Tuesday, October 26, 2010

Teruskan perjuangan

Pelajar-pelajar kini sedang bergelut untuk menghadapi peperiksaan SPM dan STPM...sekolah juga turut mengadakan pelbagai program khasnya membantu para pelajar untuk menghadapi peperiksaan. Antaranya Program Anakku Sayang yang diadakan khas untuk pelajar-pelajar SPM. Program ini diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu selama tiga minggu berturut-turut. Malangnya kedatangan pelajar tidak seratus peratus. Harapan cikgu lebih ramai pelajar yang hadir pada minggu ini sebagai minggu yang terakhir. Program yang sama juga akan diadakan untuk pelajar-pelajar tingkatan 6 Atas pada hari Jumaat dan Sabtu ini. Semoga kehadiran 100%. Harapan guru-guru SMKC akan STPM tahun ini mencapai 100%.

No comments:

Post a Comment