Wednesday, February 16, 2011

Soalan Sejarah 1 STPM 2010

BAHAGIAN A

1. Huraikan ciri-ciri kebudayaan Paleolitik dan kebudayaan
Neolitik
2. Sejauhmanakah faktor ekonomi bertanggungjawab terhadap
keruntuhan empayar Rom pada kurun ke-5 Masihi.
3. Jelaskan perubahan organisasi ketenteraan pada zaman awal moden
di Eropah.
4. Bincangkan perkembangan ekonomi komersial di Eropah Barat dari
tahun 1500 hingga tahun 1800.
5. Dengan memberikan contoh yang sesuai , bincangkan sejauhmana
faktor agama mempengaruhi pendidikan formal dalam tamadun awal.
6. Dengan merujuk kepada tamadun awal,bincangkan kepentingan muzik
dalam kehidupan masyarakat ketika itu.
7. Bandingkan peranan Firaun dengan peranan maharaja dalam sistem
pemerintahan di Mesir dan China.
8. Bandingkan kesan penaklukan puak gasar Jerman di Eropah Barat
dengan kesan perluasan kuasa Islam di Asia Barat terhadap tamadun
di kedua-dua kawasan itu.
BAHAGIAN B

9. Bincangkan faktor kemunculan golongan Syiah dan Khawarij pada
akhir zaman Khulafa al_Rasyidin.
10. Sejauhmanakah pemerintahan dan pentadbiran Khulafa-al-Rasyidin
memiliki ciri pemerinthan dan pentadbiran Nabi Muhammad s.aw
di Madinah.
11. Bincangkan implikasi Perang Uhud terhadap masyarakat Islam di
Madinah.
12. Huraikan sistem matawang Islam dari Zaman Khulafa-al-Rasyidin
hingga Zaman Bani Ummayyah dan peranan sistem mata wang itu
dalam aktiviti ekonomi umat Islam.
13. Huraikan peranan institusi pendidikan pada zaman kerajaan Bani
Ummayyah dan kerajaan Abbasiyah.
14. Huraikan perkembangan seni ukir Islam pada zaman kerajaan Bani
Umayyah dan kerajaan Abbasiyah.
15. Bandingkan dasar pemerintahan Maharaja Akhbar dengan dasar
pemerintahan Maharaja Aurengzeb dalam mengukuhkan pemerintahan
Monghul di India
16. Bandingkan sistem ketenteraan Islam pada zaman Nabi Muhammad
s.a.w dengan sistem ketenteraan Barat pada zaman Rom.
pemerintahan Monghul di India