Tuesday, November 23, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM dan STPM

Cikgu mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua pelajar SMKC yang menduduki peperiksaan bermula pada 23 November 2010. Diharap semua pelajar sudahpun membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan. Jangan lupa pada setiaphari peperiksaan bawa slip peperiksaan dan kad pengenalan. Cikgu berharap agar semua pelajar menjaga kesihatan sepanjang peperiksaan, jangan lupa sarapan pagi, jangan biarkan perut kosong semasa menjawab peperiksaan. Makan dan minum sebelum ke sekolah. Setiap hari mohon restu daripada ibu dan ayah sebelum ke sekolah. Mulakan langkah dengan doa keluar rumah, pasang niat yang baik, mohon doa agar anda diterangkan hati dan dapat menjawab semua soalan dengan baik.
Cikgu sentiasa doakan agar semua pelajar SMKC mendapat kejayaan yang cemerlang amin.

Thursday, November 4, 2010

Banjir Melanda Kedah

Peperiksaan akhir tahun masih berjalan. Namun terdapat gangguan ..dimana peperiksaan terpaksa ditunda setelah Changlun,Kodiang,Jitra dilanda banjir. Pelajar tidak dapat hadir ke sekolah.Bermula 1/11/2010...hingga 4/11/2010 pelajar tidak hadir ke sekolah. Kertas-kertas yang ditunda terpaksa dibawa ke minggu akhir persekolahan. Harapan cikgu agar semua pelajar dapat hadir ke sekolah semula minggu hadapan dan menduduki peperiksaan seperti biasa. Dalam cuti sempena Deepavali ini , teruskan ulangkaji mana-mana subjek yang masih belum diuji.
"SELAMAT HARI DEEPAVALI" untuk pelajar India dan cikgu Jevalethumi.