Teknik Membaca
1. Teknik Membaca KWLH
2. Teknik Membaca SQ3R
3. Skimming and Scanning
Salam Cemerlang buat
SEMUA.......seseorang pelajar lazimnya terpaksa banyak membaca. Dalam konteks
sekolah bestari, pelajar digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber.
Mereka membaca pelbagai tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca secara meluas
atau ekstensif. Ada masanya pula mereka perlu membaca secara intensif atau
mendalam. Untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, pelajar perlu menguasai
dan mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh karena itu guru perlu membimbing
pelajar menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi.
Dalam konteks sekolah, pelajar
membaca untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut; untuk mendapatkan maklumat
atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara untuk mendapatkan
gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkara untuk memahami sesuatu
persoalan atau menjelaskan kepahaman tentang sesuatu konsep untuk mengumpul
pelbagai teknik membaca yaitu membaca pantas membaca kritis.
Untuk membaca pantas seseorang boleh
menggunakan teknik skimming dan scanning, manakala untuk membaca dengan kritis
seseorang boleh menggunakan teknik seperti KWLH dan SQ3R.
Teknik Membaca KWLH
KWLH adalah singkatan bagi yang
berikut; K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca), W (want) Apa yang
hendak diketahui (sebelum membaca), L (learned) Apa yang telah diketahui
(selepas membaca), H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang
berkaitan (untuk membaca seterusnya), Apa yang jelas dari penerangan tersebut
ialah diketahui membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui melakukan
pembaca (bahan yang telah dipilih), mengetahui apa yang telah diperoleh dari
pembacaan yang baru dilakukan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh
(sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya).
Teknik pembacaan akan membolehkan
pelajar mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca menentukan
apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apakah lagi bahan
yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan.
Dalam konteks pengajaran, pelajar
dibiasakan menggunakan borang seperti yang di bawah sekiranya dikehendaki
menggunakan teknik KWLH.
Teknik Membaca SQ3R
SQ3R ialah teknik membaca kritis
yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan suatu kaedah
membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat
dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
SQ3R adalah singkatan bagi;
S (Survey) tinjau
Q (Question) soal/tanya
R (Read) baca
R (Recite) imbas kembali tau nyatakan secara lisan
R (Review) baca semula
Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran
keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini
dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau
ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir
di bagian-bagian buku atau teks. Disini juga pelajar sebenarnya menggunakan
teknik membaca pantas yaitu skimming dan scanning.
Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu
ciri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan
dengan keperluan tugasnya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca
tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi
garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan coba mencari jawaban kepada
soalan-soalan tersebut.
Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks
tersebut secara aktif serta mencoba mendapat segala jawaban kepada
soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar
mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan
perkembangan kepahaman dan keinginan sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar
mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.
Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga, setelah selesai membaca
pelajar coba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang
telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks
tugasnya. Pelajar juga boleh coba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan
sebelumnya tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca.
Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca
bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan
jawaban-jawaban kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga
memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.
Skimming dan Scanning
Teknik skimming dan scanning ini
sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mau
pun bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan
sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada ide penting setiap
perengan untuk mendapat gambaran umum. Ide-ide khusus sengaja diabaikan. Dalam
pembacaan sebuah buku pula. Fokus kita diberikan kepada bagian tertentu di
dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan
pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara
yang dibaca.
Scanning ialah pembacaan cepat untuk
mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan
sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau bagian-bagian tertentu
yang dipikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata
kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca
sambil memberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian,
pembacaan cara ini adalah lebih cepat dari pada pembacaan cara skimming.
Dalam konteks pembelajaran, skimming
dan scanning boleh digunakan bersama. Biasanya, kita boleh membaca cara
skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan. Jika bahan berkenan
itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan scanning untuk mendapatkan
maklumat khusus yang dicari.Selamat Cemerlang!!
TIPS BELAJAR CEMERLANG !
1. Menurut kajian sebagaimana yang disebutkan oleh Dr. Fadzilah
Kamsah bahawa kita hanya akan mampu mengingati sesuatu ilmu sebanyak 10%
jika sekadar membaca.
2. Jika kita mendengar sahaja,sebanyak 20% yang mampu kita
ingat,jika dengar dan lihat(seperti melihat apa yang diajarkan oleh
guru-guru) sebanyak 50%.
3. Apabila kita menyebut sesuatu ilmu yang dihafal secara
kuat,maka sebanyak 70% yang mampu kita ingat.Akhirnya sekiranya
kita mengamalkan ilmu yang dihafal maka insya Allah sebanyak 90% yang mampu
lekat pada memori otak kita.
4. Betullah pepatah Arab yang mengatakan “ilmu tanpa amal,ibarat
pokok tanpa buah”.Dengan beramal ia mampu memberikan buah hasil yang terbaik
kepada ilmu yang kita miliki antaranya tahap ingatan yang kuat akan ilmu
berkenaan.
5. Sebenarnya banyak ayat al-Quran dan hadis yang memerintahkan
agar kita mengamalkan ilmu yang kita perolehi malah memberikan ancaman yang
keras kepada golongan yang mengetahui ilmu tetapi tidak mengamalkannya seperti
golongan Yahudi yang mengetahui akan kebenaran Islam tetapi tidak mahu beramal
untuk Islam sebaliknya menentang Islam.
6. Kemudian,sekiranya semakin banyak kita menggunakan deria
dalam belajar,semakin kuat dan cepat untuk kita mengingati sesuatu lmu. Juga,dalam
kita belajar,kita hendaklah belajar secara aktif bukan pasif.Maksud
aktif di sini ialah kita dapat belajar dengan penuh konsentrasi atau
perhatian.Antara ciri pelajar yang aktif ialah mereka yang apabila membaca,mereka
menggunakan jari telunjuk atau pen untuk menunjuk isi yang sedang
dibaca,menggariskan isi-isi yang penting.Semua itu demi mengelakkan
daripada kehilangan konsentrasi.Haruslah difahami belajar secara aktif di sini
bukanlah merujuk kepada belajar sambil mendengar muzik yang dipasang kuat
ataupun sambil bersembang tetapi ia merujuk kepada belajar secara penuh
konsentrasi.Jika kita tidak mampu memberikan sepenuh perhatian kepada
apa yang dibaca,maka pada ketika itulah kita dianggap sebagai belajar secara
pasif.
7. Akhir sekali,renungilah kata-kata al-Imam Syafei rahimahullah
ini:“ Aku mengadu kepada Waki’(al-Imam Waki’ ibn Jarrah
rahimahullah,guru kepada al-Imam Syafei rahimahullah) tentang buruknya
hafalanku,maka dia menyuruhku supaya meninggalkan maksiat,dan dia mengatakan
kepadaku bahawa sesungguhnya ilmu Allah itu adalah cahaya,dan cahaya Allah itu
tidak akan diberikan kepada orang-orang yang membuat maksiat.” Sumber cikgu Rashman
No comments:
Post a Comment