Thursday, July 14, 2011

AL_MUNIR

AL MUNIR

JUN 2011/RABIUAKHIR 1432

(Terbitan –Panitia Pendidikan Islam SMK Changlun)

Kelebihan Surah Al Ikhlas

“Au zubillah himinashsyaitan nirrajim…bismillahirrahma

Nirrahim

Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah , bacalah ayat di atas ,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad.Lamyalid walam yu-lad.walam yakul lahu kufuan ahad) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ialah wajib) yang diucapkan pda akhir solat akan mmembantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat member salam ,seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab soalan tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat ,amalan daripada salam yang diucapkan di akhir solat akan menolongnya menjawab soalan malaikat itu.

RAHSIA….WUDHUK KITA

Ø Ketika membasuh kepala berniatlah kamu dengan “Ya Allah ,lindungilah daku dari terik matahari d padang Mahsyar dengan Arasymu”

Penjelasan :panas di padang Mahsyar seumpama matahari sejengkal di atas kepala.

Ø Ketika membasuh telinga ,berniatlah kamu dengan “Ya Allah ampunilah dosa telingaku ini “

Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat ,memfitnah ,lagu-lagu berunsur maksiat…’

Ø Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan “Ya Allah,permudahkanlah melintasi titian Siratul Mustaqqim”

Penjelasan :Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

Ø Ketika membasuh kaki kiri,berniatlah kamu dengan “Ya Allah, bawalah daku pergi ke Masjid-masjid ,surau-surau dan bukn tempat-tempat maksiat.”

Penjelasan: qada dan qadar kita di tangan Allah. Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wudhuk sedemikian rupa.? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah melahirkan kita sebagai umat Islam? Peringatan untuk kita sendiri juga semoga kita sama-sama tergolong orang-orang yang diredhainya serta mendapat rahmatnta selalu…

HIKMAH SUJUD

Antara hikmah sujud adalah melegakan system pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud itu boleh:

v Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

v Melegakan sakit hernia(burut)

v Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

v Melegakan paru-paru daripada ketegangan

v Kedudukan sujud adalah paling baik berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

v Meringankan bahagian pelvis.

v Mmemberi dorongan supaya mudah tidur

v Menggeratkan otot bahu,dada,leher ,perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

v Bagi wanita ,pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik , mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

v Mengurangkan kegemukan

v Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

v Mengelakkan pening kepala dan migraine,menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran.

v Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa renda diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak,takbur dan sebagainya.

Marilah kita sama-sama mengerjakan solat dengan khyusuk dan tawadduq kerana solat itu tiang agama bagi orang Muslim.

Thursday, May 12, 2011

SELAMAT DATANG PELAJAR PRA U

Selamat datang pelajar Pra U,yang mula menadaftar
pada 9Mei 2011. Kedatangan anda kami warga SMKC sangat alu-alukan. Anda telah membuat pilihan yang bijak.
Tingkatan 6 adalah jalan pintas untuk masuk U.
Apa yang penting,tanamkan azam,dan berusahalah
bersungguh-sungguh sepanjang berada di Tingkatan
6. Sebelah kaki anda sudah berada di Universiti,
apa yang perlu anda lakukan adalah berusaha
untuk melangkah sebelah kaki lagi. ...Selamat
Kembali Ke Sekolah"

Monday, April 18, 2011

STPM SEBENAR TEMA 7

SOALAN-SOALAN TEMA 7

( Penjelajahan dan Penerokaan )

Tahun Soalan :

1998

• Nilaikan sumbangan Marco Polo dan Ibnu Khaldun kepada

perkembangan tamadun manusia.

1999 • Tiada.

2000

• Nilaikan kepentingan penjelajahan dan penemuan oleh

Christopher Columbus, Ferdinand Magellan dan Vasco Da

Gamma kepada perkembangan politik dan ekonomi dunia.

2001

• Bandingkan objektif pelayaran dan penerokaan antara tamadun

China dengan tamadun Islam.

2002

• Jelaskan faktor-faktor yang mendorong orang Mesir terlibat

dalam penjelajahaan dan penerokaan pada zaman tamadun awal.

2003

• Huraikan perubahan-perubahan dalam sejarah dunia yang

berpunca daripada pencapaian peneroka-peneroka Sepanyol dan

Portugis pada abad ke- 15 dan 16 masihi.

2004

• Bincangkan lima faktor penjelajahan dan penerokaan orang

Eropah pada abad ke-15 Masihi.

2005

• Bincangkan empat faktor yang mendorong orang China

melakukan aktiviti penerokaan dan penjelajahan pada abad

pertama Masihi hingga abad ke-15 Masihi.

2006

• Perihalkan sumbangan I-Ching dan sumbangan Marco Polo

dalam bidang penjelajahan dan penerokaan.

• Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, jelaskan bentuk

interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun Barat pada

zaman Bani Umayyah di Sepanyol.

2007

• Bandingkan objektif penjelajahan dan penerokaan antara

tamadun Mesir dengan tamadun Islam.

2008

• Bincangkan tujuan penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun

Mesir pada zaman klasik.

2009

  • Sejauhmanakah perluasan kuasa merupakan pendorong utama kegiatan penjelajahan dan penerokaan orang Islam di Asia Barat

2010- Tiada Soalan

STPM Sebenar Tema 5

SOALAN-SOALAN TEMA 5

( Pendidikan )

Tahun Soalan :

1998

• Dalam perkembangan tamadun manusia terdapat pelbagai objektif

yang menggariskan pembentukan institusi pendidikan yang formal

seperti tempat ibdat, rumah, guru, sekolah, kolej dan universiti

untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Bincangkan objektifobjektif

tersebut dengan memberikan contoh-contoh daripada

tamadun awal.

1999 • Tiada

2000

• Dengan memberikan contoh daripada tamadun awal manusia,

bincangkan tujuan dan sebab-sebab perkembangan institusi

pendidikan formal.

2001

• Pendidikan secara formal adalah semata-mata untuk kepentingan

kerajaan dan negara. bincangkan penyataan ini dengan contohcontoh

daripada tamadun manusia.

2002

• “Negara kota Sparta dan Athens pada ke- 5 sebelum masihi

mempunyai dasar pendidikan yang jelas”. Huraikan pernyataan

ini.

2003

• Bincangkan kepentingan pendidikan formal bagi memenuhi

kehendak negara dalam tamadun Yunani, Rom dan China.

2004

• Bandingkan matlamat sistem pendidikan antara tamadun China

dengan tamadun Islam.

2005 • Tiada.

2006 • Tiada.

2007

• Bincangkan peranan istana dalam mengembangkan pengajian

Islam dalam tamadun Melayu.

2008

• Dengan merujuk kepada contoh yang berkaitan, bincangkan

faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan pendidikan

formal dalam tamadun Mesir dalam tamadun awal manusia.

2009

  • Huraikan jenis ilmu dalam tamadun Islam

2010

  • Dengan memberikan contoh yang sesuai ,bincangkan sejauhmanakah faktor agama mempengaruhi sistem pendidikan formal dalam tamadun awal.
  • Huraikan peranan institusi pendidikan pada zaman kerajaan Bani Ummaiyyah dan kerajaan Abbasiyyah.