FEUDALISME
DI EROPAH
PENGENALAN
Banyak
cadangan telah dikemukakan bagi mengehadkan tempoh masa zaman pertengahan.
Namun hasilnya, tiada satu pun tarikh yang ditetapkan untuk
menandakan bermula dan berakhirnya zaman pertengahan. Walau bagaimanapun,
kebanyakan ahli sejarawan telah meletakkan tarikh permulaan Zaman Pertengahan
iaitu pada tahun 500M.dan berakhir pada tahun 1500M. Selepas berakhirnya tahun
1500M, maka Eropah dikenali pula sebagai zaman moden.
Feudalisme
secara umumnya boleh didefinisikan sebagai satu bentuk kerajaan,iaitu kuasa
politik dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu persendirian dan
bukan kerajaan pusat. Pada asasnya, sistem ini seperti yang wujud di Eropah
sejak abad ke-9memperlihatkan hubungan peribadi yang erat antara tuan tanah (lord)
dan petani (vassal )yang disyaratkan untuk memberi taat setia kepada lord.
Satu pihak akan memberi perlindungan sementara satu pihak lagi memberi
perkhidmatan ketenteraan dan keselamatan kepada raja. Selain aspek ketenteraan
dan keselamatan, feudotari juga dikehendaki menyediakan keperluan tertentu
termasuklah buruh untuk sistem kerah.Hubungan ini menentukan kedua-dua pihak
memperoleh faedah dan keuntungan bersama. Sistem feudal menyediakan satu
unsure, tetapi secara keseluruhannya berkesan, pertahanan dalam masa
peperangan dan rangka yang perlu untuk mengekalkan undang-undang dan peraturan.
Selain
itu, feudalisme juga sering dikenali sebagai satu sistem anarki yangdirancang.
Dalam mentafsirkan feudalisme, perlu diingat bahawa anarki yang dirancangadalah
lebih baik daripada anarki yang tidak mempunyai organisasi dan
tanpanyamasyarakat Eropah akan mengalami keadaan yang tidak teratur dan
kacau-bilau.
Disamping
itu juga, feudalisme turut didefinisikan sebagai satu istilah atau konsep
yangterbentuk di Eropah Barat selepas kejatuhan Empayar Charlemagne dan
berlanjutansehingga abad ke-14. Abad tersebut memperlihatkan era yang digelar
masyarakat feudal.
Dalam buku
Feudal Society karya Marc Bloch,beliau mentakrifkan istilah
feudaldigunakan bagi menerangkan seluruh kelakuan dan adab yang sekian lama
diterima dan wujud pada ketika itu serta organisasi kelas atasan masyarakat itu
yang meliputi perjanjian secara bertulis yang didominasi kekuasaan
golongan atasan.
Jika
dilihat dari segi strukturnya, sistem feudal memaparkan satu bentuk piramid.Di
bahagian bawah sekali ialah golongan rakyat atau petani manakala di bahagian
atassekali ialah raja. Bahagian tengah pula ialah golongan pembesar yang
bertanggungjawabmenjadi ‘tali penghubung’ antara raja dengan rakyat dan secara
praktikalnya turut bertindak sebagai tuan tanah. Dalam pemerintahan
bercorak feudal ini, wujud satuhierarki yang jelas antara feudatories dan
subfeudatories di bawah pemerintahan seorangraja. Kehidupan sosial masyarakat
Eropah pada Zaman Gelap yang berasaskan kepadasistem feudal ini diwakili oleh
golongan pemerintah dan golongan yang diperintah sepertirajah yang telah
disediakan di bawah ini:Dalam masyarakat feudal, golongan pemerintah terdiri
daripada raja dan di bawah rajaterdapat golongan bangsawan yang menjadi
pengikut setia raja. Jika dilihat daripada pelbagai aspek, bangsawan
lapisan pertama lebih rapat dengan golongan raja manakala bangsawan
lapisan kedua lebih rapat dengan bangsawan lapisan pertama.Raja Raja menduduki
hierarki tertinggi dalam sistem feudal dan berkuasa mutlak terhadap rakyat dan
Negara.
Dalam
sistem yang kompleks daripada pengagihan kuasa pusat ini,idea tentang kerajaan
yang terdiri daripada rakyat yang terdiri daripada rakyat yangdiperintah secara
langsung oleh kerajaan pusat tidak wujud lagi. Namun, di sepanjangzaman feudal,
negara dapat mengekalkan kewujudannya dan raja masih terus memerintahwalaupun
kuasa mereka semakin berkurangan. Pada masa itu, tidak terdapat
sistem percukaian, undang-undang atau mahkamah serta tentera
kebangsaan.Golongan raja merupakan golongan penaung utama dalam sesebuah
negaradengan memiliki tanah di negeri masing-masing secara mutlak. Dalam erti
kata lain,golongan raja mempunyai kuasa yang penuh ke atas tanah-tanah di dalam
negara dan berhak memutuskan kepada sesiapa untuk memajakkan tanah yang
menjadi miliknya.Oleh itu, seseorang yang dipercayai sahaja yang diberikan hak
untuk memajak tanahtersebut iaitu daripada golongan puak Vassal. Akan tetapi,
Vassal terlebih dahuludikehendaki untuk mengangkat sumpah sebagai tanda taat
setia kepada raja dan harusmenjalankan tugas mengikut arahan raja.
Kebiasaannya, golongan Vassal ini adalahterdiri daripada golongan lelaki. Di
samping itu juga, raja turut memberikan tanah kepadagolongan bangsawan yang
terdiri daripada Barons, Bishops dan Knight sebagai balasan atau pun
ganjaran terhadap perkhidmatan yang telah mereka berikan. Namun,
sebagai balasannya, golongan bangsawan haruslah membekalkan askar-askar
untuk tujuan peperangan. Dalam masyarakat feudal, kesetiaan yang tidak
berbelah bahagi adalah amat penting dan perlu dititikberatkan oleh semua
golongan pada masa tersebut.
Tanah-tanah
telah dapat dikumpulkan melalui pemberian oleh generasi, raja yang didorong
oleh hasrat untuk menyatukan dirinya dengan Tuhan dan membuat kerja kebajikan
supaya dosanya yang lalu dapat diampunkan. Sebagai contoh, Henry II(contoh raja
yang paling baik pada zaman pertengahan) telah menggunakan hakim Pengadilan di
England, mengadakan mahkamah penyiasatan kes atas tindak tanduk pihak berkuasa
tempatan yang bertanggungjawab untuk mengekalkan undang-undang dan peraturan.
Baginda tidak memasuki perang salib, seperti yang telah dilakukan oleh datuknya
dan satu daripada kejayaan terpentingnya ialah mengehadkan kuasa Kepausanke
atas Gereja Perancis dengan mengadakan perjanjian atau persetiaan dengan
Paus.Baginda kurang menghiraukan Kesatuan Dunia Kristian daripada kemakmuran
Perancis tetapi Henry II merupakan salah satu contoh terbaik di antara
raja-raja yang ada padazaman pertengahan.
Walaupun
raja berkuasa dalam sesebuah wilayah namun golongan itu perlu mencari kaedah
untuk mengekalkan kedudukannya. Mereka perlu memberikan ganjaran kepada
golongan bangsawan untuk mengawal golongan bangsawan tersebut. Secara
tidak langsung, golongan bangsawan akan dikurniakan tanah dan sekali gus
golongan ini akan terikat dengan pemerintah pada zaman itu. Taat setia akan
ditumpahkan kepada raja dan mereka akan melindungi raja daripada sebarang
ancaman baik secara luaran mahu pun dalaman. Selain itu, mereka juga akan
memaklumkan dan memberi sokongan bersenjata kepada pemerintah. Golongan raja
juga turut memperolehi hasil pendapatan daripada cukai-cukai yang dikenakan
kepada golongan bangsawan hasil daripada tanah yang telah mereka berikan. Dalam
bidang ketenteraan, raja turut bertanggungjawab untuk mengepalai tentera
dalam peperangan dan seterusnya mencetuskan kemenangan bagi pihaknya.
Di bawah
sistem feudal, raja diiktiraf sebagai penguasa ke atas semua
Lord
dan pemilik kesemua tanah dalam kerajaannya. Raja memerintah bukan sekadar
raja mutlak atau pun sebagai raja berpelembagaan, tetapi sebagai
feudal
overlord iaitu golongan bangsawan yang berkuasa penuh ke atas tanah,
anak-anak buah dan hamba-hambanyaHasil perbela.njaan negara juga diperolehi
oleh raja menerusi pendapatan daripada tanahnya sendiri, estet-estet di raja
dan bantuan daripada pihak vassal.
Selain itu
juga, beliau tidak dapat membentuk pasukan tentera kebangsaan tetapi boleh
memanggil hambanya untuk melaksanakan perkhidmatan tentera yang disertai oleh
hamba merekayang lain. Di samping itu juga, beliau tidak boleh mengisytiharkan
perundangan yang megikut semua ahli dalam negeri tetapi beliau boleh
mengarahkan hambanya dan mengeluarkan peraturan pihak berkuasa dengan harapan
bahawa hambanya akanmenyampaikan kepada orang yang berada di bawah pemerintahan
mereka. Golongan raja juga tidak mempunyai bidang kuasa terhadap
sebahagian besar rakyat tetapi beliau boleh mengadakan mahkamah feudal untuk
membicarakan hambanya yang terdekat dan tanggungannya.
Dari segi
amalan, sememangnya ketua hamba mematuhi raja dan melaksanakantugas mereka
hanya jika difikirkan perlu dan mereka jarang membawa sebahagian hambamereka
bersama apabila dipanggil untuk memberi perkhidmatan ketenteraan. Pada
awalzaman feudalisme, kebiasaannya mereka telah mengenepikan perintah raja.
Walau bagaimanapun, raja mempunyai faedah yang dapat mengatasi tuan besar
feudal yang lain berasaskan teori keagungan keutuhan yang biasa diiktiraf
sebagai sah apabila diketepikansecara praktis. Dengan peredaran masa, raja-raja
di England dan kemudiannya diPerancis telah berupaya untuk menjadikan teori itu
sebagai satu realiti. Manakala, diJerman dan Itali, kebangkitan pemerintahan
beraja telah dirumitkan dengan masalah yangluar biasa yang telah menyekat
proses itu daripada menjadi sempurna.
Walau
bagaimanapun, bahaya yang paling besar dan jelas kepada
pemerintahan beraja feudal adalah pergantungannya kepada watak raja.
Organisasi seluruhnya adalah diasaskan kepada kecekapan pertuanan. Jika baginda
gagal menguatkuasakan tanggunganyang harus dijelaskan oleh ketua penyewa, maka
keadaan akan menjadi tidak terkawal. Contohnya, pemerintahan Stephen di England
telahpun menunjukkan bagaimana dengan cepat sekali seluruh sistem kerajaan
berkecai dalam suasana kacau-bilau apabila terdapat orang yang lemah menduduki
takhta dan ini adalah merupakan penyebab utama wujudnya keadaan huru hara di
Jerman dan di bahagian tenggara Eropah melainkan empayar Byzantine, dari kurun
ketiga belas dan seterusnya.
Di barat,
iaitu di Perancis dan England, pemerintahan beraja feudal tidak lagi memegang
tampuk kuasa namun akhirnya kedua-duanya menjadi mangsa kepada sengketa warisan
dan raja yang lemah.
Bangsawan/
Baron
Kelas-kelas
tradisional Eropah Barat sangat terjejas dengan kepesatan perkembangan ekonomi.
Golongan bangsawan kekal mendominasi kumpulan sosial, yang mana kuasadan
pengaruhnya tetap kukuh dalam sistem feudal dan struktur-struktur manor itu.
Walau bagaimanapun, perubahan keadaan ekonomi telah membawa perubahan baru
yangmenjejaskan status dan gaya hidup mereka.
Golongan
bangsawan menduduki hierarki kedua selepas golongan raja. Golonganini turut
memainkan peranan yang penting dalam system pemerintahan pada zamantersebut.
Terdapat banyak gelaran bagi golongan bangsawan antaranya Duke,
Baron(Lord), Count dan Vassal. Dalam Empayar Carolingian, kedudukan dan pangkat
Count dan Duke telah menjadi sesuatu yang diwarisi secara turun
temurun. Keadaan tersebut menjadi mudah kepada golongan
Count dan
Duke untuk mendapatkan lebih pengaruh kerana dikatakan mereka mempunyai
kekuasaan dan hak yang lebih hebat daripadagolongan raja. Golongan bangsawan
juga diberi sebahagian tanah yang dimiliki oleh raja dan tanah tersebut
dikenakan cukai sebagai taat setia kepada raja. Selain itu, tanah yang diberi
oleh golongan raja ini boleh diwarisi secara turun temurun oleh
keluarga bangsawan.
Golongan
bangsawan akan memainkan peranan penting dalam sesuatu urusan pentadbiran
sekiranya ketiadaan raja dalam wilayah. Peranan golongan bangsawan
ialah bertanggungjawab terhadap golongan raja iaitu menyediakan makanan,
tempat tinggaldan hiburan. Di samping itu juga, golongan bangsawan perlu
menghadirkan diriseandainya terdapat sebarang lawatan atas arahan pemerintah.
Golongan ini berkhidmat dengan pemerintah melalui pelbagai kaedah seperti
terlibat dalam peperangan, sebagai penegak keadilan serta melibatkan diri
dalam Dewan Majlis. Selain itu, golongan bangsawan juga berperanan dalam
memberi nasihat kepada golongan pemerintah dalammembuat sesuatu keputusan.
Manakala, dalam hal-hal yang berkaitan dengan ilmu agama pula, golongan
bangsawan turut memainkan peranan dalam mentabir hal-hal yang berkaitan
dengan gereja di samping mengendalikan urusan pentadbiran dan
politik kerajaan.
Di samping
itu, dari segi penempatan golongan bangsawan ini, mereka tinggal disuatu
kawasan yang luas berserta dengan rumah yang besar. Secara tidak langsung,rumah
yang besar itu melambangkan tahap kekayaan dan taraf hidup
golongan bangsawan tersebut. Mereka mencari kawasan yang luas dan selamat
kerana bimbangakan serangan daripada pihak musuh. Dalam hal ini, golongan
pahlawan atau knight bertanggungjawab untuk melindungi
golongan bangsawan. Kebiasannya, rumahgolongan bangsawan ini mempunyai dua
bilik yang besar, dewan dan bilik tidur yangcantik serta dilengkapi dengan
almari pakaian. Dewan yang besar pula terdiri daripadaruang tamu, dewan makan,
bilik tetamu dan turut disediakan bilik untuk hamba-hambamereka. Dalam dewan
tersebut, golongan ini turut menjalankan urusan dengan pembantumereka, vassal
dan para petani.
Kebiasaannya,
petani yang tidak berkemampuan untuk membayar cukai menyerahkan tanah
mereka kepada golongan tuan tanah dan terpaksamenjadi hamba. Selain itu, semua
penghuni istana tersebut akan makan di meja yangdiperbuat daripada kayu panjang
manakala para tetamunya akan duduk di tempat yangagak tinggi di hujung dewan
tersebut. Pada malam hari pula, semua ahli keluargagolongan bangsawan akan
tidur di bilik persendirian, manakala golongan hamba merekaakan tidur di atas
lantai. Bilik tidur pula merupakan ruangan untuk berehat bagi seisikeluarga. Di
samping itu, kelengkapan almari pula digunakan oleh golongan bangsawanuntuk
menyimpan kesemua pakaian mereka. Di dalam rumah itu juga, turut
disediakansebuah gereja kecil yang digunakan untuk memudahkan mereka mengadakan
upacarakeagamaan yang kecil atau pun sebagai tempat sembahyang secara
persendirian.
Di sebalik
teori keutuhan pemerintahan beraja feudal, dapat dilihat yangfeudalisme adalah
berbentuk tagonistik kepada kerajaan pusat. Semua kerajaan pusatadalah berada
di dalam tangan golongan bangsawan. Kuasa langsung raja hanyalahsetakat kepada
hambanya sendiri sahaja. Dalam lingkungan feudalnya sendiri,
setiap bangsawan mempunyai bidang kuasa penuh dan menjalankan semua
kuasa-kuasakerajaan. Seperti kata seorang ahli undang-undang pada abad ke-13, “
Setiap baronmerupakan raja berdaulat dalam kawannya sendiri.” Beliau boleh
mengadakanmahkamah bagi tanggungnya, mengenakan cukai, tol di jalan raya dan
jambatan serta boleh membentuk tentera yang terdiri daripada hambanya
untuk menjalankan tugasyang diarahkan oleh baron-baron tersebut.
Sebagai
contoh, Wencesles II, yangmeninggal pada tahun 1305 telah Berjaya menguasai
kedua-dua Hungary dan Poland. Namun, tidak ada seorang pun yang telah
berjaya menguasai ketiga-tiga kerajaan dalammasa yang lama dan kematian setiap
raja bermakna perang baru akan meletus dalam percubaan untuk
membahagi-bahagikan warisannya. Akhirnya, ketiga-tiga kerajaan yangtelah
dipelopori oleh golongan bangsawan iaitu daripada golongan Magnates
telahmenjadi begitu kuat dan cukup merdeka untuk mengelakkan mana-mana keluarga
danmenaiki takhta melalui hak pewarisan. Sebaliknya mereka mewujudkan
pemerintahan beraja yang dipilih dengan mereka sendiri mempunyai keistimewaan
dan hak untuk memilih raja mereka supaya mereka dapat melemahkan lagi
kerajaan pusat serta berusahauntuk memanjangkan anarki kurun ketiga belas
selama tiga ratus tahun.
Kedudukan
kaum wanita
Kedudukan
wanita pada zaman pertengahan adalah dipandang rendah dalammasyarakat. Peranan
mereka adalah terhad kepada aktiviti memasak, menenun danmenjahit sahaja.
Wanita pada zaman pertengahan mempunyai pelbagai status seperti seorang isteri,
seorang anak, seorang bangsawan, seorang petani, seorang janda, seoranghamba
mahupun seoran.g rahib Rahib wanita dikenali sebagai golongan yang zuhudkerana
mempunyai hubungan yang rapat dengan gereja. Rahib wanita pada
zaman pertengahan ini tidak dibenarkan menjalankan tugas-tugas gereja
seperti melakukanupacara keagamaan dan menyampaikan
sermon.
Hanya bishop berkuasa penuh dalamgereja dan dibantu oleh rahib lelaki.
Walaupun wanita berada pada kedudukan statusyang berbeza namun tidak dapat
dinafikan bahawa mereka mempunyai satu persamaaniaitu hak-hak mereka sering dihadkan
di bawah kekuasaan lelaki. Mereka juga turutdinafikan hak dan sering
dikecualikan daripada menyertai aktiviti-aktiviti luar iaituaktiviti-aktiviti
yang sangat penting bagi masyarakat ketika itu seperti kebajikan,kerajaan,
falsafah, sains, perundangan dan keagamaan.
Selain
itu juga, pada awal zaman pertengahan isteri-isteri orang kebanyakkanadalah
dianggap sebagai barang, iaitu suri rumahtangga yang membuat kerja-kerja
berattanpa upah. Petani-petani sering memaksa kaum wanita membuat kerja berat di
ladangdan ia menjadi satu amalan yang masih wujud sehingga hari ini. Sedangkan
dalamkalangan kelas pemerintah, kaum wanita diberi kebebasan yang sedikit dalam
tindakandan pemikiranya. Mereka juga tidak dibenarkan memegang jawatan dalam
pemerintahandan juga dalam sistem sosial itu sendiri. Mereka tidak mempunyai
hak untuk bersuaradalam politik atau berkhidmat sebagai komander tentera, hakim
dan peguamsebagaimana kaum lelaki melakukannya dalam sistem pemerintahan.
Namun
demikian, bagi seorang wanita yang belum berkahwin mereka masih berguna
sebagai alat perundingan, jika seseorang wanita itu mempunyai emas kahwin
yang tinggi dia adalahdianggap bahan bernilai untuk dimiliki oleh tuan-tuan
tanah. Apabila berkahwin, tugasmereka ini ialah menjadi isteri yang patuh
kepada perintah dan melahirkan waris.Manakala sekiranya seseorang wanita itu
tidak berkahwin mereka akan menghilangkandiri ke biara.
Golongan
wanita juga turut membantu dalam kerja-kerja perladangan
dan bertanggungjawab menjaga ladang ternakan sewaktu suami mereka keluar
rumah untuk berdagang, ke bandar atau memburu di hutan. Mereka
turut membawa bayi semasa mereka bekerja ataupun membiarkan anak-anak mereka
berlatih berjalan sementara anak mereka yang agak dewasa memerhatikan kambing
biri-biri atau memberi makanankepada binatang ternakan. Wanita atasan bagi
keluarga yang kaya dan mempunyairamai hamba ditugaskan untuk membantu
kerja-kerja di ladang ternakan. Dalam situasiseperti ini seorang isteri
bertanggungjawab terhadap hamba dan juga ladang ketikaketiadaan suami mereka.
Zaman keperwiraan telah banyak mengubah status wanita,wanita menjadi objek
pemujaan yang romantis dan sering dipuja dengan hebat dalam pantun.
Di samping
itu juga, pada zaman pertengahan, hamba wanita merupakan lambangatau pengaruh
dan kekayaan kepada tuannya. Semakin ramai hamba maka makin
besar pengaruhnya. Biasanya, wanita yang menjadi hamba tidak
mempunyai sebarang hak kerana dirinya boleh dibeli dan dijual kepada
pemilik hamba yang lain. Seorang wanitayang menjadi hamba tidak mendapat
keadilan yang sepatutnya kerana jika merekadibunuh oleh pemiliknya maka pemilik
itu tidak akan dianggap sebagai pembunuh.Pemilik hamba berkuasa penuh terhadap
hamba yang dimiliknya dan harga seoranghamba boleh disamakan dengan harga
sebidang ladang ternakan. Sekiranya hambawanita itu mempunyai anak, secara
automatik anak itu adalah milik tuannya.
Pada zaman
pertengahan ini terdapat juga wanita yang terlibat dalam pertempuran.
Antaranya ialah kemunculan Joan Of Arc. Joan Of Arc dilahirkan padatanggal 16
Januari 1412 M di Domremy, Perancis. Ayahnya bernama Jacques d’Arc danibunya
Isabelle Romee. Seperti kanak-kanak perempuan yang lain pada masa itu,
Jeannetidak bersekolah dan tidak dapat membaca dan menulis. Dia lebih dikenali
dengan namaJoan Of Arc. Di Perancis dia digelar Jeanne la Pucelle yang bererti
Joan “si dara” atau “si perawan”. Sekitar tahun 1424M, Jeanne mula
mendapat visi mengenai Malaikat Mikailserta Santa Catherine dan Santa Margaret
yang menyuruhnya mengusir tentera Inggeris.
Dia percaya
yang dia telah mendengar bunyi loceng gereja, berdering memecah
suasana padang di mana dia mengembala lembu ternakan bapanya, suara wali
mendesaknyamenyelamatkan Perancis. Sungguhpun dia hanya berumur lapan belas
tahun dan butahuruf, dia telah pergi ke istana Perancis untuk menaikkan
semangat pemimpin tenteradengan wahyu yang diterimanya dari St.Michael.
Institusi
Gereja
Pada zaman
pertengahan, kehidupan para paderi di rahib-rahib dan masyarakat umumhanyalah
untuk mengabdikan diri kepada agama dan sentiasa memikirkan
untuk menyucikan dosa dan membuat amal ibadat. Tetapi ramai orang tidak
sanggup untuk menjalani kehidupan sebagai paderi dan hidup di rahib-rahib
untuk membuat amal ibadatdan menyucikan diri dari dosa.Pada zaman masa zaman
pertengahan ini gerejamengawal seluruh aspek kehidupan penduduk Eropah.
Gereja
secara realitinya dikawaloleh pemerintah negara iaitu raja. Raja menggunakan
gereja sebagai alat untuk memanipulasikan golongan rakyat bagi mengaut
keuntungan. Gereja ialah sebuah badan bebas dan mempunyai kuasa yang
luas.Hilang ketaatan kepada gereja ataumempersoalkan arahan atau ajaran
dianggap sebagai pengkhianatan terhadapa gereja dan boleh dihukum mati.
Penekanan
ke atas peranan bebas gereja membolehkan kemunculan dua struktur kuasa
antara gereja dan negara yang salah satunya membentuk elemen terpenting
padazaman Pertengahan. Gereja pada zaman Pertengahan tidak bergantung pada
sumbanganahli-ahlinya. Gereja memperoleh pendapatan melalui hasil daripada
tanah ladang yang luas, pelbagai bayaran yang besar dan hasil daripada pungutan
cukai tetap iaitu tithe
.Raja,
putera raja dan tuan tanah yang kaya memberi sumbangan derma kepada gereja
dan biara.
Fungsi
gereja bukan hanya sebagai badan keagamaan tetapi mempunyai
sistem perundangan yang teliti. Gereja juga mempunyai organisasi
tersendiri.
Pope
sebagai ketua agung semua anggota gereja dan persatuan keagamaan pada zaman
PertengahanEropah.
Gereja di
Eropah semasa zaman Pertengahan ialah gereja Katholik .Gereja Katholik di
Eropah semasa zaman Pertengahan terdiri daripada beberapatingkat
hierarki. Pope berada pada kedudukan yang tertinggi diikuti oleh
cardinal,archbishop, bishop, priest, deacons, monk, abbot, vicar dan
paling bawah ialah nuns. Pope dianggap sebagai wakil Tuhan di muka bumi.
Jawatan Pope wujud dalam institusiagama Roman Khatolik dengan penyenaraian
Saint Peter sebagai Popepertama dalam Annurio Pontificio
( buku
tahunan rasmi Vatican).
Pengaruh
dan kekuasaan Pope adalah luas. Antara perkara yang tertakluk di bawah
kuasa Pope ialah hal-hal yang berkaitan dengan perlantikan
archbishop, bishops dan abbot di mana Pope berkuasa dalam
melantik archbishop, bishops dan abbot. Cardinal ialah jawatan
kedua tertinggidalam institusi gereja Katholik selepas Pope. Cardinal
merupakan pegawai tinggi gereja Roman Khatolik yang kanan di bawah Pope
dan mewakili Golongan paderi Roman.Tugas cardina ialah membantu
Pope dalam menguruskan gereja. Selain itu,cardinal juga turut
membantu Pope dalam mahkamah yang dikenali sebagai curia.Tugas cardinal yang
paling besar ialah dalam memilih Pope.
Selepas
cardinal ialah archbishop.Archbishop merupakan orang yang berada atau
orang kaya serta berpengaruh dalam gereja terutamanya dalam aspek
perniagaan.Antara tugas lain archbishop ialah menjalankan fungsi membaca doa
umum dan upacara pertabalan raja. Archbishop mempunyai kawalan ke
atas semua bishop dalam wilayahnya dan juga berkuasa ke atas semua wilayah
bishop.
Seterusnya
adalah jawatan bishop iaitu orang yang memegang jawatan bishop
adalah dilarang
untuk berkahwin. Sama seperti archbishop bishop juga merupakan orang yang
berada ataupun kaya serta berpengaruhdalam gereja terutamanya dalam aspek
perniagaan. Bishop dianggap sebagai pengganti kepada pemimpin dan kuasa
yang dipegang dipindahkan kepada mereka dengankekuasaan tuhan. Bishop
mewakili gereja Sedunia dalam daerah masing-masing. Adalahmenjadi tanggungjawab
bishop
untuk
mengawasi tanah dan pemilikan dalam wilayahnya. Bishop mempunyai kuasa
yang besar ke atas harta, priest dan juga kakitangan gereja yanglain dalam
daerah mereka.
Kuasa Bishop
merangkumi pelbagai aspek. Pertama dan paling penting ialah
kerohanian. Bishop secara rasmi diiktiraf untuk menjalankantanggungjawab
dalam gerejanya iaitu penyelamatan jiwa. Bishop merupakan pusaka kepada saint
tempatan dan bertanggungjawab untuk semua perayaan dan upacara yang diperlukan
oleh saint. Kedua ialah bishop biasanya datang daripada keluarga
yang berkuasa. Penulis dan ahli sejarah yang terkenal iaitu Gregory, Bishop
Tours ( 573-594)datang daripada keluarga Gallo-Roman yang lama dan kaya dan
selama beberapagenerasi memegang kuasa ke atas Tours and Langers dan hampir
sebagai hak milik kekeluargaan.
Seterusnya
di bawah hierarki bishop ialah pries. Priest merupakan paderi
atau pendeta. Tugas yang dilakukan oleh priest ialah mentadbir jemaah
gereja dan ahli-ahlinyaserta mengurus gereja di bawah pengendalianya.Latar
belakang antara priest bandar dengan priest luar bandar adalah
berbeza. Priest di bandar kemungkinan berasal daripadakeluarga yang penting
dan menikmati pendidikan yang baik. Priest luar bandar berasal
daripada keluarga miskin seperti jemaah gerejanya dan tidak mampu membaca kitab
danmengendalikan upacara sembahyang di gereja dengan baik.
Deacons
merupakan jawatan di bawah priest dan terletak pada kedudukan
yang paling rendah dalam hierarkiatasan gereja. Deacon merupakan pegawai gereja
yang menyelenggara hal-hal duniawi dan juga hal-hal yang berkenaan dengan
gereja. Deacon juga menjalankan kewajipan penting yang bukan
berkaitan dengan gereja seperti memberi sumbangan derma kepada golongan miskin.
Jawatan deacon ini boleh menjadi pekerjaan seumur hidup atau
langkah permulaan ke arah kepaderian.
Di bawah
hierarki deacon ialah monk . Menurut peraturan Saint Benedict, monk
mementingkan aktiviti pemujaan. Selain itu tugas yang dilakukan oleh
monk juga termasuklah melakukan meditasi peribadi dan membaca.
Seterusnya
ialah jawatan Abbot yang juga dikenali sebagai ‘ father of the
monastery’ . Jawatan abbot adalah bersifat tradisional, kekuasaan
yang tidak boleh dipersoal tetapi sejak kekuasaan ini bersifat kebapaan, ianya
perlu diimbangkan dengan kasih bapa.
Jawatan
vicar wujud dalamhierarki institusi agama Kristian Katholik dan
berada di bawah abbot. Tugas utama vicar adalah pembantu kepada abbot .
Dengan kata lain vicar bertindak sebagai pembantu
atau pengganti kepada abbot dalam menguruskan jemaah gereja jika
abbot tidak ada.
Dalam
hierarki institusi agama, jawatan nuns merupakan jawatan yang paling rendah.
Seperti monk nuns juga berkait dengan institusi kebiaraan. Namun semasa
kemerosotan moral gereja berlaku, telah wujud rasa tidak puashati yang
menyeluruh terhadap kekayaan dan keistimewaan yang dipunyai oleh rahib
dangolongan paderi atasan. Dan kecenderungan ini jelas disuarakan dalam syair
seperti Piers Plowman oleh Langland danCanterbury Tales oleh Chaucer.
Langland
melahirkan penyataan penderitaan kelas yang tertindas dan kelihatan putus
asa mengharapkan belaskasihan biskop kaya dan paderi yang menerima
rasuah.Beliau bukanlah seorangrevolusioner dan dia mencintai gereja, tetapi dia
mendapati semua kelas dalam kalangangolongan paderi bersedia menipu orang ramai
untuk kepentingan diri mereka sendiri.Biskop membenarkan cap mohar mereka
digunakan dalam “Pengampunan” yangdijualkan kepada orang yang jahil yang
menganggap mereka boleh membeli pengampunan dosa yang mereka lakukan.
Manakala
Chaucer menulis dalam masa yang sama , memberi gambaran yang serupa walaupun
dari kacamata berlainan. Chaucer lebihmerupakan seorang ahli satire, seorang
penyair istana yang bijak dan tidak sibuk dengan pemulihan, tetapi berpuas
hati melukiskan kepada para pembacanya mengenai jenisgolongan gereja lelaki dan
perempuan yang sedang mengalami kemerosotan akhlak iaiturahib yang ghairah pergi
memburu, pengampun yang menjual tulang babi sebagai bahansuci, paderi perempuan
yang bodoh dengan sifat duniawinya mengapit anjing kecil danakhirnya yang boleh
disanjung hanyalah seorang paderi.
Manakala
John Huss memperlihatkan dirinya lebih revolusioner dan bersifatsederhana dan
beliau merupakan salah seorang yang pertama menjadi pemimpinkebangsaan yang
agung selain daripada menjadi seorang pemulih agama.Dia mengecam gereja sama
seperti golongan Lollard, menyebut tentang keburukan upacarayang berlebih-lebihan
dan menunjukkan bahawa tiada kuasa boleh didapati dalam kitabInjil Baru
mengenai kekayaan, keistimewaan dan kebebasan yang dinikmati oleh golongan
paderi.
Huss
mengecam golongan paderi lebih hebat dari yang pernahdilakukan oleh Wycliffe
dan mengumumkan doktrin iaitu orang ramai tidak perlumematuhi kewibawaan agama
orang yang membiarkan diri mereka hidup dalam dosa besar iaitu ajaran
paderi yang melakukan dosa dan maksiat tidak patut dipatuhi bilamereka sendiri
sudah pasti dilaknati.
Dan ini
akhirnya membawa dia lebih jauhmerumuskan dari segi logik menolak kuatkuasa
pemerintah sekular, raja dan menterimengabaikan Hukum Isa. Doktrin seperti itu
jelas melemahkan semua undang-undangdan peraturan sama ada golongan awam atau
gereja dan menentang setiap institusi yangteratur sama ada di pihak gereja atau
kerajaan. Ini membangkitkan tentangan serta mertadari pihak gereja dan maharaja
serta golongan Huss ini merebak dengan cepat ke seluruhBohemia menjadikanya
satu lagi skandal yang mengancam untuk melemahkan kesatuandan prestij gereja.
Gerakan
untuk menamatkan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan gereja melalui usaha
bersama telah mendapat sokongan sama kuatnya dari pihak rakyat
biasa, peguam dan saudagar juga pegawai-pegawai gereja. Dalam tahun 1381
Universiti Parismula mengemukakan idea Majlis Am Gereja yang membuat keputusan
antara Paus yang berseteru dan mengembalikan perpaduan dan peraturan.
Pada zaman
akhir Empayar Rom, Majlis Am ini merupakan kuasa tertinggi dalam Gereja
Kristian. Biskop-biskopyang berhimpun di Nicaea dalam zaman pemerintahan
Constatine telah merumuskanAkidah-Kristian. Dalam masa lima abad
berikutnya,terdapat banyak perhimpunanseperti itu yang bertujuan memberi
pengertian baru kepada doktrin Kristian danmembasmi fahaman sesat. Masyarakat percaya
Majlis ini mendapat inspirasi dariMakhluk Suci luar biasa dan telah mengiktiraf
keputusannya yang meliputi juga Pausdan Kuasabaka.
Sejak
pemisahan gereja Timur dan Barat terdapat majlis lain di Barattetapi ini
dijalankan oleh Paus atau wakil yang menjadi sebagai pengerusi dan
dianggapolehnya sebagai majlis perundingan di mana perintah yang dikeluarkan
tiada sahmelainkan diakui dan dikeluarkan olehnya sendiri.
Dakwaan
Paus sebagai hakimtertinggi di dunia dan mempunyai kuatkuasa yang lebih tinggi yang
boleh mewakilikehendak dan semangat yang tidak berbelah bahagi. Wycliffe dan
Huss telah punmenolak untuk menerima dakwaan Kepausan kerana mereka mendapati
kebenaran dalamKitab Suci menjelang awal kurun ke lima belas ramai orang alim
gereja yang taat dan jujur mahu kembali kepada amal-amal sejarah gereja
terdahulu.
Kesatuan
Petukang dan Pedagang
Perubahan
sosial yang penting telah berlaku di bandar dan juga di kampung. Dan
ini bukanlah khusus kepada tempat tertentu di Eropah. Perdagangan dan
industri pada awalzaman pertengahan bergantung seluruhnya atas kesatuan tukang
tiap-tiap pekerja di bandar terpaksa menjadi aprantis kepada seorang yang
mahir dan belajar segala kemahiran.
Setelah
tamat, dia boleh bekerja sebagai tukang yang boleh disewa dan jikadia cermat
dan rajin dia ada harapan menjadi seorang yang mahir pada masa hadapandengan
pertukanganya sendiri dan tukang-tukang yang bekerja denganya.
Keseluruhan
sistem kesatuan adalah satu peraturan yang teliti dengan batas-batastertentu.
Ini adalah percubaan zaman pertengahan untuk menyusun kehidupan bandar
danindustri atau prinsip yang sama menjadi asas organisasi feudal atas tanah.
Perubahansosial yang paling utama ialah pertumbuhan kelas pertengahan di
bandar-bandar. Kelas ini dikenali sebagai burghers.
Mereka
digelar burghers kerana mereka tinggal di bandar yang bertembok atau
dinamakan burgs dan mereka ini merupakan kelas baru dalammasyarakat feudalisme.
Pada asalnya mereka terdiri daripada orang bebas dan bukanorang bangsawan atau
golongan knights. Mereka telah berjaya dalam kehidupanyasebagai pedagang dan
peniaga serta dalam sektor perindustrian dan menjadi kaya hasildaripada
usahanya sendiri. Dengan pengaruh dan kuasa kewangan yang ada di
tanganya, pada akhirnya mereka ini telah dapat memusnahkan struktur sosial
feudal lama yangmasih wujud pada zaman pertengahan lanjutan ini.
Kesatuan
pedagang adalah satu pertubuhan yang dianggotai oleh kesatuankesemua kelas
burghers dalam bandar yang bergantung hidup pada penjualan dan perniagaan
barang. Mereka ini termasuklah juga para artisan yang membuat dan
menjual barang-barang pembuatan kepada pembeli. Satu ikatan yang kuat dan
tanggungjawabkorporat wujud dalam kalangan ahli persatuan. Ini amat penting
kerana untuk menjaminkebebasan hak dan mengelakkan persaingan yang tidak sihat
dalam kalangan pedagang.Begitu juga kesatuan petukang dan pedagang ini jualah
yang menentukan dan mengawalharga barang, gaji dan masa bekerja.
Kesatuan
petukang adalah mereka yang melibatkan diri dalam pembuatan danindustri dan
pada masa sama mereka juga adalah pedagang. Mereka ini termasuklah paraartisan
yang membuat barangan dan menjualkan kepada pembeli secara terus , contohnya
para petukang kasut. Mereka yang hendak menjadi anggota kesatuan petukang
mestilahmempunyai kemahiran dan kepandaian membuat sesuatu barang dan mesti
terlebihdahulu menjalani latihan tertentu yang dikenali sebagai apprentice.
Jangka masa apprentice ini memakan masa lebih kurang selama sepuluh hingga dua
belas tahun.Selepas mereka menjalani masa apprentice ini dengan jayanya mereka
dinaikkan ke taraf journeyman atau buruh harian. Golongan ini adalah
pekerja bebas yang dibayar upahsecara harian dan boleh bekerja dengan mana-mana
tuan yang inginkan perkhidmatanmereka.
Pada masa
itu juga journeyman dimestikan memperoleh lebih banyak pengalaman dan
kecekapan dan dapat mengeumpul wang untuk mereka mendirikan dan memilikisebuah
kedai sendiri. Dengan cara itu barulah mereka dapat memohon menjadi
ahli penuh dalam kesatuan petukang. Selain itu, mereka juga mesti
menjalani ujian dan peperiksaan di hadapan ketua petukang dengan
menghantar sebuah hasil rekaan aslinyadan juga mesti mempunyai kelakuan yang
baik.
Setelah journeymen
ini berjaya melalui halangan dan ujian barulah mereka diiktiraf menjadi ketua
petukang. Tujuan diadakan kesatuan petukang ialah untuk mengawal ahli-ahli
daripada membuat sesuatu yang akan menjejaskan perniagaan ahli yang lain. Di
samping itu kesatuan ini juga menjaga keselamatan dan kebajikan para ahlinya
jika ia ditimpa kesusahan atau kemalangan.“
Each
guild enacted specific rules governing prices to be charged,
trading practices to be observed and the conditions under which
trade could be conducted. Thecraft guilds similarly imposed regulations on
their members concerning prices, quality of goods, conditions of
labor and quantity of production. They also controlled theconditions for
entering a trade. Boys began as apprentice to a master, working from twoto
seven years under his guidance and living in his household. The apprentice
thenbecame a journeymen who worked for hire until he saved sufficient money and
developed adequate skill to open his own shop and become a master.”
No comments:
Post a Comment