Wednesday, August 17, 2011

KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN 2010

ANALISIS SOALAN PERCUBAAN

TAHUN 2010

TAMADUN DUNIA

TEMA : MANUSIA DAN MASYARAKAT

1. Sejauhmanakah Revolusi Pertanian menjadi titik tolak kepada kemuculan tamadun awal manusia? (KEDAH)

2. Bincangkan peranan sungai dalam pembentukan dan perkembangan tamadun awal dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai daripada Tamadun Awal manusia.

3. Huraikan kesan-kesan kehidupan masyarakat Zaman Neolitik kepada perkembangan tamadun Awal Manusia. (PERLIS)

4. Kewujudan organisasi sosial di Lembah Indus dan China agak unik berbanding tamadun-tamadun lain. Bincangkan ciri-ciri organisasi sosial kedua-dua tamadun berkenaan bagi membuktikan pencapaian ketamadunan masyarakat tersebut.

(PAHANG)

5. Pembandaran adalah proses di mana penduduk tinggal dan bekerja di kawasan yang kecil dan menjalankan kerja-kerja seperti perdagangan,perindustrian dan perkhidmatan. Merujuk kepada contoh-contoh yang sesuai ,huraikan cirri-ciri utama perbandaran terancang Tamadun Awal. (PULAU PINANG)

6. Bandingkan konsep kejadian dan peranan manusia mengikut pandangan Islam dengan pandangan Barat. (PULAU PINANG)

7. Bincangkan ciri-ciri kehidupan masyarakat pada zaman prasejarah awal. (SABAH)

8. Bandingkan organisasi sosial Tamadun China dan Tamadun India. (SABAH)

9. Bincangkan ciri-ciri utama peradaban Neolitik dan kepentingannya kepada perkembangan tamadun manusia.

(SELANGOR)

10. Huraikan lapisan masyarakat dalam Tamadun Mesir.

(PERAK)

11. Jelaskan pengaruh agama dan kepercayaan kepada

perkembangan kesenian di India. (PERAK)

12. Dengan merujuk contoh-contoh sesuai ,jelaskan

kepentingan alam sekitar kepada masyarakat pra sejarah.

(NEGERI SEMBILAN)

13. Bandingkan ciri-ciri Bandar yang terdapat dalam Tamadun

Mesopotamia dan Tamadun Indus. (NEGERI SEMBILAN)

14. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan

petempatan tamadun-tamadun Awal Manusia. (JOHOR)

15. Jelaskan peranan system tulisan dalam masyarakat

Tamadun Awal Manusia. (JOHOR)

16. Jelaskan tujuh factor penyumbang kepada perubahan

kebudayaan masyarakat Prasejarah. (TERENGGANU)

17. Jelaskan jenis-jenis kemahiran yang terdapat dalam

masyarakat zaman prasejarah dan kepentingan kepada

aspek kehidupan mereka. (KELANTAN)

18. Bincangkan faktor-faktor kemunculan tamadun awal dunia

dalam sejarah tamadun manusia. (LUAR BANDAR SIBU)

19. Alam sekitar amat mempengaruhi kehidupan dan

pembentukan masyarakat berkebudayaan pada zaman

prasejarah. Bincangkan kenyataan ini dengan merujuk

contoh-contoh yang sesuai. (KAPIT SARAWAK)

20. Bincangkan kepentingan sungai dalam proses

perkembangan tamadun-tamadun awal manusia.

(KAPIT SARAWAK)

21. Jelaskan jenis-jenis kemahiran yang terdapat dalam

masyarakat zaman pra sejarah dan kepentingannya kepada

aspek kehidupan mereka. (PEP. PRA STPM PASIR MAS)

22. Sejauhmanakah Bandar-bandar yang terdapat dalam

tamadun awal manusia berperanan sebagai pusat kegiatan

ekonomi dan keagamaan. (PEP. PRA STPM PASIR MAS)

PEPERIKSAAN STPM SEBENAR 2010

HURAIKAN CIRI-CIRI KEBUDAYAAN PALEOLITIK DAN

KEBUDAYAAN NEOLITIK

No comments:

Post a Comment