Saturday, December 31, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Khas buat semua pelajar SMK Changlun,
Kedatangan tahun baru eloklah kita sambut dengan azam baru...kita cuba lupakan apa yang berlaku th lepas...khasnya bagi pelajar yang akan menempuh peperiksaan tahun ini PMR,SPM dan STPM...inilah masanya kita tanamkan tekat untuk belajar bersungguh-sungguh. Mula kan dengan niat belajar kerana Allah. Ingat semua ilmu milik Allah ...menuntut ilmu adalah kewajipan...setiap muslim. Semoga dengan niat kita yang ikhlas, Allah memudahkan kita untuk menuntut ilmu. Kedua...buat jadual belajar dari awal tahun...ikut dan patuh jadual yg dibuat sendiri....ketiga...belajar secara berterusan..kosistant...banyak membaca ,membuat latihan dan mengulangkaji pelajaran yang lalu....Semoga ...anda mempunyi persediaan yang cukup untuk menghadapi sebarang ujian dan peperiksaan.

Wednesday, November 23, 2011

SOALAN SEJARAH STPM 2011 (SEBENAR)

Bahagian A
Jawab dua soalan sahaja.

1. Huraikan faktor yang menyebabkan tamadun-tamadun awal manusia muncul
di sekitar lembah sungai. [ 25 markah]
2. Bincangkan pembentukan negara bangsa terhadap kedudukan raja di England.[25 markah]
3. Bincangkan kesan organisasi ketenteraan dalam tamadun Mesopotamia.[25 markah]
4. Bincangkan faktor yang membawa kepada perkembangan kapitalisme di
Eropah. [25 markah]
5. Huraikan perkembangan institusi pendidikan formal dalam tamadun Melayu
selepas kedatangan Islam. [25 markah]
7. Sejauh manakah Renaisans menjadi faktor kepada penjelajajahan dan penerokaan kuasa-
kuasa Barat pada abad ke-15 dan ke-16 Masihi.[25 markah]
8. Nilaikan sumbangan tamadun India dan tamadun China dalam bidang astronomi.
[25 markah]
Bahagian B

Jawab dua soalan sahaja

1. Jelaskan peranan golongan Ansar dalam perkembangan Islam pada zaman
Nabi Muhammad SAW. [25 markah]
2. Huraikan kepentingan Piagam Madinah kepada keutuhan politik pada zaman
Nabi Muhammad SAW .[25 markah]
3. Jelaskan konsep dan jenis-jenis jihat menurut pandangan Islam. [25 markah]
4. Sejauh manakah peranan dasar pemerintahan kesultanan kerajaan Islam Melaka
dalam memajukan kegiatan perdagangan pada abad ke-15? [25 markah]
5. Bincangkan aspek akidah,akhlak, dan syriah yang menjadi tumpuan ajaran Nabi
Muhammad SAW di Mekah dan di Madinah. [25 markah]
6. Nilaikan sumbangan Ibn Batuttah dalam bidang penerokaan dan penjelajahan.
7. Bandingkan konsep ketahanan dan konsep pertahanan antara tamadun Islam
dengan zaman Jahiliah. [25 markah]
8. Bandingkan ciri-ciri kesenian menurut tamadun Islam dan tamadun Barat.[25 markah]

Sunday, October 2, 2011

ANALISIS SOALAN PERCUBAAN 2011

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHANGLUN

ANALISIS SOALAN-SOALAN PERCUBAAN SEJARAH 1 2011

TAMADUN DUNIA

TEMA MANUSIA DAN MASYARAKAT

1. Huraikan faktor-faktor kemunculan tamadun awal manusia. (KEDAH)

2. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai , bincangkan struktur sosial masyarakat yang wujud dalam tamadun awal manusia.

3. Huraikan system organisasi social taamadun Mesopotamia dan tamadun Mesir. (PERLIS)

4. Bincangkan kepentingan Revolusi Pertanian pada zaman Neolitik terhadap perkembangaan tamadun awal. (NEGERI SEMBILAN

5. Bandingkan organisasi sosial antara Tamadun Mesir dengan Tamadun China.

6. Bincangkan peranan sungai dalam pembentukan dan perkembangan tamadun awal dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai daripada tamadun awal. ( MELAKA)

7. Bandingkan struktur organisasi social masyarakat Tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba. (MELAKA)

8. Perbandaran adalah proses di mana penduduk tinggal dan bekerja di kawasan yang kecil dan menjalankan kerja-kerja seperti perdagangan,perindustrian dan perkhidmatan . Merujuk kepada contoh-contoh yang sesuai ,huraikan cirri-ciri Bandar Tamadun Indus dan Mesopotamia. (PAHANG)

