Saturday, January 1, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Cikgu ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pelajar. Umur kita semakin bertambah. Semoga ilmu di dada juga semakin bertambah. Tanamkan azam untuk belajar bersungguh-sungguh,menimba ilmu dengan niat "kerana Allah".Keputusan PMR yang sudah diumumkan menunjukkan sekolah kita meningkat dari segi peratus keseluruhannya. Tahniah kepada semua guru dan pelajar PMR. Bagi pelajar-pelajar STPM tahun 2011 , mulakan tahun ini dengan semangat dan azam baru. Semuanya di tangan kita "Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu kecuali dia sendiri yang mengubahnya"...SELAMAT MAJU JAYA