Sunday, July 17, 2011

Program Anakku Cemerlang PMR

Program Anakku Cemerlang diadakan pada 14 Julai
hingga 16 Julai 2011. melibatkan tiga kumpulan
pelajar iaitu kumpulan cemerlang 59 orang (3F &3G)
kumpulan baik (3A,3B,3C), dan kumpulan sederhana
(3D,3H).Pelajar ini adalah disasarkan untuk lulus semua
subjek yang mereka ambil dalam PMR 2011.
Keseluruhan penglibatan pelajar lebih kurang 79 peratus
sahaja yang hadir. Terdapat pelajar-pelajar yang langsung
tidak hadir untuk ketiga-tiga hari program tersebut.
Semua pelajar yang tidak hadir program tersebut telah
dipanggil oleh Tuan Pengetua dan diberi nasihat.
Amatlah dukacita sekiranya program seumpama itu
tidak mendapat sambutan 100 peratus daripada pelajar
PMR 2011. Pihak sekolah telah mengatur program
untuk membantu para pelajar...tapi alangkah
kecewa sekiranya mendapat sambut tidak 100
peratus dari para pelajar.
Semoga program-program akan datang mendapat
sambutan yang menggalakkan.

Thursday, July 14, 2011

AL_MUNIR

AL MUNIR

JUN 2011/RABIUAKHIR 1432

(Terbitan –Panitia Pendidikan Islam SMK Changlun)

Kelebihan Surah Al Ikhlas

“Au zubillah himinashsyaitan nirrajim…bismillahirrahma

Nirrahim

Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah , bacalah ayat di atas ,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad.Lamyalid walam yu-lad.walam yakul lahu kufuan ahad) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ialah wajib) yang diucapkan pda akhir solat akan mmembantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat member salam ,seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab soalan tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat ,amalan daripada salam yang diucapkan di akhir solat akan menolongnya menjawab soalan malaikat itu.

RAHSIA….WUDHUK KITA

Ø Ketika membasuh kepala berniatlah kamu dengan “Ya Allah ,lindungilah daku dari terik matahari d padang Mahsyar dengan Arasymu”

Penjelasan :panas di padang Mahsyar seumpama matahari sejengkal di atas kepala.

Ø Ketika membasuh telinga ,berniatlah kamu dengan “Ya Allah ampunilah dosa telingaku ini “

Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat ,memfitnah ,lagu-lagu berunsur maksiat…’

Ø Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan “Ya Allah,permudahkanlah melintasi titian Siratul Mustaqqim”

Penjelasan :Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

Ø Ketika membasuh kaki kiri,berniatlah kamu dengan “Ya Allah, bawalah daku pergi ke Masjid-masjid ,surau-surau dan bukn tempat-tempat maksiat.”

Penjelasan: qada dan qadar kita di tangan Allah. Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wudhuk sedemikian rupa.? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah melahirkan kita sebagai umat Islam? Peringatan untuk kita sendiri juga semoga kita sama-sama tergolong orang-orang yang diredhainya serta mendapat rahmatnta selalu…

HIKMAH SUJUD

Antara hikmah sujud adalah melegakan system pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud itu boleh:

v Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

v Melegakan sakit hernia(burut)

v Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

v Melegakan paru-paru daripada ketegangan

v Kedudukan sujud adalah paling baik berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

v Meringankan bahagian pelvis.

v Mmemberi dorongan supaya mudah tidur

v Menggeratkan otot bahu,dada,leher ,perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

v Bagi wanita ,pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik , mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

v Mengurangkan kegemukan

v Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

v Mengelakkan pening kepala dan migraine,menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran.

v Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa renda diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak,takbur dan sebagainya.

Marilah kita sama-sama mengerjakan solat dengan khyusuk dan tawadduq kerana solat itu tiang agama bagi orang Muslim.