Pengenalan
Masyarakat
industri di Jerman lahir kesan daripada ledakan revolusi industri selepas di
England pada 1860-an hingga 1914. Kesan daripada revolusi ini, kerajaan telah
memberi tumpuan untuk memajukan kemudahan infrastruktur seperti sistem
pengangkutan dan komunikasi. Kerajaan juga mewujudkan lebih banyak kilang bagi
menjana pertumbuhan ekonomi.
Pertambahan
penduduk juga telah mewujudkan masyarakat yang berorientasikan industri seperti
di kawasan Ruhr, Saxony, Silesia dan Berlin. Bilangan penduduk yang semakin
ramai telah membawa pertambahan dalam peluang pekerjaan di kawasan
industri.
Longgokan
sumber bahan mentah yang banyak juga menyumbang kepada perkembangan
perindustrian di Jerman seperti arang batu, bijih besi, dan bijih timah
di Ruhr, Lorraine dan Silesia pada abad ke19.
Ciri-ciri
masyarakat industri di Jerman
1.
Kemajuan dalam sistem pertanian
- Kemajuan teknologi telah meningkatkan
mekanisme dalam kegiatan pertanian seperti masalah pembajakan tanah dapat
diatasi apabila traktor dicipta bagi menggantikan penggunaan kuda.
- Kemajuan dalam pertanian juga menghasilkan
kajian saintifik tentang tanah, misalnya melalui penemuan Humphry Davy (1802)
tentang sumbangan ilmu kimia dalam mengatasi masalah kesuburan tanah dan
tanaman. Pada tahun 1840 pula, saintis Jerman, Justus von Leibig telah menemui
formula untuk menghasilkan baja tiruan (kimia)
- Selain itu petani juga turut
memperkenalkan sistem pertanian campuran iaitu menternak lembu dengan diselangi
oleh penanaman bijirin khasnya jagung dan ubi kentang.
2.
Perkembangan perindustrian
- Pembukaan lombong arang batu dan bijih besi
di Saxony dan Silesia telah mendorong kepada kewujudan masyarakat industri.
- Kemajuan dalam industri kulit melahirkan
perubahan dalam gaya hidup
- Kemajuan dalam industri tekstil khususnya di
Berlin
- Ciptaan-ciptaan baru mencetuskan inovasi
baru dalam teknologi di Jerman seperti industri kimia dan elektrik.
3.
Kemajuan dalam sistem pengangkutan
- Masyarakat industri di Jerman juga maju
dalam sistem pengangkutan.
- Kemajuan yang pesat dalam industri besi dan
keluli telah membawa perkembangan dalam sektor pengangkutan khususnya dalam
pembinaan jalan kereta api.
- Borsig telah muncul sebagai pengeluar utama
kereta api dan kemudian diikuti oleh pembinaan jalan kereta api ke
bandar-bandar lain di Jerman.
4.
Perdagangan antarabangsa
- Pada tahun 1870an berlaku perkembangan pesat
dalam perindustrian di Jerman yang menyebabkan pertambahan dalam eksport
sehingga mencetuskan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan lebih
banyak sumber bahan mentah.
- Daripada perkembangan tersebut, perluasan
wilayah perlu dilakukan untuk meluaskan perdagangan dan berusaha mendapatkan
tanah jajahan.
- Pada tahun 1897, Jerman mempunyai hubungan
perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang batu serta membina pengkalan
tentera di sana.
5.
Kemajuan dalam sistem kewangan
- Pada tahun 1840an, Bank of Prussia
menjalankan perniagaan perbankan sebagai join stock dalam pengeluaran kredit
dan pelaburan kapital.
- Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D
Bank iaitu penggabungan empat buah bank utama di Jerman yang terdiri daripada
Disconto Gesellschaft of Stuttgart (1851), Deutsche Bank (1870), Darmstadter
Bank (1870) dan Dresdener Bank (1872)
- Melalui sistem perbankan, membawa kemunculan
kelas pengusaha industri baru pada abad ke 18 kerana mereka mendapat bantuan
modal daripada bank.
- Penyaluran modal tersebut membolehkan pihak
bank mempunyai kuasa mengawal perusahaan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat
industri.
- Selain itu penubuhan kartel di Jerman juga
membantu perkembangan industri apabila menguasai bekalan dan harga jualan bagi
produk-produk.
6.
Dasar kerajaan
- Kewujudan masyarakat industri di Jerman juga
dirangsang oleh dasar kerajaan Jerman yang menubuhkan sekolah pertukangan dan
teknikal untuk melahirkan ramai tenaga mahir.
- Undang-undang insurans sosial juga
dikuatkuasakan pada tahun 1883
- Selain itu banyak pusat-pusat kesihatan
dibina yang mana kos pembiayaan 2/3 ditanggung oleh oleh pekerja dan selebihnya
oleh majikan
- Kerajaan juga memanipulasi pengeluaran
akhbar sebagai satu langkah mengawal pemikiran rakyat
- Seterusnya kerajaan Jerman mengawal
pengurusan perkilangan, firma, kartel dan bank-bank
- Kerajaan Jerman fokus kepada kilang
pengeluaran peralatan tentera dan senjata di Eropah.
Soalan-soalan Perbincangan :
1.
Bandingkan definisi dan ciri-ciri masyarakat industri di
negara England dan Jerman antara abad ke-18 hingga abad ke-19
alhamdulillah ..entri ini tlh memudahkn ana utk menyiapkan tugasan sejarah ana ,, syukran ,, jazakillahu khairan khatira ,, ^_^
ReplyDelete