Tuesday, June 12, 2012

PANDUAN MENULIS ESEI STPM



Salam untuk semua.
Di sini dinyatakan satu panduan ini sangat berguna pada calon Kertas Sejarah 1 STPM, agar esei yang ditulis menepati kehendak dari segi format menjawab. Jawapan mestilah mengikut kehendak oleh soalan. Tuliskan sebanyak mungkin isi yang diingati agar calon lebih selamat. Jangan sesekali tidak cuba menjawab. Gunakan kaedah pertanyaan 5W 1H untuk mencungkil idea. Sentiasa wujudkan persoalan dalam kepala calon agar calon dapat menulis jawapannya.

Cara Menulis Esei Yang Baik.

A.      CIRI-CIRI PENDAHULUAN ( 3 markah )

1. Perenggan Pertama 
2. Bukan Kehendak Soalan/Isi
3. Pengertian Kepada Konsep
4. Latar Belakang Kawasan
5. Latar Belakang Kepada Tema

B. ISI: ( 20 markah ) 
Isi yang hendak ditulis mestilah mengandungi IHC iaitu Fakta + Huraian  + Contoh

FAKTA: 
1. Bilangan fakta bergantung kepada kehendak soalan tu. 
2. Satu soalan: biasanya perlu ada 7 isi (Jika ada lebih, tulis semua lebih selamat kerana selagi markah isi belum mencapai jumlah maksimum, anda akan dapat markah setiap isi yang ditulis) 
3. Lebih daripada satu bahagian: Perlu pertimbangkan kepentingan bahagian. (Contoh: Kalau soalan hendak konsep dan faktor, tentulah markah faktor lebih banyak daripada konsep) 
4. Fakta yang baik mempunyai huraian dan contoh 
5. Setiap fakta ditulis dalam satu perenggan

HURAIAN: 
1. Menjadi penerangan kepada fakta 
2. Soalan yang boleh mendorong kepada huraian ialah mengapa/ kenapa/ bagaimana/ apakah implikasi/ kesannya (Kaedah 5W 1H) 
3. Satu fakta memadai dengan 4-5 huraian

CONTOH: 
1. Merupakan bukti kepada fakta atau huraian 
2. Soalan yang boleh mendorong mengemukakan contoh:
i.        Bila (tarikh, tahun, abad)
ii.       Siapa (nama, kaum,)
iii.      Di mana (tempat)
iv.      Banyak mana (kadar, bilangan)
v.       Apa ( peristiwa )

C. KESIMPULAN: ( 2 markah ) 
1. Apa sahaja yang berkaitan. 
2. Tidak mengulangi pernyataan soalan 
3. Tidak menyenaraikan/mengulang isi

Peringatan:
Jangan sesekali calon tidak menulis Pendahuluan dan Kesimpulan, kerana kedua-dua bahagian ini sangat mudah untuk dapat markah. Sebanyak 5 markah maksimum boleh anda kutip di sini.

1 comment: