Sunday, August 21, 2011

ANALISIS SOALAN PERCUBAAN 2010 TEMA 3,4 dan7

ANALISIS SOALAN-SOALAN PERCUBAAN

TAHUN 2010

TEMA 4: EKONOMI

TAMADUN ISLAM

1. Bincangkan sumber-sumber ekonomi Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW sehingga Zaman Bani Abbasiyyah. (KEDAH)

2. Jelaskan pelaksanaan dan kepentingan zakat pada zaman Khulafa al-Rasyidin. (NEGERI SEMBILAN)

3. Huraikan sejarah penciptaan dan penggunaan matawang dalam sistem ekonomi Islam. (PAHANG)

4. Jelaskan fungsi zakat dan pelaksanaannya pada zaman Bani Ummaiyyah. (PULAU PINANG)

5. Bincangkan sumber-sumber Baitulmal dan peranannya kepada ekonomi umat Islam. (Perlis)

6. “Menbayar zakat adalah wajib ke atas umat Islam “Bincangkan sejarah ,fungsi dan pelaksanaan zakat pada zaman Rasulullah SAW hingga zaman Bani ummaiyyah. (JOHOR)

7. Jelaskan jenis-jenis zakat yang terdapat dalam ekonomi Islam .Bincangkan pelaksanaan zakat pada Zaman Bani Abbasiyah.

(EXCEL SABAH)

8. Zakat memainkan peranan penting bagi pembangunan ekonomi Islam . Bincangkan jenis-jenis zakat dari segi pelaksanaan ekonomi Islam. (SELANGOR)

9. Huraikan sistem mata wang pada zaman Khulafa al-Rasyidin sehingga zaman Bani Abbasiyah. (PERAK)

10. Huraikan sejarah perkembangan mata wang Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin dan Kerajaan Bani Ummaiyah.(L/B SIBU)

11. Huraikan pelaksanaan Baitulmal pada zaman kerajaan Bani Ummaiyyah dengan Kerajaan Bani Abbasiyyah. (KELANTAN)


STPM SEBENAR 2010

Huraikan system matawang Islam dari zaman Khulafa al-Rasyidin hingga Zaman Bani Ummaiyyah dan peranan system mata wang itu dalam aktiviti ekonomi umat Islam.

ANALISIS SOALAN PERCUBAAN

TAHUN 2010

TEMA 3: KETAHANAN DAN PERTAHANAN

TAMADUN DUNIA

1. Bincangkan strategi dan taktik peperangan yang diamalkan dalam Tamadun India sebelum Islam dengan Tamadun Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW. (KEDAH)

2. Bincangkan tujuan peperangan dalam tamadun Rom dan strategi peperangan yang dilaksanakan.

3. Bandingkan konsep ketahanan dan pertahanan tamadun Barat dengan konsep ketahanan dan pertahanan tamadun Islam . (TERENGGANU)

4. Bincangkan idea Kauntilya dalam Karyanya Arthasastra untuk membantu pemerintah mengukuhkan kuasa. (JOHOR)

5. Bincangkan struktur ketenteraan di India sebelum Islam?

6. Bandingkan strategi peperangan dalam Tamadun Rom dengan Tamadun Islam. ( NEGERI SEMBILAN)

7. Jelaskan organisasi ketenteraan dalam Tamadun Rom pada zaman Augustus Caesar. ( PERAK)

8. Bincangkan idea pemikiran Kaultilya pada abad ke-3 Masihi dan Nicollo Machiavelli pada abad ke-16 Masihi. (PAHANG)

9. Huraikan taktik dan strategi peperangan yang diamalkan oleh Tamadun Rom dan Tamadun Islam. ( PULAU PINANG)

10.Jelaskan konsep ketahanan dan pertahanan. Huraikan organisasi

ketenteraan yang terdapat dalam Tamadun Yunani.

11.Bandingkan konsep ketahanan dan pertahanan menurut perapektif

Islam dan konsep konsep ketahanan dan pertahanan barat.

(SABAH)

12.Kautilya dan Machiavelli banyak member sumbangan dalam bidang

ketahanan dan pertahanan. Bincangkan pernyataan tersebut.

(SELANGOR)

13.Bincangkan sumbangan Kautilya dalam bidang ketenteraan pada zaman India Klasik. (PERLIS)

14.Bincangkan faktor-faktor berlakunya peperangan dalam tamadun-

tamadun awal. (KELANTAN)

15. Bincangkan konsep ketahanan dan pertahanan . huraikan cara-cara

yang digunakan oleh kerajaan-kerajaan tamadun awal untuk

mengukuhkan ketahanan dan pertahanan masing-masing.