9. Kewujudan organisasi sosial di Lembah Indus dan China agak unik berbanding dengan tamadun-tamadun lain, Bincangkan ciri-ciri organisasi sosial kedua-dua tamadun berkenaan bagi membuktikan pencapian ketamadunan masyarakat tersebut. (PAHANG)

10. Jelaskan peranan sistem tulisan dalam masyarakat pada zaman tamadun awal. ( EXCEL SABAH )

11. Huraikan peranan setiap lapisan masyarakat dalam tamadun India dan China.

12. Bincangkan sumbangan Revolusi Pertanian yang berlaku pada zaman Neolitik kepada perkembangan tamadun manusia. (SELANGOR)

13. Perkembangan teknologi di dalam tamadun awaal manusia telah meninggalkan impak yang amat besar kepada peradaban masyarakat. Jelaskan. (PENANTI PULAU PINANG)

14. Bandingkan cirri-ciri perbandaran tamadun Indus dan tamadun Mesopotamia serta peranan Bandar terhadap perkembangan tamadun.

15. Bincangkan peranan setiap golongan masyarakat dalam tamadun Mesir. (PERAK)

16. Buktikan ciri-ciri tamadun yang eujud dalam kehidupan masyarakat di Mesir. KELANTAN)

17. Kewujudan Organisasi Sosial Lembah Indus dan China agak unik berbanding dengan tamadun-tamaadun lain. Bincangkan ciri-ciri Organisasi Sosial di kedua-dua tamadun berkenaan bagi membuktikan pencapaian ketamadunan masyarakat tersebut. WILAYAH PERSEKUTUAN)


6

Saturday, September 10, 2011

Khas Buat Pelajar PraU 1 (6 Atas)

Beri perhatian kepada tajuk-tajuk yang kita bincngkan dalam kelas. Jangan lupa hafal konsep-konsep penting seperti konsep prasejarah,konsep tamadun,konsep manusia,konsep jahiliah,konsep ummah,konsep ketahanan dan pertahanan,konsep penjelajahan dan penerokaan. Tengok juga aspek latar belakang contoh latar belakang tamadun,latar belakang masy. jahiliah,latar belakang Nabi Muhammad SAW. Pastikan bahagian pegenalan ada ayat penegasan. Tiap-tiap isi mesti ada hurian dan contoh-contoh yang berkaitan. Pastikan jawapan anda mengikut kehendak soalan.
Hadkan masa menjawab 45 minit sahaja untuk satu soalan.

Sunday, August 21, 2011

ANALISIS SOALAN PERCUBAAN 2010 TEMA 3,4 dan7

ANALISIS SOALAN-SOALAN PERCUBAAN

TAHUN 2010

TEMA 4: EKONOMI

TAMADUN ISLAM

1. Bincangkan sumber-sumber ekonomi Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW sehingga Zaman Bani Abbasiyyah. (KEDAH)

2. Jelaskan pelaksanaan dan kepentingan zakat pada zaman Khulafa al-Rasyidin. (NEGERI SEMBILAN)

3. Huraikan sejarah penciptaan dan penggunaan matawang dalam sistem ekonomi Islam. (PAHANG)

4. Jelaskan fungsi zakat dan pelaksanaannya pada zaman Bani Ummaiyyah. (PULAU PINANG)

5. Bincangkan sumber-sumber Baitulmal dan peranannya kepada ekonomi umat Islam. (Perlis)

6. “Menbayar zakat adalah wajib ke atas umat Islam “Bincangkan sejarah ,fungsi dan pelaksanaan zakat pada zaman Rasulullah SAW hingga zaman Bani ummaiyyah. (JOHOR)

7. Jelaskan jenis-jenis zakat yang terdapat dalam ekonomi Islam .Bincangkan pelaksanaan zakat pada Zaman Bani Abbasiyah.

(EXCEL SABAH)

8. Zakat memainkan peranan penting bagi pembangunan ekonomi Islam . Bincangkan jenis-jenis zakat dari segi pelaksanaan ekonomi Islam. (SELANGOR)

9. Huraikan sistem mata wang pada zaman Khulafa al-Rasyidin sehingga zaman Bani Abbasiyah. (PERAK)

10. Huraikan sejarah perkembangan mata wang Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin dan Kerajaan Bani Ummaiyah.(L/B SIBU)

11. Huraikan pelaksanaan Baitulmal pada zaman kerajaan Bani Ummaiyyah dengan Kerajaan Bani Abbasiyyah. (KELANTAN)


STPM SEBENAR 2010

Huraikan system matawang Islam dari zaman Khulafa al-Rasyidin hingga Zaman Bani Ummaiyyah dan peranan system mata wang itu dalam aktiviti ekonomi umat Islam.

