Thursday, March 31, 2011
Sunday, March 13, 2011
SOALAN_SOALAN LATIHAN DAN PERBINCANGAN
TEMA 3:KETAHANAN DAN PERTAHANAN
1. Bincangkan faktor-faktor berlakunya peperangan dalam tamadun awal.
2. Jelaskan organisasi ketenteraan dalam tamadun Mesopotamia pada zaman klasik
3. Jelaskan struktur oraganisasi ketenteraan dalam tamadun India pada zaman klasik.
4. Huraikan strategi yang digunakan dalam sejarah peperangan sejak zaman tamadun awal manusia.
5. Huraikan sumbangan Kautilya dalam bidang ketenteraan di India pada zaman klasik.
6. Jelaskan taktik dan strategi peperangan yang disarankan oleh Sun tzu dalam buku Seni Peperangan.
7. Pengukuhan empayar Maurya dan empayar Rom disebabkan kekuatan organisasi ketenteraan. Bincangkan.
8. Huraikan objektif dan strategi peperangan pada zaman Rom.
9. Bincangkan sumbangan Kautilya dan Niccolo Machiavelli dalam bidang ketenteraan pada zaman klasik.
10. Jelaskan konsep ketahanan dan pertahanan. Huraikan organisasi ketenteraan yang terdapat dalam tamadun Yunani.
11. Bandingkan konsep ketahanan dan pertahanan menurut perspektif Islam dan perspektif Barat.
12. Bincangkan strategi dan taktik peperangan yang diamalkan dalam tamadun India sebelum Islam dengan tamadun Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w .
13. Bincangkan kesan-kesan Perang Salib kepada masyarakat Islam dan Barat.
14. Sejauhmanakah faktor organisasi ketenteraan memainkan peranan dalam pengukuhan empayar Majapahit.
15. Penaklukan Constantinople pada tahun 1453 oleh tentera Turki Othmaniyah telah banyak mencetuskan perubahan dalam sejarah dunia. Bincangkan penaklukan tersebut dalam dunia Islam dan Barat.
Saturday, March 12, 2011
KOLEKSI SOALAN SEJARAH 1 STPM _TEMA 1
Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun
KOLEKSI SOALAN STPM SEBENAR 1998-2010
SEJARAH 940/1 STPM
SEJARAH TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800
BAHAGIAN A
SEJARAH TAMADUN DUNIA
SOALAN-SOALAN TEMA 1
( Manusia Dan Masyarakat )
Tahun Soalan :
1998
Takrifkan konsep tamadun dan bincangkan faktor-faktor yang
mengwujudkan tamadun-tamadun awal seperti Mesir,
Mesopotamia, Mohenjo-Daro dan China.
1999
Bincangkan faktor-faktor yang membawa perubahan kebudayaan
Paleolitik kepada kebudayaan Neolitik dengan memberikan
contoh-contoh yang sesuai.
2000
Bincangkan kepentingan Zaman Neolitik kepada perkembangan
tamadun manusia.
Jelaskan ciri-ciri utama masyarakat bertamadun dengan merujuk
kepada tamadun-tamadun awal seperti Mesopotamia, Mesir,
Hwang Ho dan Mohenjo-Daro yang muncul di kawasan lembah
sungai besar.
2001
Huraikan tiga ciri utama peradaban Paleolitik dan tiga ciri utama
peradaban Neolitik.
2002
Huraikan bagaimana ahli kaji purba membezakan corak
kehidupan manusia dan masyarakat pada zaman Neolitik.
2003
Bandingkan ciri-ciri kepercayaan dan agama antara masyarakat
Mesir dengan Mesopotamia.
2004 Bincangkan kepentingan revolusi pertanian pada zaman Neolitik.
2005
“Zaman Prasejarah Akhir menyaksikan kemunculan petempatanpetempatan
kekal yang berkembang pesat dan menjadi bandar”.
Berdasarkan penyataan ini, huraikan ciri-ciri utama perbandaran
Mesopotamia.
2006
Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, huraikan tujuh
faktor yang membawa kepada kemunculan tamadun manusia.
2007
Huraikan ciri-ciri utama sistem politik dan sistem ekonomi
tamadun Mesir Awal.
Bandingkan corak kehidupan masyarakat prasejarah antara
zaman Paleolitik dengan zaman Neolitik.
2008
Huraikan ciri-ciri tamadun awal India di Tapak Mohenjodaro dan
Harappa.
2009
- Huraikan cirri-ciri agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh
Masyaraakat pada zaman awal manusia
- Huraikan perkembangan masyarakatIslam di China hingga abad ke 15 Masihi.
2010
- Huraikan cirri-ciri kebudayaan Paleolitik daan kebudaayaan Neolitik.
- Bincangkan factor-faktor kemunculan golongan Syiah dan Khawarij pada akhir zaman Khulafa al-Rasyidin.
Thursday, March 3, 2011
Tahniah,Keputusan STPM 2010
yang telah berjaya menaikkan peratus pencapaian sekolah dalam
peperiksaan STPM yang diumumkan baru-baru ini.
10 orang pelajar telah mencapai NGP 3.00 ke atas. Tahniah khas untuk
Cik Lim Khay Nee yang telah mendapat NGP 4.00.Begitu juga tahniah
kepada Nurul Nabilah Takuddin dan Nor Atiqah Zainaldin yang mendapat
NGP 3.84,Nurul Hasanah Mat Isa 3.83. Tahniah dan syabas diucapkan.
Bagi pencapaian subjek pula semua subjek meningkat prestasi pencapaian
nya iaitu, Pengajian Am,Sejarah,Geografi ,Pengajian Perniagaan dan Bahasa
Melayu. Hanya subjek ekonomi sahaja yang mengalami penurunan.Harapan
cikgu agar tahun ini kita dapat mengekalkan prestasi STPM SMKC...
Tahniah khas untuk panitia Geografi Ting 6 yang melahirkan 13 Prinsipal A.