(LUAR BANDAR SIBU SARAWAK)

16. Jelaskan sebab-sebab berlakunya peperangan dalam masyarakat di

Timur Tengah. (Pep Pra STPM Pasir Mas KELANTAN)

STPM SEBENAR 2010

Jelaskan penubuhan organisasi ketenteraan pada zaman awal moden di Eropah.

ANALISIS SOALAN PERCUBAAN

TAHUN 2010

TEMA 3 : KETAHANAN DAN PERTAHANAN

TAMADUN ISLAM

1. Sejauhmanakah kepimpinan Nabi Nuhammad SAW menjadi factor utama kepada kejayaan tentera Islam dalam bidang siri peperangan pada zaman baginda. (KEDAH)

2. Huraikan kepentingan Perang Badar kepada golongan yang terlibat dengan peperangan tersebut. (TERENGGANU)

3. Penerimaan Rasulullah SAW terhadap Perjanjian Hudaibiyah telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan umat Islam . jelaskan syarat-syarat perjanjian dan bagaimanakah perjanjian tersebut merupakan kemenangan yang nyata dipihak Islam. (JOHOR)

4. Bandingkan konsep ketahanan dan pertahanan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Eropah. (NEGERI SEMBILAN)

5. Huraikan aspek kepimpinan Nabi Muhammad SAW dalam bidang ketenteraan dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

(PERAK)

6. Perang Uhud merupakan perang kedua dalam kalender Islam dan ia berlaku pada tahun ketiga hijrah. Bincangkan factor-faktor serta kesan-kesan dan peristiwa Perang Uhud. (PAHANG)

7. Bincangkan etika dan tatacara peperangan yang dianjurkan oleh Islam dengan memberikan contoh-contoh yang jelas. (PULAU PINANG)

8. Huraikan peristiwa-peristiwa penting Perang Uhud dan kesan-kesan peperangan ini terhadap masyarakat di Madinah. (SABAH)

9. Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai , huraikan etika dan stategi peperangan yang telah diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW .

(SELANGOR)

10. Jelaskan peristiwa Perang Uhud dan kesan-kesannya terhadap umat Islam dan Musyrikin Makkah. (PERLIS)

11. Bandingkan organisasi ketenteraan zaman kerajaan Bani Umaiyyah dengan kerajaan Bani Abbasiyyah. (KELANTAN)

12. Bincangkan langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh Nabi Muhammad SAW bagi mempertahankan kedaulatan Negara Islam Madinah. (Pep Pra STPM PPD PASIR MAS KELANTAN)

13. Apakah taktik dan strategi peperangan yang telah digunakan oleh Nabi Muhammad SAW ketika diserang oleh musuh? Jelaskan.

(KAPIT SARAWAK)

STPM SEBENAR 2010

· Bincangkan implikasi Perang Uhud terhadap masyarakat di Madinah.

· Bandingkan sistem ketenteraan Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW dengan sistem ketenteraan Barat pada zaman Rom.

ANALISIS PEPERIKSAAN PERCUBAAN

TAHUN 2010

TEMA 7: PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN.

TAMADUN DUNIA

1. Bincangkan sumbangan ahli-ahli pelayaran China dan Barat dalam bidang penjelajahan dan penerokaan. (KEDAH)

2. Usaha-usaha pelayaran yang dilakukan pelayar-pelayar Barat sejak abad ke-15 telsh meninggalkan impak yang besar dalam tamadun manusia. Bincangkan . (TERENGGANU)

3. Nilaikan sumbangan Cheng Ho dalam perkembangan tamadun manusia.

(JOHOR)

4. Bincangkan faktor-faktor orang China melakukan penerokaan dan penjelajahan pada abad pertama masihi hingga abad ke-15 Masihi.

(NEGERI SEMBILAN)

5. Sejauhmanakah factor ekonomi menjadi pendorong aktiviti penjelajahan dan penerokaan orang Portugis pada abad ke-15 Masihi.

(PERAK)

6. Bandingkan sumbangan Marco Polo dan Ibnu Batutah dalam bidang pelayaran dan penjelajahan . (PAHANG)

7. Bincangkan factor-faktor yang membawa kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan China dan kesannya kepada Tamadun tersebut.

(PULAU PINANG)

8. Huraikan sumbangan I Ching (65-713 M)dan Cheng Ho (1371-1434) dalam bidang pelayaran. (SABAH)

9. Bincangkan factor-faktor yang menggalakkan orang China melakukan penerokaaan dan penjelajahan sebelum kurun ke-19. (SELANGOR)

10. Bandingkan objektif pelayaran dan penerokaan antara tamadun China dan Islam. (PERLIS)

11. Huraikan faktor-faktor yang mendorong kuasa-kuasa Barat melancarkan penjelajahan dan penerokaan sebelum abad ke-16 Masihi.

(SARAWAK)

12. Jelaskan matlamat penerokaan dan penjelajahan orang-orang Yunani sehingga zaman Greco-Rom. (KELANTAN)

STPM SEBENAR 2010

Tiada soalan dikemukakan.