ANALISIS SOALAN PERCUBAAN

TAHUN 2010

TEMA 3: KETAHANAN DAN PERTAHANAN

TAMADUN DUNIA

1. Bincangkan strategi dan taktik peperangan yang diamalkan dalam Tamadun India sebelum Islam dengan Tamadun Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW. (KEDAH)

2. Bincangkan tujuan peperangan dalam tamadun Rom dan strategi peperangan yang dilaksanakan.

3. Bandingkan konsep ketahanan dan pertahanan tamadun Barat dengan konsep ketahanan dan pertahanan tamadun Islam . (TERENGGANU)

4. Bincangkan idea Kauntilya dalam Karyanya Arthasastra untuk membantu pemerintah mengukuhkan kuasa. (JOHOR)

5. Bincangkan struktur ketenteraan di India sebelum Islam?

6. Bandingkan strategi peperangan dalam Tamadun Rom dengan Tamadun Islam. ( NEGERI SEMBILAN)

7. Jelaskan organisasi ketenteraan dalam Tamadun Rom pada zaman Augustus Caesar. ( PERAK)

8. Bincangkan idea pemikiran Kaultilya pada abad ke-3 Masihi dan Nicollo Machiavelli pada abad ke-16 Masihi. (PAHANG)

9. Huraikan taktik dan strategi peperangan yang diamalkan oleh Tamadun Rom dan Tamadun Islam. ( PULAU PINANG)

10.Jelaskan konsep ketahanan dan pertahanan. Huraikan organisasi

ketenteraan yang terdapat dalam Tamadun Yunani.

11.Bandingkan konsep ketahanan dan pertahanan menurut perapektif

Islam dan konsep konsep ketahanan dan pertahanan barat.

(SABAH)

12.Kautilya dan Machiavelli banyak member sumbangan dalam bidang

ketahanan dan pertahanan. Bincangkan pernyataan tersebut.

(SELANGOR)

13.Bincangkan sumbangan Kautilya dalam bidang ketenteraan pada zaman India Klasik. (PERLIS)

14.Bincangkan faktor-faktor berlakunya peperangan dalam tamadun-

tamadun awal. (KELANTAN)

15. Bincangkan konsep ketahanan dan pertahanan . huraikan cara-cara

yang digunakan oleh kerajaan-kerajaan tamadun awal untuk

mengukuhkan ketahanan dan pertahanan masing-masing.

(LUAR BANDAR SIBU SARAWAK)

16. Jelaskan sebab-sebab berlakunya peperangan dalam masyarakat di

Timur Tengah. (Pep Pra STPM Pasir Mas KELANTAN)

STPM SEBENAR 2010

Jelaskan penubuhan organisasi ketenteraan pada zaman awal moden di Eropah.

ANALISIS SOALAN PERCUBAAN

TAHUN 2010

TEMA 3 : KETAHANAN DAN PERTAHANAN

TAMADUN ISLAM

1. Sejauhmanakah kepimpinan Nabi Nuhammad SAW menjadi factor utama kepada kejayaan tentera Islam dalam bidang siri peperangan pada zaman baginda. (KEDAH)

2. Huraikan kepentingan Perang Badar kepada golongan yang terlibat dengan peperangan tersebut. (TERENGGANU)

3. Penerimaan Rasulullah SAW terhadap Perjanjian Hudaibiyah telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan umat Islam . jelaskan syarat-syarat perjanjian dan bagaimanakah perjanjian tersebut merupakan kemenangan yang nyata dipihak Islam. (JOHOR)

4. Bandingkan konsep ketahanan dan pertahanan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Eropah. (NEGERI SEMBILAN)

5. Huraikan aspek kepimpinan Nabi Muhammad SAW dalam bidang ketenteraan dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

(PERAK)

6. Perang Uhud merupakan perang kedua dalam kalender Islam dan ia berlaku pada tahun ketiga hijrah. Bincangkan factor-faktor serta kesan-kesan dan peristiwa Perang Uhud. (PAHANG)

7. Bincangkan etika dan tatacara peperangan yang dianjurkan oleh Islam dengan memberikan contoh-contoh yang jelas. (PULAU PINANG)

8. Huraikan peristiwa-peristiwa penting Perang Uhud dan kesan-kesan peperangan ini terhadap masyarakat di Madinah. (SABAH)

9. Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai , huraikan etika dan stategi peperangan yang telah diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW .

(SELANGOR)

10. Jelaskan peristiwa Perang Uhud dan kesan-kesannya terhadap umat Islam dan Musyrikin Makkah. (PERLIS)

11. Bandingkan organisasi ketenteraan zaman kerajaan Bani Umaiyyah dengan kerajaan Bani Abbasiyyah. (KELANTAN)

12. Bincangkan langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh Nabi Muhammad SAW bagi mempertahankan kedaulatan Negara Islam Madinah. (Pep Pra STPM PPD PASIR MAS KELANTAN)

13. Apakah taktik dan strategi peperangan yang telah digunakan oleh Nabi Muhammad SAW ketika diserang oleh musuh? Jelaskan.

