Monday, August 15, 2011

PANDUAN MENULIS PENDAHULUAN SEJARAH 1 STPM

EJARAH KERTAS 1 STPM

PANDUAN MEMBUAT PENGENALAN

CONTOH PENGENALAN

CONTOH 1

Bincangkan kepentingan revolusi pertanian pada zaman Neolitik.

Zaman pra sejarah merupakan zaman di mana manusia belum mengenali tulisan. Hanya fosil-fosil dan artifak-artifak yang menjadi tanda pengenalan mengenai zaman ini. Terdapat tiga kumpulan manusia yang hidup di zaman pra sejarah dan dianggarkan bermula sekitar 7000 SM. Pada zaman Neolitik ,buat pertama kalinya manusia tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada persekitaran tetapi sebaliknya Berjaya menguasai persekitaran fizikal untuk memenuhi keperluan ekonomi mereka berbanding dengan zaman Paleolitik. Di zaman Neolitik kita dapat menyaksikan perkembangan kegiatan pertanian dan menternak binatang . ini yang dinamakan revolusi pertanian. Tegasnya revolusi pertanian telah menyediakan kehidupan manusia bertambah kompleks yang memberikan sesuatu asas yang kukuh.

CONTOH 2

Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai ,huraikan tujuh factor yang membawa kemunculan tamadun manusia.

Menurut Kamus Dewan ,tamadun adalah keadaan masyarakat manusia yang sudah mencapai taraf kemajuan, kebendaan serta perkembangan pemikiran yang tinggi. Sebelum kemunculan tamadun,manusia hidup dengan memburu binatang dan memungut hasil tanaman yang tumbuh meliar. Cara kehidupan tersebut berubah apabila manusia mengetahui cara-cara bercucuk tanam dan menternak binatang . melalui pengetaahuan itu, perubahan besar telah berlaku dalam kehidupan. Sungguhpun perubahan ini berlaku secara beransur-ansur di tempat-tempat tertentu pada masa yang berbeza ia sebenarnya telah mewujudkan garis pemisah yang sangat ketara dalam sejarah kehidupan manusia dengan zaman sebelumnya. Antara tamadun awal yang wujud ialah Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir dan Tamadun Hwang Ho. Sesungguhnya, terdapat berbagai faktor yang membawa kepada kemunculan tamadun antaranya ialh seperti petempatan kekal,sumber alam, kemajuan teknologi ,penciptaan roda, organisasi social, perbandaran, migrasi dan lain-lain.

CONTOH 3

Huraikan aktiviti ekonomi penduduk Melaka pada zaman pemerintahan kerajaan Islam di Melaka.

Melaka yang dibuka oleh Parameswara pada 1803 yang asalnya sebuah perkampungan nelayan telah bertukar menjadi pusat ekonomi terpenting khususnya di zaman pemerintahan Sultan Mansor Syah. Peringkat awalnya , masyarakat Melayu tradisional Melaka melakukan pelbagai aktiviti ekonomi seperti bercucuk tanam,menangkap ikan,menternak dan memburu. Namun ianya mengalami perubahan apabila aktiviti perdagangan mula bertapak di Melaka. Melaka menjadi pusat perdagangan terpenting di alam Melayu menarik minat pedagang dari barat dan timur untuk berniaga. Melaka kemudiannya menjadi pusat perdagangan enterpot yang sangat terkenal dan sibuk.

CONTOH 4

Jelaskan faktor-faktor kemunculan Srivijaya sebagai sebuah empayar yang dominan di alam Melayu dari awal abad ke 7 hingga abad ke 13 M

Kerajaan Srivajaya yang diasaskan oleh Dapunta Hiyam telah muncul sebagai kuasa politik yang dominan di antara kurun ke-7 – 14 M. Penguasaan Srivijaya meliputi beberapa Negara di Sumatera , sebahagian Pulau Jawa ,Semenanjung Tanah Melayu,Selatan Siam dan Persisiran Borneo. Kerajaan Srivijaya muncul pada abad ke 7 M berpusat di Palembang. Empayar Srivijaya merupakan sebuah empayar Maritim yang bergantung kepada kekuatan angkatan laut dan memonopoli perdagangan antarabangsa di Kepulauan Asia Tenggara. Jelaslah kemunculan Srivijaya sebagai satu kuasa dominan di alam Melayu berkait rapat dengan kekuatan ketenteraan ,penguasaan jalan laut, system pentadbiran yang cekap, penguasaan ke atas orang laut, serta menjadi pusat pengajian.

CONTOH 5

Huraikan konsep “ummah” dan langkah-langkah yang diambil ole Nabi Muhammad (SAW) dalam usaha Baginda membentuk dan menyatukan ummah di dalam sebuah Negara Islam yang merdeka di Kota Madinah.

Sebelum ketibaan Islam , Kota Madinah dikenali sebagai Yathrib. Majoriti penduduknya terdiri daripada kaum Arab dan Yahudi. Kaum Arab Madinah dikenali sebagai kaum Aus dan Khazraj ..kaum Yahudi pula terdiri daripada pelbagai suku , tetapi yang terbesar terdiri daripada Bani Qainuqa,Bani Quraizah dan Bani Nadir. Pekerjaan mereka pada umumnya ialah bertani dan bertukang. Sebelum peristiwa hijrah ,kaumYahudi dikatakan sangat berpengaruh dan berkuasa di Madinah, sementara masyarakat Arab tunduk di bawah kekuasaan Yahudi. Keadaan ini menyebabkan orang Arab berasa tertekan dan berusaha untuk mendapatkan pertolongan daripada orang Arab dari Makkah. Pada waktu inilah mereka mengunjungi Nabi Muhammad (saw) di Makkah yang akhirnya mmembawa kepada peristiwa hijrah. Peristiwa hijrah yang berlaku pada tahun 622 M ,telah melahirkan sebuah masyarakat Madinah yang dikenali sebagai “ummah”. Tegasnya pembentukan ummah yang ingin dilahirkan adalah sebagai tunggak perpaduan Kerajaan Islam Madinah.

CONTOH 6

Nabi Muhammad (saw) bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul , tetapi juga seorang pemimpin masyarakat dan negarawan yang Berjaya. Bincangkan.

Nabi Muhammad (saw) dilahirkan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April Tahun Gajah . Baginda telah menerima wahyu pertama pada 17 Ramadhan (16 Ogos 610M) iaitu Surah al-Alaq ,ayat 1-5. Baginda telah dilantik secara rasmi sebagai Nabi ketika berusia 40 tahun 6 bulan. Setelah itu diikuti pula dengan Surah al-Muddathir ,ayat 1-7 yang menandakan kerasulan Nabi Muhammad (saw). Baginda telah menjalankan dakwah dengan dua cara iaitu berdakwah secara sulit selama kira-kira 3 tahun dan kemudian dilakukan secara terbuka. Akibat kekecewaan terhadap kaum Musyirikin Makkah yang sering bertindak ganas terhadap dirinya dan para pengikutnya , Nabi Muhammad (saw) akhirnya Berjaya membina sebuah Negara berdaulat dan disegani. Al-Quran menyifatkan Nabi Muhammad (saw) sebagai “contoh terbaik”. Baginda mempunyai akhlak sebagaimana akhlak yang diajar di dalam al-Quran. Baginda bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul tetapi juga seorang pemimpin negara dan masyrakat . pada peringkat awal baginda ternenal sebagai Nabi dan Rasul , setelah itu sebagai pemimpin masyarakat dan akhir sekali muncul sebagai panglima tentera dan pemimpin Negara yang disegani.

No comments:

Post a Comment