TEMA 7 :PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN

TAMADUN ISLAM

1. Bincangkan sumbangan Sulaiman al-Mahri dan al-Istakhri dalam bidang pelayaran dan penerokaan Islam.

2. “Perjanjian Aqabah telah merintis jalan kepada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari Makkah ke Madinah “ sejauhmanakah anda bersetuju dengan pernyataan ini. (KEDAH)

3. Jelaskan tujuan penjelajahan dan penerokaan dalam Tamadun Islam dengan mengemukan contoh0contoh yang sesuai. (TERENGGANU)

4. Bandingkan matlamat penjelajahan dan penerokaan di antara masyarakat Islam dan Barat pada abad ke-15 -16 Masihi.

5. Terangkan sumbangan Ibnu batutah dalam penjelajahan dan penerokaan. (NEGERI SEMBILAN)

6. Bandingkan objektif penjelajahan dan penerokaan antara Tamadun Barat dengan Tamadun Islam. (PERAK)

7. Bincangkan perkaitan antara Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah dengan sejarah penjelajahan dan penerokaan umat Islam selepas kewafatan baginda. (PAHANG)

8. Bincangkan sumbangan Marco Polo dan al-Masudi kepada tamadun manusia. (PULAU PINANG)

9. Bandingkan matlamat penjelajahan dan penerokaan antara Tamadun Islam dengan Tamadun China. (SABAH)

10. Penjelajahan dan penerokaan merupakan aspek penting dalam Tamadun Eropah dan Tamadun Islam. Jelaskan tujuan penjelajahan dan penerokaan dalam Islam. (SELANGOR)

11. Bincangkan matlamat penjelajahan dan penerokaan Ibnu Batutah pada abad ke-14 Masihi. Nilaikan sumbangan beliau dalam bidang tersebut. (PERLIS)

12. Sumbangan tokoh-tokoh Islam dalam dunia penjelajahan dan penerokaan tidak dapat dinafikan . Bincangkan. (SIBU SARAWAK)

13. Bincangkan aktiviti dan sumbangan Ibn Battutah dalam bidang pelayaran dan penjelajahan

14. Terangkan faktor-faktor yang mendorong kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan Tamadun Islam (KAPIT SARAWAK)

15. Bincangkan sumbangan Sulayman al-Mahri berkenaan dengan bidang kelautan dan geografi . (KELANTAN)

STPM SEBENAR 2010

Tiada soalan dikemukakan.



KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN STPM TEMA EKONOMI

ANALISIS SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN

TAHUN 2010

TAMADUN DUNIA

TEMA EKONOMI

1. Huraikan faktor-faktor utama yang membawa kepada perdagangan antarabangsa antara Timur Tengah dengan Timur Jauh. ( KEDAH)

2. Huraikan perkembangan system perdagangan daripada sistem barter kepada kapitalisme yang berlaku di Eropah?

(N9)

3. Terangkan konsep sara diri,komersial dan kapitalis. Huraikan sebab-sebab perkembangan sistem kapitalis di Eropah sehingga abad ke-18. (PAHANG)

4. Sejauhmanakah peranan pemerintah yang menyebabkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama di Alam Melayu pada abad ke-15 Masihi. (KELANTAN)

5. Bincangkan factor perkembangan ekonomi dalam tamadun manusia sehingga tahun 1800 Masihi. (PULAU PINANG)

6. Berikan maksud kapitalisme dan jelaskan factor-faktor yang membawa kepada perkembangan system kapitalisme di Eropah sehingga abad ke-18 Masihi. (JOHOR)

7. Sejauhmanakah faktor perlindungan diberikan oleh Negara China yang membolehkan Melaka muncul sebagai pelabuhan perdagangan pada abad ke-15 Masihi. (SABAH)

8. Bincangkan ciri-ciri ekonomi di Eropah pada akhir Zaman Pertengahan . (SELANGOR)

9. Huraikan kegiatan ekonomi yang dilaksanakan di Alam Melayu sebelum abad ke-15 Masihi. (PERAK)

10. Bincangkan dan bandingkan dasar dan system ekonomi masyarakat Mesopotamia dan Mesir. (LUAR BANDAR SIBU)

11. Kegiatan ekonomi di Kepulauan Melayu telahpun wujud sebelum abad ke-15. Bincangkan kenyataan ini secara kritis.

(KAPIT SARAWAK)

12. Bincangkan perubahan-perubahan yang berlaku di Eropah ekoran revolusi perindustrian di England pada abad ke-18.

(PEP.PRA STPM PASIR MAS)

· STPM 2010 (SEBENAR)

· Bincangkan perkembangan ekonomi komersial di Eropah Barat dari tahun 1500 hingga tahun 1800 Masihi.