(KAPIT SARAWAK)

STPM SEBENAR 2010

· Bincangkan implikasi Perang Uhud terhadap masyarakat di Madinah.

· Bandingkan sistem ketenteraan Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW dengan sistem ketenteraan Barat pada zaman Rom.

ANALISIS PEPERIKSAAN PERCUBAAN

TAHUN 2010

TEMA 7: PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN.

TAMADUN DUNIA

1. Bincangkan sumbangan ahli-ahli pelayaran China dan Barat dalam bidang penjelajahan dan penerokaan. (KEDAH)

2. Usaha-usaha pelayaran yang dilakukan pelayar-pelayar Barat sejak abad ke-15 telsh meninggalkan impak yang besar dalam tamadun manusia. Bincangkan . (TERENGGANU)

3. Nilaikan sumbangan Cheng Ho dalam perkembangan tamadun manusia.

(JOHOR)

4. Bincangkan faktor-faktor orang China melakukan penerokaan dan penjelajahan pada abad pertama masihi hingga abad ke-15 Masihi.

(NEGERI SEMBILAN)

5. Sejauhmanakah factor ekonomi menjadi pendorong aktiviti penjelajahan dan penerokaan orang Portugis pada abad ke-15 Masihi.

(PERAK)

6. Bandingkan sumbangan Marco Polo dan Ibnu Batutah dalam bidang pelayaran dan penjelajahan . (PAHANG)

7. Bincangkan factor-faktor yang membawa kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan China dan kesannya kepada Tamadun tersebut.

(PULAU PINANG)

8. Huraikan sumbangan I Ching (65-713 M)dan Cheng Ho (1371-1434) dalam bidang pelayaran. (SABAH)

9. Bincangkan factor-faktor yang menggalakkan orang China melakukan penerokaaan dan penjelajahan sebelum kurun ke-19. (SELANGOR)

10. Bandingkan objektif pelayaran dan penerokaan antara tamadun China dan Islam. (PERLIS)

11. Huraikan faktor-faktor yang mendorong kuasa-kuasa Barat melancarkan penjelajahan dan penerokaan sebelum abad ke-16 Masihi.

(SARAWAK)

12. Jelaskan matlamat penerokaan dan penjelajahan orang-orang Yunani sehingga zaman Greco-Rom. (KELANTAN)

STPM SEBENAR 2010

Tiada soalan dikemukakan.

TEMA 7 :PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN

TAMADUN ISLAM

1. Bincangkan sumbangan Sulaiman al-Mahri dan al-Istakhri dalam bidang pelayaran dan penerokaan Islam.

2. “Perjanjian Aqabah telah merintis jalan kepada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari Makkah ke Madinah “ sejauhmanakah anda bersetuju dengan pernyataan ini. (KEDAH)

3. Jelaskan tujuan penjelajahan dan penerokaan dalam Tamadun Islam dengan mengemukan contoh0contoh yang sesuai. (TERENGGANU)

4. Bandingkan matlamat penjelajahan dan penerokaan di antara masyarakat Islam dan Barat pada abad ke-15 -16 Masihi.

5. Terangkan sumbangan Ibnu batutah dalam penjelajahan dan penerokaan. (NEGERI SEMBILAN)

6. Bandingkan objektif penjelajahan dan penerokaan antara Tamadun Barat dengan Tamadun Islam. (PERAK)

7. Bincangkan perkaitan antara Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah dengan sejarah penjelajahan dan penerokaan umat Islam selepas kewafatan baginda. (PAHANG)

8. Bincangkan sumbangan Marco Polo dan al-Masudi kepada tamadun manusia. (PULAU PINANG)

9. Bandingkan matlamat penjelajahan dan penerokaan antara Tamadun Islam dengan Tamadun China. (SABAH)

10. Penjelajahan dan penerokaan merupakan aspek penting dalam Tamadun Eropah dan Tamadun Islam. Jelaskan tujuan penjelajahan dan penerokaan dalam Islam. (SELANGOR)

11. Bincangkan matlamat penjelajahan dan penerokaan Ibnu Batutah pada abad ke-14 Masihi. Nilaikan sumbangan beliau dalam bidang tersebut. (PERLIS)

12. Sumbangan tokoh-tokoh Islam dalam dunia penjelajahan dan penerokaan tidak dapat dinafikan . Bincangkan. (SIBU SARAWAK)

13. Bincangkan aktiviti dan sumbangan Ibn Battutah dalam bidang pelayaran dan penjelajahan

14. Terangkan faktor-faktor yang mendorong kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan Tamadun Islam (KAPIT SARAWAK)

15. Bincangkan sumbangan Sulayman al-Mahri berkenaan dengan bidang kelautan dan geografi . (KELANTAN)

STPM SEBENAR 2010

Tiada soalan dikemukakan.