa iaitu membentuk keluarga Kii, Owari dan Mito. Mereka diberi tanah tidak jauh   daripada shogun. Daimyo Tozama meruapakan daimyo yang   memusuhi shogun iaitu terdiri daripada puak-puak suku barat (Satsuma, Hizan, Toza dan Chosu). Mereka telah ditempatkan  jauh  daripada shogun   untuk mengelak ancaman daripada mereka. 
4.             Samurai merupakan kelas pahlawan (tentera) yang berada bi bawah golongan daimyo dan paling atas golongan di perintah. Mereka mempunyai kedudukan istimewa iaituhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEilfmBZkxUj622rJ4wcGbKC5RPEnasDuCnZAuxc2_JPlldZJK6GC6Bq9LPKTFMtt9vLxv2vz38VeqVe95kWKYUwRJw6mkq8lknGyLdpiaMph8W0-TNImNb-N7O3KWfYbgULVdoQQEaaG1w/s200/japanese_feudalism.htm_txt_Japanese+samurai.gifmempunyai nama keluarga dan membawa dua bilah pedang. Samurai berfungsi untuk menjaga keamanan negara dan keselamatan shogun serta daimyo. Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja lain. Jumlah golongan samurai kira-kira 400,000 orang iaitu kira-kira 6% daripada jumlah penduduk Jepun. Golongan samurai terbahagi kepada taraf seperti tinggi, sederhana dan rendah. Samurai bertaraf tinggi tidak ramai bilangannya dan dibenarkan memilki tanah. Samurai sederhana merupakan samurai berkuda manakala kelas rendah adalah samurai berjalan kaki. Ketika masa aman, samurai akan melakukan kerja lain seperi mengurus kewangan, mentadbir ladang, menjaga kebun dan menjadi utusan. 
5.             Dalam kalangan rakyat biasa, petani (nomin) menduduki tempat yang tertinggi dan dianggap golongan yang mulia di Jepun. Hal ini kerana mereka merupakan pengeluar beras yang menjadi bahan makan rakyat Jepun dan sebagai balasan mereka diberi upah hanya secukup makan sahaja kerana hasil beras untuk negara. Jepun telah menjalankan dasar tutup pintu ini menyebabkan rakyat  hanya bergantung kepada beras yang dikeluarkan oleh petani sahaja. 
6.             Kelas tukang-tukang mahir (artisan) berada dibawah petani. Mereka mahir dalam pembuatan pedang samurai, menenun kain, alatan tembaga, besi dan alat-alat lain yang berguna. Mereka diberi gaji yang baik dan diberi rumah yang baik. Mereka dibenarkan menggunakan pedang. 
7.             Kelas pedagang (chonin) terletak dibawah artisan. Mereka dipandang rendah dan tidak dibenarkan berlaku mobiliti sosial. Namun keadaan aman telah menyebabkan ekonomi berkembang dan para pedagang telah berjaya mengumpul harta yang banyak. Mereka kemudian telah memperbaiki status diri mereka.






1 comment: