Wednesday, May 23, 2012

TEORI SEJARAH

Teori & Kaedah Sejarah (SUKATAN 6 RENDAH)
1.0  Pengenalan
Secara umumnya, penyelidikan adalah tugasan saintifik yang membawa berbagai-bagai cabaran. Antaranya adalah menghasilkan dapatan kajian yang sesuai dan memperlihatkan keupayaan penyelidik mempersembahkan hasil kajian. Pada hakikatnya penyelidikan adalah bagi mencari jawapan atau menyelesaikan masalah dengan jawapan benar atau sekurang-kurangnya dapat mengetahui kebenaran yang logik melalui pemikiran yang mempunyai kesinambungan dengan fakta empirik. Penyelidikan juga mempunyai cabang-cabang yang amat luas dan tidak terbatas. Antara cabang-cabang penyelidikan yang utama dan diberikan tumpuan ialah penyelidikan pendidikan, penyelidikan sains, penyelidikan sosial, penyelidikan sejarah dan sebagainya. Walaupun bidang-bidang penyelidikan tersebut kelihatan berbeza, namun konsep asas ilmu penyelidikannya tidak jauh berbeza. Justeru tumpuan khusus dalam perbincangan ini adalah mengenai langkah-langkah yang dijalankan dalam penyelidikan sejarah.

Definsi penyelidikan sejarah ialah penyusunan sistematik yang membabitkan kajian dan penilaian data yang berkaitan peristiwa yang terjadi pada masa lampau. Penyelidikan sejarah mengkaji punca, kesan ataupun corak (trend) peristiwa dan secara tidak langsung menganalisis apa yang berlaku pada masa kini, seterusnya membuat ramalan apa yang bakal berlaku pada masa akan datang melalui kajian. Kajian sejarah juga boleh dianggap sebagai suatu proses membina semula perkara yang berlalu secara sistematik dengan mengumpul, menilai, mengesah dan mensintesiskan fakta bagi menemukan rumusan yang dipertahankan. Penyelidikan sejarah merupakan salah satu aktiviti penting yang dapat menyumbangkan kepada penemuan dan penulisan sejarah terutama yang baru supaya ia dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Penulisan dan jumpaan perkara sejarah amat bergantung kepada usaha-usaha penyelidikan yang dilakukan oleh para sejarawan. Kajian sejarah yang baik adalah melibatkan kajian secara sistematik, mempunyai objektif, kaedah pengumpulan data serta analisis, dan memastikan sumber yang digunapakai adalah sahih serta terhindar daripada sebarang pemalsuan. Dalam erti kata yang lain penyelidik sejarah sewajarnya beretika.

1.1 Etika Penyelidikan Sejarah
Penyelidikan sejarah adalah merupakan proses yang dinamik dan interaktif, ia berlaku berdasarkan kepercayaan dan kerjasama mereka yang terlibat dalam penyelidikan. Hubungan penyelidik, kumpulan penyelidik dan partisipan adalah penting. Mengurus hubungan ini secara bertanggungjawab ialah merupakan isu sebenar berkaitan dengan etika. Menurut Othman Lebar (2007), terdapat beberapa peringkat isu etika dalam proses penyelidikan. Antaranya adalah etika dalam penyataan masalah kajian, etika dalam penyataan tujuan dan soalan kajian, etika dalam pengumpulan data, etika dalam analisis dan interpretasi data, serta etika dalam menulis dan menyebarkan hasil kajian. Etika penyelidikan dalam penyelidikan sejarah penting bagi mengelakkan sesuatu penyelidikan itu dipengaruhi unsur-unsur bias, melakukan kesilapan, memalsukan fakta, melakukan penyelidikan separuh jalan, kekaburan bukti, serta kekurangan bahan atau sumber. Justeru untuk memperteguhkan kedudukan hasil penyelidikan ini, etika yang ketat perlu dipatuhi bermula dari awal hingga berakhir penyelidikan tersebut.

2.0 

2.0 Langkah-langkah Penyelidikan
Dalam penyelidikan sejarah, terdapat beberapa langkah utama yang perlu dilaksanakan oleh seseorang penyelidik. Antara langkah-langkah penyelidikan tersebut, penyataan masalah, mengemukan hipotesis, membuat rujukan sumber, menentukan kaedah, menentukan strategi dan teknik, menjadualkan kerja, menganalisa dan menginterpretasi data, dan melaporkan hasilan. Oleh yang demikian berikut adalah huraian mengenai setiap peringkat atau disiplin yang perlu ditempuhi oleh setiap sejarawan yang menjalankan penyelidikan.

2.1 Penyataan masalah
Penyelidikan sejarah bukan bermakna penyelidik menjalankan projek yang baru, lain dari yang lain dan penting. Tujuan penyelidikan sejarah adalah menghurai, menerangkan, menjelaskan dan membuat tanggapan dan bukannya mengemukakan yang baru. Begitu juga, jelas bahawa projek-projek penyelidikan tidak dimulakan daripada titik permulaan tetapi penyelidik telah diransangkan oleh idea-idea serta penyelidikan-penyelidikan yang telah dilakukan oleh orang lain. Sewajarnya penyelidik memulakan penyelidikannya dengan membaca penyelidikan-penyelidikan lain yang sama dengan lingkungan minatnya, lazimnya dia dapat sesuatu yang baru yang perlu dilakukan untuk memperbaiki penyelidikan sedia ada ataupun untuk memperbaharui penyelidikan lama. Bertitik tolak dari situlah seseorang penyelidik menyatakan masalah kajiannya dan bertindak memulakan penyelidikan tersebut.

Contoh penyataan masalah adalah mengenai teori kedatangan Islam ke Malaysia, sama ada penyebaran melalui mubaligh-mubaligh Islam yang datang ke Melaka, atau penyebaran Islam oleh pelayar-pelayar China melalui Terengganu.

2.2 Mengemukakan hipotesis
Hipotesis adalah saranan sementara bagi menjelaskan fenomena yang dikaji atau saranan sementara sebagai penyelesaian masalah. Hipotesis membolehkan penyelidik mengaitkan teori dengan cerapan. Bukti-bukti cerapan penyelidikan akan menentukan sama ada sesuatu hipotesis itu perlu diterima atau diketepikan. Antara tujuan mengemukakan hipotesis dalam penyelidikan adalah untuk memberi jangkaan atau ramalan sementara tentang fenomena yang dikaji, memberi kenyataan hubungan yang boleh diuji secara langsung, memberi panduan kepada penyelidikan kerana hipotesis mewakili objektif tertentu, menentukan kaedah penyelidikan yang harus digunakan, memberi rangka laporan dapatan serta kesimpulan kajian.

Hipotesis kajian boleh dikemukakan dalam bentuk hipotesis induktif daripada cerapan, iaitu melalui cerapan penyelidik boleh menentukan susur-galur dan kemungkinan hubungan yang wujud dan membuat hipotesis bagi menjelaskan hubungan tersebut, atau hipotesis deduktif daripada teori-teori atau dapatan-dapatan penyelidikan terdahulu yang boleh memandu penyelidikan ke arah yang lebih umum. Penyelidik perlu mengemukakan hipotesis untuk memberi panduan bagi pengumpulan data dan infrensi data, selain itu hipotesis juga dapat menunjukkan sama ada penyelidik mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu bidang yang membolehkan penyelidik menjalankan penyelidikan dengan berkesan.

Seseorang penyelidik juga perlu mengemukakan hipotesis yang memenuhi ciri-ciri tertentu bagi membolehkannya diterima sebagai hipotesis penyelidikan. Antara ciri-ciri tersebut ialah, hipotesis hendaklah dinyatakan dengan mudah, jelas dan tepat, hipotesis mestilah tekal dengan pengetahuan yang ada, yakni tidak bertentangan dengan teori dan hukum yang ada, hipotesis hendaklah mempunyai kuasa penjelasan iaitu keupayaan hipotesis menerangkan fenomena yang dikaji dengan logik, tepat dan jelas. Seterusnya hipotesis mestilah boleh diuji. Pengujian hipotesis membolehkan kepastian dibuat sama ada bukti-bukti yang diperolehi menyokong atau tidak menyokong hipotesis yang bersifat sementara itu.
Contoh hipotesis dalam penyelidikan sejarah mengenai kedatangan Islam ke Malaysia ialah, Batu Bersurat Terengganu membuktikan penyebaran Islam ke Malaysia adalah melalui pelayar-pelayar China yang berurusan di Terengganu.

2.3 Membuat rujukan sumber
Sumber merupakan suatu yang boleh menjadi punca kepada lahirnya sesuatu pemikiran atau penulisan. Sumber adalah berbeza dengan ilham kerana sumber tidak bersifat abstrak ataupun spontan tetapi sumber boleh dirujuk semula apabila diperlukan. Sebenarnya sumber sejarah telah wujud dalam pelbagai bentuk, ada sumber ditulis pada kertas, dipahat seperti batu bersurat, diukir pada kayu, buluh, tulang, tanduk, daun, kepingan logam dan sebagainya. Semua bahan bertulis ini disimpan sebagai sumber sejarah. Oleh yang demikian, sumber merupakan suatu unsur yang penting dalam bidang penyelidikan sejarah, kerana tanpa sumber maka agak mustahil untuk menghasilkan penulisan sejarah yang baik.

Lazimnya sumber dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu sumber pertama yang disebut sumber primer dan sumber kedua yang disebut sumber sekunder. Sumber primer ialah sumber yang biasanya belum ditafsir dan diperlengkapkan lagi. Contoh sumber primer adalah seperti surat tidak rasmi ataupun surat rasmi, catatan dan laporan harian, diari serta dokumen. Bahan-bahan seperti ini menjadi sumber primer disebabkan keadaannya sendiri yang merupakan sumber yang pertama mencatat sesuatu peristiwa yang berlaku. Sejarawan biasanya memilih dokumen-dokumen yang berupa sumber primer kerana sumber seperti ini memberi maklumat yang benar untuk dibuat penyelidikan.

Manakala sumber sekunder adalah seperti tulisan atau buku yang ditulis oleh sejarawan berdasarkan sumber primer atau sumber-sumber lain dan sebagainya. Sumber sekunder ini merupakan tafsiran, penyeluruhan, kesimpulan dan malahan andaian yang dibuat seseorang penyelidik terhadap perkara-perkara yang diselidiknya dengan bersandarkan sumber utama. Sumber sekunder digunakan oleh penyelidik sebagai rujukan, perbandingan, ungkapan bagi mengukuhkan pandangan serta tafsiran terhadap perkara yang diselidiki mereka. Antara contoh sumber sekunder seperti buku, majalah, surat khabar, latihan ilmiah, karangan ataupun esei yang menganalisis sesuatu yang penting serta tesis.

Walau apapun kategori sumber tersebut, yang nyata ia sangat penting dalam sesuatu penyelidikan sejarah. Seseorang penyelidik dalam usaha menghasilkan sesuatu karya sejarah mestilah berusaha mendapatkan sumbernya, kemudian memilih sumber tersebut, mana-mana yang berkaitan sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan penyelidikannya. Penyelidik juga harus mengkaji serta menganalisis sumber-sumber yang diperolehi untuk mendapatkan fakta-fakta dan seterusnya melakukan penulisan serta membuat tafsiran terhadap penyelidikannya.

Tidak kurang pentingnya, sumber yang digunakan adalah sumber yang mempunyai kesahihannya, supaya dapat mengelakkan daripada berlakunya pemalsuan sumber. Pemalsuan bukan sahaja bermaksud mengadakan apa yang tiada dalam sumber yang asli, bahkan pemalsuan juga merujuk kepada sebarang penambahan atau pengurangan serta kesilapan dalam menterjemah isi kandungan sesuatu sumber. Kesahihan sumber dalam erti kata yang lain, adalah bertujuan untuk memastikan fakta yang diaplikasikan dalam sesuatu penulisan itu sentiasa benar dan layak untuk berdiri sebagai sumber sejarah. Selain itu, kesahihan sumber adalah untuk memelihara sifat sejarah sebagai saintifik. Menurut Abdul Rahim Abdul Rashid (1998), terdapat empat ciri yang menyebabkan sejarah adalah sains iaitu berdasarkan penyelidikan, menunjukkan kebenaran, membantu dalam membuat ramalan dan perlu bersifat objektif. Oleh itu, dalam maksud untuk menjadi sejarah sebagai satu bidang saintifik, aktiviti kesahihan sumber perlu dilakukan.


2.4 Menentukan kaedah, teknik dan strategi
Kaedah penyelidikan atau metodologi adalah merupakan kaedah yang digunakan bagi membuat penyelidikan sejarah atau peristiwa sesuatu perkara itu berlaku. Ia bermaksud menggunakan tatacara yang betul mengikut kaedah-kaedah yang ditentukan dalam menghuraikan sesuatu peristiwa yang berlaku. Kaedah penyelidikan sejarah lebih memberi tumpuan utama terhadap usaha mencari sumber sesuatu peristiwa dan sumber tersebut haruslah mempunyai autoroti yang dapat dipertahankan. Sebarang andaian yang dibuat haruslah dibuktikan melalui sumber yang diperolehi.

Secara umumnya terdapat dua kaedah asas persejarahan, iaitu kaedah persejarahan tradisi dan kaedah pensejarahan moden. Konsep dan kaedah pensejarahan tradisi ini telah dipelopori oleh Bapa Sejarah Dunia iaitu Herodotus dan Thucydides. Sejarawan ini telah mengaplikasikan kaedah pemerhatian, temuduga dan rujukan terhadap bahan bertulis dalam penulisan karya sejarah mereka. Herodotus dalam penulisannya yang berjudul Perang Parsi yang mengisahkan peperangan antara tentera Athens dengan Parsi yang berlaku pada tahun 478 SM, telah menggunakan kaedah temuduga dalam penghasilannya. Beliau juga telah melakukan kajian mendalam dengan melihat sendiri tempat-tempat yang terlibat dalam peperangan, malah menemubual tokoh-tokoh yang terlibat dalam peperangan tersebut.

Selain daripada menyaksi sendiri kesan-kesan peperangan di beberapa tempat yang telah dikunjungi dan menemuduga tokoh-tokoh yang terlibat dalam peperangan, Herodotus juga telah menggunakan bahan-bahan bertulis dan kesan-kesan peninggalan lama seperti babad, puisi, epik, karya geografi, etnografi dan perubatan, dokumen kerajaan, inskripsi, batu bersurat, bangunan dan rumah berhala dalam penulisannya. Melalui contoh penulisan sejarah Peperangan Parsi telah menunjukkan bahawa penyelidikan sejarah secara tradisi adalah dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temubual dan rujukan terhadap bahan bertulis klasik.

Kaedah pensejarahan moden pula dipelopori oleh Lepold Von Ranke, yang diberi gelaran Bapa Pensejarahan Moden kerana beliau telah membawa era baru dalam bidang pensejarahan sehingga dianggap sebagai pengasas pensejarahan Jerman di Universiti Berlin. Menurut Arba’iyah Mohd Noor (2002), beliau dikatakan sejarawan Barat pertama yang telah menekankan kepentingan penggunaan sumber primer dalam penyelidikan sejarah dan membuat penilaian sumber secara kritikal demi pembangunan bidang sejarah sendiri. Selain itu, Ranke menyatakan secara jelas bahawa sejarah seharusnya ditulis dengan sebenar-benarnya tentang apa yang telah berlaku berdasarkan dokumen yang berkaitan dengannya. Ranke juga menyarankan agar sejarawan tidak melakukan spekulasi, tidak bersikap berat sebelah atau bias, mereka dan memasukkan unsur-unsur fiksyen ke dalam sejarah.

Oleh yang demikian seseorang penyelidik sejarah boleh memilih untuk menjalankan penyelidikan secara tradisi yang menekankan aspek pemerhatian, temuduga dan rujukan bahan bertulis atau membuat penyelidikan secara moden yang menekankan penulisan yang jelas dan ditulis sebenar-benarnya tentang apa yang berlaku melalui sumber primer, tanpa spekulasi, bias serta memasukkan unsur-unsur fikysen. Secara ringkasnya kaedah pensejarahan moden menekankan penulisan sejarah secara tepat dan objektif.

2.5 Menjadualkan kerja
Sesuai dengan sifatnya penyelidikan sejarah yang berbentuk sistematik, maka penyelidikan sejarah sewajarnya mempunyai jadual kerja yang tersusun. Sesuatu penyelidikan perlu dirancang dengan teliti. Jadual kerja atau pelan tindakan akan membantu seseorang penyelidik dalam mendapatkan maklumat dan memudahkan kerja-kerjanya. Jadual kerja yang rapi juga boleh membantu dari segi menjimatkan masa serta kos yang diperlukan. Perancangan atau jadual kerja tersebut hendaklah selari dengan skop penyelidikan, kaedah yang dipilih, kemudahan-kemudahan fikizal dan situasi pengkaji. Namun jadual kerja yang disusun tidaklah bersifat rigid, malah ianya tetap boleh diubahsuai mengikut keadaan semasa dan tempat.
Seperti yang telah dihuraikan, sesuatu penyelidikan bertitik tolak daripada penyataan masalah yang dikemukakan oleh penyelidik. Penyelidik boleh menghuraikan permasalahan yang utama dan permasalahan sampingan atau yang berkaitan. Kemudiannya penyelidik melakarkan tuju arah penyelidikan melalui penyataan hipotesis supaya kerja-kerja penyelidikan tidak tersasar jauh atau sebagai panduan untuk memulakan penyelidikan sumber. Seterusnya penyelidik juga mengenalpasti kaedah kajian yang akan dijalankan sama ada secara tradisi atau secara moden. Kenalpasti sumber-sumber yang boleh membantu dalam penyelidikan, sama ada sumber primer atau sekunder atau kedua-duanya. Data-data atau maklumat yang diperolehi mesti dari sumber yang mempunyai tahap kebenaran yang tinggi serta tidak dipertikaikan lagi ketepatannya. Setelah semua sumber atau maklumat diperolehi, penyelidik akan membuat laporan atau penulisan tersebut. Perlu ditegaskan penulisan laporan penyelidikan yang baik dan bermutu perlu melalui beberapa draf dan diulang semak serta dikemaskini setiap kali draf dibuat.

Melalui jadual kerja yang mantap dan dipatuhi, akan menatijahkan penulisan penyelidikan yang bermutu tinggi. Jadual kerja sebagai pengawal bisu yang sentiasa membimbing penyelidik dalam menyempurnakan penyelidikannya. Sekiranya tanpa jadual kerja yang efisyen dan sempurna, kadangkala berlaku penyelidikan separuh jalan, kerana penyelidik akan kehilangan arah bagai nakhoda tanpa kompas pelayaran.

2.6 Menganalisa dan Menginterpretasi data
Sejarah bukanlah hanya sekadar kumpulan bahan-bahan sejarah lama semata-mata, tetapi kandungannya perlu dikaji, dinilai dan diberi pengamatan yang kritis seterusnya untuk dijadikan panduan bagi generasi akan datang. Sekiranya sejarawan tidak memandang sesuatu sumber itu dengan kritis, maka sejarawan itu belum lagi boleh dikategorikan sebagai sejarawan yang sebenar-benar sejarawan. Menurut Arba’iyah Mohd Noor (2002), sumber yang telah diuji kebenarannya merupakan perkara yang amat penting dalam sejarah dan berbeza dengan penulisan sastera yang kreatif, dan sekiranya sumber itu diterima bulat-bulat maka masyarakat tidak akan dapat menerima hakikat sesuatu peristiwa sejarah yang telah berlaku itu sama ada benar ataupun tidak sebagaimana berlakunya pada karya Sejarah Melayu. Bagi sejarawan Barat kritikan terhadap kebenaran sejarah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kritikan luaran dan kritikan dalaman. Kritikan luaran bertujuan menganalisis sumber sejarah untuk mengesahkan akan kebenarannya serta kesahihannya manakala kritikan dalaman bertujuan untuk menentukan ketepatan atau kerasionalan tentang sesuatu isi kandungan sesuatu sumber sejarah.

Ramai sejarawan tradisi pada peringkat awal tamadun menulis sejarah tanpa memberi perhatian terhadap aspek kebenaran dan kesahihan sejarah tersebut. Keadaan ini berbeza dengan tradisi pensejarahan Islam, dari awal lagi telah memberi perhatian yang sewajarnya terhadap aspek kebenaran dan kesahihan sejarah. Menurut Arba’iyah Mohd Noor (2002), At-Tarabi antara sejarawan awal selepas Hijrah yang memberi perhatian terhadap kebenaran sejarah, ketika menulis sejarah nabi-nabi beliau telah membuat penyelidikan secara lisan dengan bertanya kepada orang-orang yang boleh dipercayai dan mempunyai ingatan yang cukup kuat. Tabari mengikuti kaedah yang diamalkan oleh para muhadisun (pakar hadis) dalam mencapai sumber sejarah agar sejarah yang dihasilkan itu adalah sejarah yang benar-benar jelas dan tepat faktanya.

Berlainan pula dengan sejarawan Barat yang mengatakan kritikan sejarah terutamanya sumber sejarah telah bermula apabila muncul Bapa Pensejarahan Moden iaitu Leopold Von Ranke pada abad ke-19. Menurut Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya (1988), Ranke merasakan bahawa penulisan dan pentafsiran sejarah secara kritikal dengan membuat kritikan terhadap perkara yang meragukan perlu berjalan seiring. Melalui usaha beliaulah sejarah telah menjadi suatu disiplin ilmu moden setanding dengan ilmu-ilmu lain pada abad ke-20. Berikutan itu ramai intelektual Barat mula meragui kesahihan sejarah Barat yang selama ini ditulis dengan mencampuradukan unsur-unsur dongeng, mitos dan lagenda untuk menyedapkan lagi peristiwa atau jalan cerita sejarah itu. Setelah menyelidiki kaedah yang digunakan oleh sejarawan Islam, mereka cuba memperkenalkan serta mempraktikkannya.

Kritikan amat penting bagi mencari kesahihan sumber dan penyampai sumber tentang sesuatu peristiwa sejarah. Sekiranya penyampai sumber melakukan pembohongan maka sumber yang diberi itu adalah sumber yang palsu. Justeru itu jika berlaku keraguan, maka sejarawan akan cuba mencari bukti-bukti lain. Arba’iyah Mohd Noor (2002), menyenaraikan empat langkah-langkah yang boleh dilakukan sekiranya berlaku keraguan. Pertama, mereka akan mengesan semula siapakah yang mengeluarkan sesuatu sumber tersebut. Kedua, kandungan sumber yang ditulis itu mestilah diuji terlebih dahulu untuk mengetahui kaitannya dengan fakta-fakta primer yang diketahui. Sekiranya bercanggah, pemalsuan dapat diketahui. Seterusnya, dokumen-dokumen yang diperolehi mungkin berhubung dengan tanda-tanda tertentu. Umpamanya, sejarawan yang menggunakan sumber dokumen tulisan tangan memerlukan satu kajian khusus untuk membuat keputusan sama ada sesuatu skrip itu benar dari segi masa dan tempatnya. Mereka memerlukan ahli filiologi untuk menentukan atau menilai gaya bahasa daripada teks yang digunakan. Keempat, Sejarawan boleh meminta pertolongan daripada pakar dalam bidang teknikal untuk memeriksa bahan yang digunakan pada masa pengeluaran dokumen tersebut.

Walaupun dikatakan sumber itu mungkin mempunyai kebenaran serta kesahihan dari sudut kritikan luaran, tepai jika kandungannya diragui ketepatan serta kerasionalannya, maka sumber itu tidak wajar dijadikan sumber rujukan sejarah. Kerasionalan dan kebenaran sesuatu sumber itu boleh diteliti bila dihubugkaitkan dengan persoalan ‘siapa, bila dan di mana’, Persoalan ‘siapa’ berkait dengan diri penulis (subjek) sesuatu karya sejarah itu. Dengan mengetahui latar belakang penulis, maka kita boleh mengetahui sama ada fakta yang diberikan itu benar ataupun salah. Jika kita dapati penulis tersebut seorang pemerintah, ketua atau seorang sejarawan pada zaman yang sama serta mereka pernah tinggal di tempat atau negara yang sama, kita akan dapat melihat wujud perbezaan dari segi pendekatan, keterangan dan tafsiran. Mereka akan menulis mengikut konsep, matlamat, serta idea menereusi kaca mata mereka sendiri. Maka akan wujudlah bias dalam pentafsiran idea yang sedia ada.

Dalam hal kritikan dalaman ini sewajarnya sejarawan mengambil kira beberapa perkara penting sebelum membuat penyelidikan rapi, iaitu memahami bahasa, maksud tulisan penulis dan mengetahui akan ragam, niat serta fikirannya itu sama ada sejarawan itu prejudis atau mudah terpengaruh dengan fakta-fakta lain atau menulis berdasarkan fakta sejarah yang benar atau pun tidak. Selain itu, penggunaan bahasa juga sentiasa berubah-ubah dari satu zaman ke satu zaman yang lain. Contohnya bahasa yang ditulis lima atau enam abad yang lampau tentu amat berbeza berbanding dengan bahasa yang digunakan pada hari ini.

Ketepatan sesuatu sumber bukan sekadar yang telah dibincangkan di atas sahaja. Terdapat beberapa sumber dan fakta sejarah yang kurang kerasionalannya telah mula dipertikai oleh beberapa sejarawan lain. Contohnya, kenyataan Arnold Toynbee, Marco Polo seorang pelayar berbangsa Itali telah tiba di negara China sekitar tahun 1271- 1295 melalui Laut Hitam dan Istambul. Toynbee juga menyebut Marco Polo akan singgah di istana Kublai Khan setibanya di China. Namun kini, kenyataan tersebut dianggap tidak benar oleh sejarawan moden atas beberapa alasan yang agak rasional. Antaranya, tiada satu rekod pun kedatangan Marco Polo ke China, tiada satu pun kenyataan dalam rekod China tentang kedatangannya ke istana Kublai Khai sebagai tetamu sepanjang ketibaannya di sana. Kedua, Marco Polo gagal membuat kenyataan tentang budaya makan China dengan menggunakan penyepit, tradisi mengikat kaki atau teh sebagai minuman kegemaran orang China. Ketiga Marco Polo tidak pernah membuat kenyataan tentang sahabat-sahabat atau sesiapa yang ditemui sepanjang pelayaran ke negara China.

2.7 Melaporkan hasilan
Setelah berjaya mengumpul segala sumber yang diperolehi sama ada secara tradisi iaitu melalui pemerhatian, temubual atau bahan sejarah seperti teks, dokumen atau artifak dan sebagainya, penyelidik meneruskan penyelidikan dengan kritikan luaran untuk memastikan kebenaran sumber serta kritikan dalaman untuk menentukan ketepatan serta kerasionalannya, maka langkah seterusnya penyelidik menghasilkan penulisan sejarah bagi sesuatu yang diselidiknya. Penyelidik yang bertanggungjawab akan melahirkan penulisan yang berwibawa dan dapat diterima sebagai sesuatu yang bermutu tinggi. Bagi menjadikan ia bermutu tinggi, adalah menjadi kewajipan penyelidik untuk menulis berdasarkan kebenaran serta ketepatan fakta dan membuat penghuraian yang tepat tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur lain. Sebagai ahli sejarah yang terlatih, penyelidik sedaya upaya akan meminimakan campur tangan pandangannya dalam sesuatu cerita. Penyelidik perlu menyedari akan integriti yang diwajibkan, bertanggungjawab terhadap bukti yang dipilih, disusun dan diinterpretasi dan mengelakkan unsur-unsur personaliti.

Menulis laporan penyelidikan sejarah bukanlah sesuatu yang mudah seperti penulisan kreatif yang lain. Ia memerlukan perancangan yang teliti serta menulis dalam satu kerangka yang boleh disemak dan dinilai. Di samping itu pengorganisasian utama sesuatu penyelidikan pada kebiasaannya adalah disusun dalam bentuk kronologi atau tajuk. Kebanyakan tajuk-tajuk dalam penyelidikan sejarah akan disusun dalam bentuk kronologi atau susunan topik mengikut perkembangan masa. Dari segi penulisan pula, penyelidik yang berwibawa akan mengelakkan kelemahan dalam pembinaan ayat dan perenggan, nahu, ejaan, tanda bacaan, pemilihan perkataan dan lain-lain yang berkaitan. Penulisan sejarah adalah menekankan terhadap sumber dan pembuktian. Sesuatu penulisan perlu mengemukakan bukti dan alasan yang ditunjukkan di dalam nota kaki. Penulisan laporan sewajarnya menggunakan bahasa yang mudah difahami dan ayat yang dibina biasanya pendek dan jelas. Penulisan laporan yang berkesan hanya akan tercapai jika penulisan itu dapat difahami oleh para pembaca tidak kira latar belakang pekerjaan mereka.

Penulisan sejarah memerlukan kerja yang bersungguh-sungguh dengan memaksa diri untuk memulakan tanpa mengira minat atau inspirasi. Hasil penulisan sejarah yang baik, kebiasaannya melalui dua atau lebih draf. Draf pertama biasanya panjang dan ianya akan melalui proses pemotongan dan pengeditan ayat. Semasa menyemak draf, kaedah cut and paste kadang kala digunakan bagi menjimatkan masa. Dalam semua peringkat draf, perhatian utama harus ditumpukan untuk mengemukakan bukti-bukti jelas. Contohnya jika ia memerlukan penjelasan, interpretasi jelas harus diberikan. Penyelidik perlu sedari, golongan pembaca kepada penulisan sejarah adalah golongan terpelajar yang berminat dengan disiplin ini. Oleh itu kesalahan-kesalahan remeh dari segi nahu, bahasa dan ejaan akan mengurangkan minat pembaca untuk membaca laporan penyelidikan tersebut.

Hakikatnya matlamat utama penulisan sejarah adalah untuk menyampaikan hasil penyelidikan dalam bentuk yang paling berkesan. Oleh itu, penulisan yang berkesan perlu tepat, jelas dan disampaikan dalam gaya yang menarik, elakkan kesilapan-kesilapan kecil yang akan mengganggu konsentrasi pembaca. Menurut Abdul Rahman Abdullah (1994), ahli-ahli sejarah bersetuju bahawa penulisan sejarah perlu memberikan perhatian terhadap memperkembangkan penjelasan, berkeupayaan dalam penyaringan, logik dan konsisten dalam perbahasan adalah merupakan kualiti yang menyumbang kepada penulisan laporan yang berkesan. Tidak kurang pentingnya juga ialah bentuk penulisan laporan tersebut dikemukakan sama ada dalam bentuk artikel, monograf atau buku. Ketiga-tiga penulisan tersebut tidak mempunyai perbezaan dari segi kaedah, gaya penyampaian dan rujukan sumber. Bagaimanapun, perbezaan utama adalah dari segi saiz atau panjang sesuatu penulisan itu.

Artikel merupakan sebuah penulisan ilmiah yang pendek, kebiasaannya diterbitkan melalui jurnal atau makalah. Penerbitan jurnal adalah dalam bentuk berkala atau tahunan. Panjang artikel pada kebiasaannya adalah sekitar 10 000 perkataan atau ditulis sekitar 20 halaman dengan langkau dua. Sementara monograf merupakan terbitan ilmiah dalam bentuk tidak bersiri atau berkala mengenai sesuatu tajuk tertentu atau tajuk yang berkaitan ditulis secara perseorangan. Biasanya monograf merupakan hasil kerja yang terperinci, dokumentasi terhadap tajuk yang terhad atau mengenai seseorang. Dalam bidang sejarah monograf merujuk kepada penerbitan sesuatu penyelidikan mengenai sesuatu kejadian atau peristiwa atau seseorang tokoh. Ia merupakan hasil kajian yang tidak terlalu panjang tetapi mempunyai cukup maklumat. Biasanya diterbitkan sekali sahaja dengan jumlah cetakan yang terhad. Sedangkan buku pula adalah merupakan satu penulisan yang dihasilkan daripada penyelidikan dan buah fikiran seseorang penyelidik mengenai sesuatu tajuk. Ia diterbitkan dalam bentuk buku dengan mempunyai halaman yang tebal, tiada had maksimum jumlah halaman bagi penerbitan bagi sesebuah buku kerana ia bergantung kepada matlamat penulisan seseorang penulis. Buku mestilah mempunyai tahap ilmiah yang tinggi, mengandungi sumber rujukan yang lengkap serta membuat perbincangan mengenai sesuatu tajuk. Buku mengandungi beberapa bab, minimumnya 5 bab dan juga mengandungi bibliografi serta indeks di bahagian akhir penulisan dan biasanya boleh dicetak atau diterbitkan berulang kali.

3.0 Kesimpulan
Penyelidikan sejarah merupakan satu bentuk penyelidikan yang rumit kerana penyelidikan sejarah adalah untuk mempelajari, menggali fakta-fakta serta menyusun dan menghuraikan hubungan atau kesimpulan berkaitan peristiwa masa lampau. Kerumitan juga disebabkan kuasa pengawasan penyelidik ke atas sampel adalah terbatas memandangkan pembolehubah bebas berada di luar jangkauan penyelidik dalam melakukan penilaian dan interpretasi.

Seperti dinukilkan, penyelidikan yang baik mesti melalui langkah-langkah yang telah ditetapkan secara umum oleh sejarawan terdahulu, seperti pendefinisian masalah, rumusan hipotesis yang perlu diuji, pengumpulan data yang sistematik, analisis interpretasi data, membuat kritikan luaran dan dalaman terhadap sumber yang diperolehi dan seumpamanya. Di samping mematuhi langkah-langkah tersebut faktor etika dalam penyelidikan juga tidak boleh dipandang enteng oleh para penyelidik supaya hasil penyelidikan yang dihasilkan bersih dan tulen tanpa sebarang campur tangan penyelidik. Namun, syabas kita ucapkan kepada sejarawan-sejarawan yang sentiasa bertungkus-lumus membuat penyelidikan demi penyelidikan yang menjadi bahan rujukan masyarakat.


RUJUKAN

Abdul Rahim Abdul Rashid. 1998. “Ilmu Sejarah: Teori dan Amalan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah”. Kertas Sempena Simposium Kebangsaan Ilmu Sejarah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Abdul Rahman Abdullah. 1994. Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka bersama Pusat Pengajian Luar Kampus USM.

Azizi Yahaya et al. 2007. Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

Mohd Majid Konting. 2004. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd Yusof Ibrahim. 1986. Pengertian Sejarah: Beberapa Perbahasan Mengenai Teori & Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Muhd Yusof Ibrahim. 1997. Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya. 1988. Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Othman Lebar. 2007. Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori dan Metod. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

http://jironakamura.blogspot.com/2007/09/bincangkan-langkah-langkah-yang-perlu.html

http://www.banyak-ilmu.co.cc/2008/11/langkah-langkah-penelitian-sejarah.html











Feudalisme di Eropah


FEUDALISME DI EROPAH

PENGENALAN

Banyak cadangan telah dikemukakan bagi mengehadkan tempoh masa zaman pertengahan. Namun hasilnya, tiada satu pun tarikh yang ditetapkan untuk menandakan bermula dan berakhirnya zaman pertengahan. Walau bagaimanapun, kebanyakan ahli sejarawan telah meletakkan tarikh permulaan Zaman Pertengahan iaitu pada tahun 500M.dan berakhir pada tahun 1500M. Selepas berakhirnya tahun 1500M, maka Eropah dikenali pula sebagai zaman moden.

 Feudalisme secara umumnya boleh didefinisikan sebagai satu bentuk kerajaan,iaitu kuasa politik dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu persendirian dan bukan kerajaan pusat. Pada asasnya, sistem ini seperti yang wujud di Eropah sejak abad ke-9memperlihatkan hubungan peribadi yang erat antara tuan tanah (lord) dan petani (vassal )yang disyaratkan untuk memberi taat setia kepada lord. Satu pihak akan memberi perlindungan sementara satu pihak lagi memberi perkhidmatan ketenteraan dan keselamatan kepada raja. Selain aspek ketenteraan dan keselamatan, feudotari juga dikehendaki menyediakan keperluan tertentu termasuklah buruh untuk sistem kerah.Hubungan ini menentukan kedua-dua pihak memperoleh faedah dan keuntungan bersama. Sistem feudal menyediakan satu unsure, tetapi secara keseluruhannya berkesan, pertahanan dalam masa peperangan dan rangka yang perlu untuk mengekalkan undang-undang dan peraturan.

Selain itu, feudalisme juga sering dikenali sebagai satu sistem anarki yangdirancang. Dalam mentafsirkan feudalisme, perlu diingat bahawa anarki yang dirancangadalah lebih baik daripada anarki yang tidak mempunyai organisasi dan tanpanyamasyarakat Eropah akan mengalami keadaan yang tidak teratur dan kacau-bilau.
 Disamping itu juga, feudalisme turut didefinisikan sebagai satu istilah atau konsep yangterbentuk di Eropah Barat selepas kejatuhan Empayar Charlemagne dan berlanjutansehingga abad ke-14. Abad tersebut memperlihatkan era yang digelar masyarakat feudal.

Dalam buku  Feudal Society karya Marc Bloch,beliau mentakrifkan istilah feudaldigunakan bagi menerangkan seluruh kelakuan dan adab yang sekian lama diterima dan wujud pada ketika itu serta organisasi kelas atasan masyarakat itu yang meliputi perjanjian secara bertulis yang didominasi kekuasaan golongan atasan.

Jika dilihat dari segi strukturnya, sistem feudal memaparkan satu bentuk piramid.Di bahagian bawah sekali ialah golongan rakyat atau petani manakala di bahagian atassekali ialah raja. Bahagian tengah pula ialah golongan pembesar yang bertanggungjawabmenjadi ‘tali penghubung’ antara raja dengan rakyat dan secara praktikalnya turut bertindak sebagai tuan tanah. Dalam pemerintahan bercorak feudal ini, wujud satuhierarki yang jelas antara feudatories dan subfeudatories di bawah pemerintahan seorangraja. Kehidupan sosial masyarakat Eropah pada Zaman Gelap yang berasaskan kepadasistem feudal ini diwakili oleh golongan pemerintah dan golongan yang diperintah sepertirajah yang telah disediakan di bawah ini:Dalam masyarakat feudal, golongan pemerintah terdiri daripada raja dan di bawah rajaterdapat golongan bangsawan yang menjadi pengikut setia raja. Jika dilihat daripada pelbagai aspek, bangsawan lapisan pertama lebih rapat dengan golongan raja manakala bangsawan lapisan kedua lebih rapat dengan bangsawan lapisan pertama.Raja Raja menduduki hierarki tertinggi dalam sistem feudal dan berkuasa mutlak terhadap rakyat dan Negara.

Dalam sistem yang kompleks daripada pengagihan kuasa pusat ini,idea tentang kerajaan yang terdiri daripada rakyat yang terdiri daripada rakyat yangdiperintah secara langsung oleh kerajaan pusat tidak wujud lagi. Namun, di sepanjangzaman feudal, negara dapat mengekalkan kewujudannya dan raja masih terus memerintahwalaupun kuasa mereka semakin berkurangan. Pada masa itu, tidak terdapat sistem percukaian, undang-undang atau mahkamah serta tentera kebangsaan.Golongan raja merupakan golongan penaung utama dalam sesebuah negaradengan memiliki tanah di negeri masing-masing secara mutlak. Dalam erti kata lain,golongan raja mempunyai kuasa yang penuh ke atas tanah-tanah di dalam negara dan berhak memutuskan kepada sesiapa untuk memajakkan tanah yang menjadi miliknya.Oleh itu, seseorang yang dipercayai sahaja yang diberikan hak untuk memajak tanahtersebut iaitu daripada golongan puak Vassal. Akan tetapi, Vassal terlebih dahuludikehendaki untuk mengangkat sumpah sebagai tanda taat setia kepada raja dan harusmenjalankan tugas mengikut arahan raja. Kebiasaannya, golongan Vassal ini adalahterdiri daripada golongan lelaki. Di samping itu juga, raja turut memberikan tanah kepadagolongan bangsawan yang terdiri daripada Barons, Bishops dan Knight sebagai balasan atau pun ganjaran terhadap perkhidmatan yang telah mereka berikan. Namun, sebagai balasannya, golongan bangsawan haruslah membekalkan askar-askar untuk tujuan peperangan. Dalam masyarakat feudal, kesetiaan yang tidak berbelah bahagi adalah amat penting dan perlu dititikberatkan oleh semua golongan pada masa tersebut.

 Tanah-tanah telah dapat dikumpulkan melalui pemberian oleh generasi, raja yang didorong oleh hasrat untuk menyatukan dirinya dengan Tuhan dan membuat kerja kebajikan supaya dosanya yang lalu dapat diampunkan. Sebagai contoh, Henry II(contoh raja yang paling baik pada zaman pertengahan) telah menggunakan hakim Pengadilan di England, mengadakan mahkamah penyiasatan kes atas tindak tanduk pihak  berkuasa tempatan yang bertanggungjawab untuk mengekalkan undang-undang dan peraturan. Baginda tidak memasuki perang salib, seperti yang telah dilakukan oleh datuknya dan satu daripada kejayaan terpentingnya ialah mengehadkan kuasa Kepausanke atas Gereja Perancis dengan mengadakan perjanjian atau persetiaan dengan Paus.Baginda kurang menghiraukan Kesatuan Dunia Kristian daripada kemakmuran Perancis tetapi Henry II merupakan salah satu contoh terbaik di antara raja-raja yang ada padazaman pertengahan.

Walaupun raja berkuasa dalam sesebuah wilayah namun golongan itu perlu mencari kaedah untuk mengekalkan kedudukannya. Mereka perlu memberikan ganjaran kepada golongan bangsawan untuk mengawal golongan bangsawan tersebut. Secara tidak langsung, golongan bangsawan akan dikurniakan tanah dan sekali gus golongan ini akan terikat dengan pemerintah pada zaman itu. Taat setia akan ditumpahkan kepada raja dan mereka akan melindungi raja daripada sebarang ancaman baik secara luaran mahu pun dalaman. Selain itu, mereka juga akan memaklumkan dan memberi sokongan bersenjata kepada pemerintah. Golongan raja juga turut memperolehi hasil pendapatan daripada cukai-cukai yang dikenakan kepada golongan bangsawan hasil daripada tanah yang telah mereka berikan. Dalam bidang ketenteraan, raja turut bertanggungjawab untuk mengepalai tentera dalam peperangan dan seterusnya mencetuskan kemenangan bagi pihaknya.

Di bawah sistem feudal, raja diiktiraf sebagai penguasa ke atas semua
Lord  dan pemilik kesemua tanah dalam kerajaannya. Raja memerintah bukan sekadar raja mutlak atau pun sebagai raja berpelembagaan, tetapi sebagai
 feudal overlord iaitu golongan bangsawan yang berkuasa penuh ke atas tanah, anak-anak buah dan hamba-hambanyaHasil perbela.njaan negara juga diperolehi oleh raja menerusi pendapatan daripada tanahnya sendiri, estet-estet di raja dan bantuan daripada pihak vassal.

Selain itu juga, beliau tidak dapat membentuk pasukan tentera kebangsaan tetapi boleh memanggil hambanya untuk melaksanakan perkhidmatan tentera yang disertai oleh hamba merekayang lain. Di samping itu juga, beliau tidak boleh mengisytiharkan perundangan yang megikut semua ahli dalam negeri tetapi beliau boleh mengarahkan hambanya dan mengeluarkan peraturan pihak berkuasa dengan harapan bahawa hambanya akanmenyampaikan kepada orang yang berada di bawah pemerintahan mereka. Golongan raja juga tidak mempunyai bidang kuasa terhadap sebahagian besar rakyat tetapi beliau boleh mengadakan mahkamah feudal untuk membicarakan hambanya yang terdekat dan tanggungannya.

Dari segi amalan, sememangnya ketua hamba mematuhi raja dan melaksanakantugas mereka hanya jika difikirkan perlu dan mereka jarang membawa sebahagian hambamereka bersama apabila dipanggil untuk memberi perkhidmatan ketenteraan. Pada awalzaman feudalisme, kebiasaannya mereka telah mengenepikan perintah raja. Walau bagaimanapun, raja mempunyai faedah yang dapat mengatasi tuan besar feudal yang lain berasaskan teori keagungan keutuhan yang biasa diiktiraf sebagai sah apabila diketepikansecara praktis. Dengan peredaran masa, raja-raja di England dan kemudiannya diPerancis telah berupaya untuk menjadikan teori itu sebagai satu realiti. Manakala, diJerman dan Itali, kebangkitan pemerintahan beraja telah dirumitkan dengan masalah yangluar biasa yang telah menyekat proses itu daripada menjadi sempurna. 

Walau bagaimanapun, bahaya yang paling besar dan jelas kepada pemerintahan beraja feudal adalah pergantungannya kepada watak raja. Organisasi seluruhnya adalah diasaskan kepada kecekapan pertuanan. Jika baginda gagal menguatkuasakan tanggunganyang harus dijelaskan oleh ketua penyewa, maka keadaan akan menjadi tidak terkawal. Contohnya, pemerintahan Stephen di England telahpun menunjukkan bagaimana dengan cepat sekali seluruh sistem kerajaan berkecai dalam suasana kacau-bilau apabila terdapat orang yang lemah menduduki takhta dan ini adalah merupakan penyebab utama wujudnya keadaan huru hara di Jerman dan di bahagian tenggara Eropah melainkan empayar Byzantine, dari kurun ketiga belas dan seterusnya.

Di barat, iaitu di Perancis dan England, pemerintahan beraja feudal tidak lagi memegang tampuk kuasa namun akhirnya kedua-duanya menjadi mangsa kepada sengketa warisan dan raja yang lemah.



Bangsawan/ Baron
Kelas-kelas tradisional Eropah Barat sangat terjejas dengan kepesatan perkembangan ekonomi. Golongan bangsawan kekal mendominasi kumpulan sosial, yang mana kuasadan pengaruhnya tetap kukuh dalam sistem feudal dan struktur-struktur manor itu. Walau bagaimanapun, perubahan keadaan ekonomi telah membawa perubahan baru yangmenjejaskan status dan gaya hidup mereka.

Golongan bangsawan menduduki hierarki kedua selepas golongan raja. Golonganini turut memainkan peranan yang penting dalam system pemerintahan pada zamantersebut. Terdapat banyak gelaran bagi golongan bangsawan antaranya Duke, Baron(Lord), Count dan Vassal. Dalam Empayar Carolingian, kedudukan dan pangkat Count dan  Duke telah menjadi sesuatu yang diwarisi secara turun temurun. Keadaan tersebut menjadi mudah kepada golongan
Count dan Duke untuk mendapatkan lebih pengaruh kerana dikatakan mereka mempunyai kekuasaan dan hak yang lebih hebat daripadagolongan raja. Golongan bangsawan juga diberi sebahagian tanah yang dimiliki oleh raja dan tanah tersebut dikenakan cukai sebagai taat setia kepada raja. Selain itu, tanah yang diberi oleh golongan raja ini boleh diwarisi secara turun temurun oleh keluarga bangsawan.

Golongan bangsawan akan memainkan peranan penting dalam sesuatu urusan pentadbiran sekiranya ketiadaan raja dalam wilayah. Peranan golongan bangsawan ialah bertanggungjawab terhadap golongan raja iaitu menyediakan makanan, tempat tinggaldan hiburan. Di samping itu juga, golongan bangsawan perlu menghadirkan diriseandainya terdapat sebarang lawatan atas arahan pemerintah. Golongan ini berkhidmat dengan pemerintah melalui pelbagai kaedah seperti terlibat dalam peperangan, sebagai penegak keadilan serta melibatkan diri dalam Dewan Majlis. Selain itu, golongan bangsawan juga berperanan dalam memberi nasihat kepada golongan pemerintah dalammembuat sesuatu keputusan. Manakala, dalam hal-hal yang berkaitan dengan ilmu agama pula, golongan bangsawan turut memainkan peranan dalam mentabir hal-hal yang berkaitan dengan gereja di samping mengendalikan urusan pentadbiran dan politik kerajaan.

Di samping itu, dari segi penempatan golongan bangsawan ini, mereka tinggal disuatu kawasan yang luas berserta dengan rumah yang besar. Secara tidak langsung,rumah yang besar itu melambangkan tahap kekayaan dan taraf hidup golongan bangsawan tersebut. Mereka mencari kawasan yang luas dan selamat kerana bimbangakan serangan daripada pihak musuh. Dalam hal ini, golongan pahlawan atau  knight  bertanggungjawab untuk melindungi golongan bangsawan. Kebiasannya, rumahgolongan bangsawan ini mempunyai dua bilik yang besar, dewan dan bilik tidur yangcantik serta dilengkapi dengan almari pakaian. Dewan yang besar pula terdiri daripadaruang tamu, dewan makan, bilik tetamu dan turut disediakan bilik untuk hamba-hambamereka. Dalam dewan tersebut, golongan ini turut menjalankan urusan dengan pembantumereka, vassal dan para petani.

Kebiasaannya, petani yang tidak berkemampuan untuk membayar cukai menyerahkan tanah mereka kepada golongan tuan tanah dan terpaksamenjadi hamba. Selain itu, semua penghuni istana tersebut akan makan di meja yangdiperbuat daripada kayu panjang manakala para tetamunya akan duduk di tempat yangagak tinggi di hujung dewan tersebut. Pada malam hari pula, semua ahli keluargagolongan bangsawan akan tidur di bilik persendirian, manakala golongan hamba merekaakan tidur di atas lantai. Bilik tidur pula merupakan ruangan untuk berehat bagi seisikeluarga. Di samping itu, kelengkapan almari pula digunakan oleh golongan bangsawanuntuk menyimpan kesemua pakaian mereka. Di dalam rumah itu juga, turut disediakansebuah gereja kecil yang digunakan untuk memudahkan mereka mengadakan upacarakeagamaan yang kecil atau pun sebagai tempat sembahyang secara persendirian.

Di sebalik teori keutuhan pemerintahan beraja feudal, dapat dilihat yangfeudalisme adalah berbentuk tagonistik kepada kerajaan pusat. Semua kerajaan pusatadalah berada di dalam tangan golongan bangsawan. Kuasa langsung raja hanyalahsetakat kepada hambanya sendiri sahaja. Dalam lingkungan feudalnya sendiri, setiap bangsawan mempunyai bidang kuasa penuh dan menjalankan semua kuasa-kuasakerajaan. Seperti kata seorang ahli undang-undang pada abad ke-13, “ Setiap baronmerupakan raja berdaulat dalam kawannya sendiri.” Beliau boleh mengadakanmahkamah bagi tanggungnya, mengenakan cukai, tol di jalan raya dan jambatan serta boleh membentuk tentera yang terdiri daripada hambanya untuk menjalankan tugasyang diarahkan oleh baron-baron tersebut.

Sebagai contoh, Wencesles II, yangmeninggal pada tahun 1305 telah Berjaya menguasai kedua-dua Hungary dan Poland. Namun, tidak ada seorang pun yang telah berjaya menguasai ketiga-tiga kerajaan dalammasa yang lama dan kematian setiap raja bermakna perang baru akan meletus dalam percubaan untuk membahagi-bahagikan warisannya. Akhirnya, ketiga-tiga kerajaan yangtelah dipelopori oleh golongan bangsawan iaitu daripada golongan Magnates telahmenjadi begitu kuat dan cukup merdeka untuk mengelakkan mana-mana keluarga danmenaiki takhta melalui hak pewarisan. Sebaliknya mereka mewujudkan pemerintahan beraja yang dipilih dengan mereka sendiri mempunyai keistimewaan dan hak untuk memilih raja mereka supaya mereka dapat melemahkan lagi kerajaan pusat serta berusahauntuk memanjangkan anarki kurun ketiga belas selama tiga ratus tahun.



Kedudukan kaum wanita
Kedudukan wanita pada zaman pertengahan adalah dipandang rendah dalammasyarakat. Peranan mereka adalah terhad kepada aktiviti memasak, menenun danmenjahit sahaja. Wanita pada zaman pertengahan mempunyai pelbagai status seperti seorang isteri, seorang anak, seorang bangsawan, seorang petani, seorang janda, seoranghamba mahupun seoran.g rahib Rahib wanita dikenali sebagai golongan yang zuhudkerana mempunyai hubungan yang rapat dengan gereja. Rahib wanita pada zaman pertengahan ini tidak dibenarkan menjalankan tugas-tugas gereja seperti melakukanupacara keagamaan dan menyampaikan
 sermon. Hanya bishop berkuasa penuh dalamgereja dan dibantu oleh rahib lelaki. Walaupun wanita berada pada kedudukan statusyang berbeza namun tidak dapat dinafikan bahawa mereka mempunyai satu persamaaniaitu hak-hak mereka sering dihadkan di bawah kekuasaan lelaki. Mereka juga turutdinafikan hak dan sering dikecualikan daripada menyertai aktiviti-aktiviti luar iaituaktiviti-aktiviti yang sangat penting bagi masyarakat ketika itu seperti kebajikan,kerajaan, falsafah, sains, perundangan dan keagamaan.

 Selain itu juga, pada awal zaman pertengahan isteri-isteri orang kebanyakkanadalah dianggap sebagai barang, iaitu suri rumahtangga yang membuat kerja-kerja berattanpa upah. Petani-petani sering memaksa kaum wanita membuat kerja berat di ladangdan ia menjadi satu amalan yang masih wujud sehingga hari ini. Sedangkan dalamkalangan kelas pemerintah, kaum wanita diberi kebebasan yang sedikit dalam tindakandan pemikiranya. Mereka juga tidak dibenarkan memegang jawatan dalam pemerintahandan juga dalam sistem sosial itu sendiri. Mereka tidak mempunyai hak untuk bersuaradalam politik atau berkhidmat sebagai komander tentera, hakim dan peguamsebagaimana kaum lelaki melakukannya dalam sistem pemerintahan.

Namun demikian, bagi seorang wanita yang belum berkahwin mereka masih berguna sebagai alat perundingan, jika seseorang wanita itu mempunyai emas kahwin yang tinggi dia adalahdianggap bahan bernilai untuk dimiliki oleh tuan-tuan tanah. Apabila berkahwin, tugasmereka ini ialah menjadi isteri yang patuh kepada perintah dan melahirkan waris.Manakala sekiranya seseorang wanita itu tidak berkahwin mereka akan menghilangkandiri ke biara.

Golongan wanita juga turut membantu dalam kerja-kerja perladangan dan bertanggungjawab menjaga ladang ternakan sewaktu suami mereka keluar rumah untuk  berdagang, ke bandar atau memburu di hutan. Mereka turut membawa bayi semasa mereka bekerja ataupun membiarkan anak-anak mereka berlatih berjalan sementara anak mereka yang agak dewasa memerhatikan kambing biri-biri atau memberi makanankepada binatang ternakan. Wanita atasan bagi keluarga yang kaya dan mempunyairamai hamba ditugaskan untuk membantu kerja-kerja di ladang ternakan. Dalam situasiseperti ini seorang isteri bertanggungjawab terhadap hamba dan juga ladang ketikaketiadaan suami mereka. Zaman keperwiraan telah banyak mengubah status wanita,wanita menjadi objek pemujaan yang romantis dan sering dipuja dengan hebat dalam pantun.

Di samping itu juga, pada zaman pertengahan, hamba wanita merupakan lambangatau pengaruh dan kekayaan kepada tuannya. Semakin ramai hamba maka makin besar  pengaruhnya. Biasanya, wanita yang menjadi hamba tidak mempunyai sebarang hak kerana dirinya boleh dibeli dan dijual kepada pemilik hamba yang lain. Seorang wanitayang menjadi hamba tidak mendapat keadilan yang sepatutnya kerana jika merekadibunuh oleh pemiliknya maka pemilik itu tidak akan dianggap sebagai pembunuh.Pemilik hamba berkuasa penuh terhadap hamba yang dimiliknya dan harga seoranghamba boleh disamakan dengan harga sebidang ladang ternakan. Sekiranya hambawanita itu mempunyai anak, secara automatik anak itu adalah milik tuannya.

Pada zaman pertengahan ini terdapat juga wanita yang terlibat dalam pertempuran. Antaranya ialah kemunculan Joan Of Arc. Joan Of Arc dilahirkan padatanggal 16 Januari 1412 M di Domremy, Perancis. Ayahnya bernama Jacques d’Arc danibunya Isabelle Romee. Seperti kanak-kanak perempuan yang lain pada masa itu, Jeannetidak bersekolah dan tidak dapat membaca dan menulis. Dia lebih dikenali dengan namaJoan Of Arc. Di Perancis dia digelar Jeanne la Pucelle yang bererti Joan “si dara” atau “si perawan”. Sekitar tahun 1424M, Jeanne mula mendapat visi mengenai Malaikat Mikailserta Santa Catherine dan Santa Margaret yang menyuruhnya mengusir tentera Inggeris.

Dia percaya yang dia telah mendengar bunyi loceng gereja, berdering memecah suasana padang di mana dia mengembala lembu ternakan bapanya, suara wali mendesaknyamenyelamatkan Perancis. Sungguhpun dia hanya berumur lapan belas tahun dan butahuruf, dia telah pergi ke istana Perancis untuk menaikkan semangat pemimpin tenteradengan wahyu yang diterimanya dari St.Michael.


Institusi Gereja
Pada zaman pertengahan, kehidupan para paderi di rahib-rahib dan masyarakat umumhanyalah untuk mengabdikan diri kepada agama dan sentiasa memikirkan untuk menyucikan dosa dan membuat amal ibadat. Tetapi ramai orang tidak sanggup untuk menjalani kehidupan sebagai paderi dan hidup di rahib-rahib untuk membuat amal ibadatdan menyucikan diri dari dosa.Pada zaman masa zaman pertengahan ini gerejamengawal seluruh aspek kehidupan penduduk Eropah.

Gereja secara realitinya dikawaloleh pemerintah negara iaitu raja. Raja menggunakan gereja sebagai alat untuk memanipulasikan golongan rakyat bagi mengaut keuntungan. Gereja ialah sebuah badan bebas dan mempunyai kuasa yang luas.Hilang ketaatan kepada gereja ataumempersoalkan arahan atau ajaran dianggap sebagai pengkhianatan terhadapa gereja dan boleh dihukum mati.

Penekanan ke atas peranan bebas gereja membolehkan kemunculan dua struktur kuasa antara gereja dan negara yang salah satunya membentuk elemen terpenting padazaman Pertengahan. Gereja pada zaman Pertengahan tidak bergantung pada sumbanganahli-ahlinya. Gereja memperoleh pendapatan melalui hasil daripada tanah ladang yang luas, pelbagai bayaran yang besar dan hasil daripada pungutan cukai tetap iaitu tithe
.Raja, putera raja dan tuan tanah yang kaya memberi sumbangan derma kepada gereja dan biara.

Fungsi gereja bukan hanya sebagai badan keagamaan tetapi mempunyai sistem perundangan yang teliti. Gereja juga mempunyai organisasi tersendiri.
 Pope sebagai ketua agung semua anggota gereja dan persatuan keagamaan pada zaman PertengahanEropah.

Gereja di Eropah semasa zaman Pertengahan ialah gereja Katholik .Gereja Katholik di Eropah semasa zaman Pertengahan terdiri daripada beberapatingkat hierarki. Pope berada pada kedudukan yang tertinggi diikuti oleh cardinal,archbishop, bishop, priest, deacons, monk, abbot, vicar  dan paling bawah ialah nuns. Pope dianggap sebagai wakil Tuhan di muka bumi. Jawatan Pope wujud dalam institusiagama Roman Khatolik dengan penyenaraian Saint Peter sebagai Popepertama dalam Annurio Pontificio
( buku tahunan rasmi Vatican).

Pengaruh dan kekuasaan Pope adalah luas. Antara perkara yang tertakluk di bawah kuasa Pope ialah hal-hal yang berkaitan dengan perlantikan archbishop, bishops dan abbot di mana Pope berkuasa dalam melantik  archbishop, bishops dan abbot. Cardinal  ialah jawatan kedua tertinggidalam institusi gereja Katholik selepas Pope. Cardinal  merupakan pegawai tinggi gereja Roman Khatolik yang kanan di bawah Pope dan mewakili Golongan paderi Roman.Tugas cardina  ialah membantu  Pope dalam menguruskan gereja. Selain itu,cardinal  juga turut membantu Pope dalam mahkamah yang dikenali sebagai curia.Tugas cardinal yang paling besar ialah dalam memilih Pope.

 Selepas cardinal  ialah archbishop.Archbishop merupakan orang yang berada atau orang kaya serta berpengaruh dalam gereja terutamanya dalam aspek perniagaan.Antara tugas lain archbishop ialah menjalankan fungsi membaca doa umum dan upacara pertabalan raja. Archbishop mempunyai kawalan ke atas semua bishop dalam wilayahnya dan juga berkuasa ke atas semua wilayah
bishop.


Seterusnya adalah jawatan bishop iaitu orang yang memegang jawatan bishop
adalah dilarang untuk berkahwin. Sama seperti archbishop bishop juga merupakan orang yang berada ataupun kaya serta berpengaruhdalam gereja terutamanya dalam aspek perniagaan. Bishop dianggap sebagai pengganti kepada pemimpin dan kuasa yang dipegang dipindahkan kepada mereka dengankekuasaan tuhan. Bishop mewakili gereja Sedunia dalam daerah masing-masing. Adalahmenjadi tanggungjawab bishop
untuk mengawasi tanah dan pemilikan dalam wilayahnya.  Bishop mempunyai kuasa yang besar ke atas harta, priest dan juga kakitangan gereja yanglain dalam daerah mereka.

 Kuasa Bishop merangkumi pelbagai aspek. Pertama dan paling penting ialah kerohanian. Bishop secara rasmi diiktiraf untuk menjalankantanggungjawab dalam gerejanya iaitu penyelamatan jiwa. Bishop merupakan pusaka kepada saint  tempatan dan bertanggungjawab untuk semua perayaan dan upacara yang diperlukan oleh saint. Kedua ialah bishop biasanya datang daripada keluarga yang berkuasa. Penulis dan ahli sejarah yang terkenal iaitu Gregory, Bishop Tours ( 573-594)datang daripada keluarga Gallo-Roman yang lama dan kaya dan selama beberapagenerasi memegang kuasa ke atas Tours and Langers dan hampir sebagai hak milik kekeluargaan.

Seterusnya di bawah hierarki bishop ialah pries. Priest merupakan paderi atau pendeta. Tugas yang dilakukan oleh priest ialah mentadbir jemaah gereja dan ahli-ahlinyaserta mengurus gereja di bawah pengendalianya.Latar belakang antara priest bandar dengan priest luar bandar adalah berbeza. Priest di bandar kemungkinan berasal daripadakeluarga yang penting dan menikmati pendidikan yang baik. Priest luar bandar berasal daripada keluarga miskin seperti jemaah gerejanya dan tidak mampu membaca kitab danmengendalikan upacara sembahyang di gereja dengan baik.


 Deacons merupakan jawatan di bawah priest  dan terletak pada kedudukan yang paling rendah dalam hierarkiatasan gereja. Deacon merupakan pegawai gereja yang menyelenggara hal-hal duniawi dan juga hal-hal yang berkenaan dengan gereja. Deacon juga menjalankan kewajipan penting yang bukan berkaitan dengan gereja seperti memberi sumbangan derma kepada golongan miskin. Jawatan deacon ini boleh menjadi pekerjaan seumur hidup atau langkah permulaan ke arah kepaderian.

Di bawah hierarki deacon ialah monk . Menurut peraturan Saint Benedict, monk  mementingkan aktiviti pemujaan. Selain itu tugas yang dilakukan oleh monk juga termasuklah melakukan meditasi peribadi dan membaca.

Seterusnya ialah jawatan Abbot yang juga dikenali sebagai ‘ father of the monastery’ . Jawatan abbot adalah bersifat tradisional, kekuasaan yang tidak boleh dipersoal tetapi sejak kekuasaan ini bersifat kebapaan, ianya perlu diimbangkan dengan kasih bapa.

 Jawatan vicar   wujud dalamhierarki institusi agama Kristian Katholik dan berada di bawah abbot. Tugas utama vicar adalah pembantu kepada abbot . Dengan kata lain vicar  bertindak sebagai pembantu atau pengganti kepada abbot dalam menguruskan jemaah gereja jika abbot tidak ada.

Dalam hierarki institusi agama, jawatan nuns merupakan jawatan yang paling rendah. Seperti monk nuns juga berkait dengan institusi kebiaraan. Namun semasa kemerosotan moral gereja berlaku, telah wujud rasa tidak puashati yang menyeluruh terhadap kekayaan dan keistimewaan yang dipunyai oleh rahib dangolongan paderi atasan. Dan kecenderungan ini jelas disuarakan dalam syair seperti Piers Plowman oleh Langland danCanterbury Tales oleh Chaucer.

Langland melahirkan penyataan penderitaan kelas yang tertindas dan kelihatan putus asa mengharapkan belaskasihan biskop kaya dan paderi yang menerima rasuah.Beliau bukanlah seorangrevolusioner dan dia mencintai gereja, tetapi dia mendapati semua kelas dalam kalangangolongan paderi bersedia menipu orang ramai untuk kepentingan diri mereka sendiri.Biskop membenarkan cap mohar mereka digunakan dalam “Pengampunan” yangdijualkan kepada orang yang jahil yang menganggap mereka boleh membeli  pengampunan dosa yang mereka lakukan.

 Manakala Chaucer menulis dalam masa yang sama , memberi gambaran yang serupa walaupun dari kacamata berlainan. Chaucer lebihmerupakan seorang ahli satire, seorang penyair istana yang bijak dan tidak sibuk dengan pemulihan, tetapi berpuas hati melukiskan kepada para pembacanya mengenai jenisgolongan gereja lelaki dan perempuan yang sedang mengalami kemerosotan akhlak iaiturahib yang ghairah pergi memburu, pengampun yang menjual tulang babi sebagai bahansuci, paderi perempuan yang bodoh dengan sifat duniawinya mengapit anjing kecil danakhirnya yang boleh disanjung hanyalah seorang paderi.

Manakala John Huss memperlihatkan dirinya lebih revolusioner dan bersifatsederhana dan beliau merupakan salah seorang yang pertama menjadi pemimpinkebangsaan yang agung selain daripada menjadi seorang pemulih agama.Dia mengecam gereja sama seperti golongan Lollard, menyebut tentang keburukan upacarayang berlebih-lebihan dan menunjukkan bahawa tiada kuasa boleh didapati dalam kitabInjil Baru mengenai kekayaan, keistimewaan dan kebebasan yang dinikmati oleh golongan paderi.

Huss mengecam golongan paderi lebih hebat dari yang pernahdilakukan oleh Wycliffe dan mengumumkan doktrin iaitu orang ramai tidak perlumematuhi kewibawaan agama orang yang membiarkan diri mereka hidup dalam dosa besar iaitu ajaran paderi yang melakukan dosa dan maksiat tidak patut dipatuhi bilamereka sendiri sudah pasti dilaknati.

Dan ini akhirnya membawa dia lebih jauhmerumuskan dari segi logik menolak kuatkuasa pemerintah sekular, raja dan menterimengabaikan Hukum Isa. Doktrin seperti itu jelas melemahkan semua undang-undangdan peraturan sama ada golongan awam atau gereja dan menentang setiap institusi yangteratur sama ada di pihak gereja atau kerajaan. Ini membangkitkan tentangan serta mertadari pihak gereja dan maharaja serta golongan Huss ini merebak dengan cepat ke seluruhBohemia menjadikanya satu lagi skandal yang mengancam untuk melemahkan kesatuandan prestij gereja.

Gerakan untuk menamatkan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan gereja melalui usaha bersama telah mendapat sokongan sama kuatnya dari pihak rakyat biasa, peguam dan saudagar juga pegawai-pegawai gereja. Dalam tahun 1381 Universiti Parismula mengemukakan idea Majlis Am Gereja yang membuat keputusan antara Paus yang berseteru dan mengembalikan perpaduan dan peraturan.

Pada zaman akhir Empayar Rom, Majlis Am ini merupakan kuasa tertinggi dalam Gereja Kristian. Biskop-biskopyang berhimpun di Nicaea dalam zaman pemerintahan Constatine telah merumuskanAkidah-Kristian. Dalam masa lima abad berikutnya,terdapat banyak perhimpunanseperti itu yang bertujuan memberi pengertian baru kepada doktrin Kristian danmembasmi fahaman sesat. Masyarakat percaya Majlis ini mendapat inspirasi dariMakhluk Suci luar biasa dan telah mengiktiraf keputusannya yang meliputi juga Pausdan Kuasabaka.

Sejak pemisahan gereja Timur dan Barat terdapat majlis lain di Barattetapi ini dijalankan oleh Paus atau wakil yang menjadi sebagai pengerusi dan dianggapolehnya sebagai majlis perundingan di mana perintah yang dikeluarkan tiada sahmelainkan diakui dan dikeluarkan olehnya sendiri.

Dakwaan Paus sebagai hakimtertinggi di dunia dan mempunyai kuatkuasa yang lebih tinggi yang boleh mewakilikehendak dan semangat yang tidak berbelah bahagi. Wycliffe dan Huss telah punmenolak untuk menerima dakwaan Kepausan kerana mereka mendapati kebenaran dalamKitab Suci menjelang awal kurun ke lima belas ramai orang alim gereja yang taat dan jujur mahu kembali kepada amal-amal sejarah gereja terdahulu.

Kesatuan Petukang dan Pedagang

Perubahan sosial yang penting telah berlaku di bandar dan juga di kampung. Dan ini bukanlah khusus kepada tempat tertentu di Eropah. Perdagangan dan industri pada awalzaman pertengahan bergantung seluruhnya atas kesatuan tukang tiap-tiap pekerja di bandar terpaksa menjadi aprantis kepada seorang yang mahir dan belajar segala kemahiran.

Setelah tamat, dia boleh bekerja sebagai tukang yang boleh disewa dan jikadia cermat dan rajin dia ada harapan menjadi seorang yang mahir pada masa hadapandengan pertukanganya sendiri dan tukang-tukang yang bekerja denganya.
Keseluruhan sistem kesatuan adalah satu peraturan yang teliti dengan batas-batastertentu. Ini adalah percubaan zaman pertengahan untuk menyusun kehidupan bandar danindustri atau prinsip yang sama menjadi asas organisasi feudal atas tanah. Perubahansosial yang paling utama ialah pertumbuhan kelas pertengahan di bandar-bandar. Kelas ini dikenali sebagai burghers.

 Mereka digelar burghers kerana mereka tinggal di bandar yang bertembok atau dinamakan burgs dan mereka ini merupakan kelas baru dalammasyarakat feudalisme. Pada asalnya mereka terdiri daripada orang bebas dan bukanorang bangsawan atau golongan knights. Mereka telah berjaya dalam kehidupanyasebagai pedagang dan peniaga serta dalam sektor perindustrian dan menjadi kaya hasildaripada usahanya sendiri. Dengan pengaruh dan kuasa kewangan yang ada di tanganya, pada akhirnya mereka ini telah dapat memusnahkan struktur sosial feudal lama yangmasih wujud pada zaman pertengahan lanjutan ini.

 Kesatuan pedagang adalah satu pertubuhan yang dianggotai oleh kesatuankesemua kelas burghers dalam bandar yang bergantung hidup pada penjualan dan perniagaan barang. Mereka ini termasuklah juga para artisan yang membuat dan menjual barang-barang pembuatan kepada pembeli. Satu ikatan yang kuat dan tanggungjawabkorporat wujud dalam kalangan ahli persatuan. Ini amat penting kerana untuk menjaminkebebasan hak dan mengelakkan persaingan yang tidak sihat dalam kalangan pedagang.Begitu juga kesatuan petukang dan pedagang ini jualah yang menentukan dan mengawalharga barang, gaji dan masa bekerja.

Kesatuan petukang adalah mereka yang melibatkan diri dalam pembuatan danindustri dan pada masa sama mereka juga adalah pedagang. Mereka ini termasuklah paraartisan yang membuat barangan dan menjualkan kepada pembeli secara terus , contohnya para petukang kasut. Mereka yang hendak menjadi anggota kesatuan petukang mestilahmempunyai kemahiran dan kepandaian membuat sesuatu barang dan mesti terlebihdahulu menjalani latihan tertentu yang dikenali sebagai apprentice. Jangka masa apprentice ini memakan masa lebih kurang selama sepuluh hingga dua belas tahun.Selepas mereka menjalani masa apprentice ini dengan jayanya mereka dinaikkan ke taraf  journeyman atau buruh harian. Golongan ini adalah pekerja bebas yang dibayar upahsecara harian dan boleh bekerja dengan mana-mana tuan yang inginkan perkhidmatanmereka.

Pada masa itu juga journeyman dimestikan memperoleh lebih banyak pengalaman dan kecekapan dan dapat mengeumpul wang untuk mereka mendirikan dan memilikisebuah kedai sendiri. Dengan cara itu barulah mereka dapat memohon menjadi ahli penuh dalam kesatuan petukang. Selain itu, mereka juga mesti menjalani ujian dan peperiksaan di hadapan ketua petukang dengan menghantar sebuah hasil rekaan aslinyadan juga mesti mempunyai kelakuan yang baik.

Setelah journeymen ini berjaya melalui halangan dan ujian barulah mereka diiktiraf menjadi ketua petukang. Tujuan diadakan kesatuan petukang ialah untuk mengawal ahli-ahli daripada membuat sesuatu yang akan menjejaskan perniagaan ahli yang lain. Di samping itu kesatuan ini juga menjaga keselamatan dan kebajikan para ahlinya jika ia ditimpa kesusahan atau kemalangan.“
 Each guild enacted specific rules governing prices to be charged, trading  practices to be observed and the conditions under which trade could be conducted. Thecraft guilds similarly imposed regulations on their members concerning prices, quality of  goods, conditions of labor and quantity of production. They also controlled theconditions for entering a trade. Boys began as apprentice to a master, working from twoto seven years under his guidance and living in his household. The apprentice thenbecame a journeymen who worked for hire until he saved sufficient money and developed adequate skill to open his own shop and become a master.”
  •